Assalamualaikum
Alhamdulillah semalam dapat menyambut hari lahir ayah yang ke-70 Tahun. Syukur Allah masih kurniakan ayah kesihatan yang terbaik. Masih boleh memandu ke sana kemari. Masih aktif dalam aktiviti social seperti Persatuan Peladang dan lain-lain.
Kami dapat berkumpul adik beradik, kecuali kakak sulung sebab abang ipar yang terpaksa bekerja pada hari minggu. Tapi takpe, itu tidak dapat mematahkan semangat kami untuk memasak makanan kegemaran ayah, iaitu soto!
Kebetulan dapat banyak pulak daging qurban, jadi semalam memang habiskan la. Hehe.
Soto daging, sambal kacang, rendang daging, pulut kuning dan kari daging. Yang paling best kalau soto tu tentulah begedilnya. Memang terangkat =)
Okay, didoakan semoga Allah limpahkan ayah dengan rezeki yang halal dan kurniakan ayah kesihatan yang optimum agar dapat beribadat dengan sempurna. Amin
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Leave a Reply