Assalamualaikum
Haritu kami pergi ke Mr. DIY untuk beli sedikit barang. Tiba-tiba ternampak batang aiskrim. Sebenarnya dah lama Zarith carik batang aiskrim ni tapi tak jumpa. Bila tak dicarik, baru lah jumpa, huhu. Terus teringat entry kak farah tentang DIY mini puzzle ni
Macam biasa lah, bila waktu melukis-lukis ni ibu lemah sikit, maka serahkan kepada yang pakar. Ayah lah yang terpaksa melukis dan mewarna untuk Zuyyin dan Zayra, hehe. Thanks sayang =)
Cara Membuat Mini Puzzle
- Bahan yang diperlukan:
- Beberapa batang aiskrim
- Selotip
- Water color
- Berus
- Pensel untuk melukis
- Air untuk rendam berus
- Caranya:
- Lekatkan beberapa batang aiskrim tu dengan selotip
- Lukiskan apa sahaja bentuk yang anda suka
- Warnakan
- Tandakan di bawah setiap bentuk tu dengan satu warna yang sama supaya tak tertukar. Zuyyin senang nak buat ni ikut warna yang ada di bawah tu.
- Keringkan
- Siap!
Seronok betul Zuyyin. Sebelum ni memang suka betul bermain puzzle biasa, tapi bila Zuyyin join sekali proses pembuatan ni, memang dia terlebih excited =)
Jom buat untuk anak-anak!
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
bestnya.. nak buat juga lah.
Lama tak baca blog-blog homeschooling ni.
Jom kak ros buat, mesti luqman dgn maryam happy 😉
menarik jugak idea ni..tq share..
Jom jida jom buat =)
ummi tak de bakat…nak lukis rumah pun guna pembaris….hihihi
sama la kita..ehehe..nasib baik encik suami pandai melukis