Assalamualaikum
Semua orang nak anak bijak dan sihat kan? Ada beberapa jenis rangsangan yang dapat membantu anak kita untuk menjadi bijak iaitu:
- Bercakap dan berbual dengan mereka
- Biarkan mereka meluahkan perasaan atau mereka cerita daripada persekitaran mereka.
- Jika boleh, berikan mereka susu ibu
- Susu ibu dapat merangsang perkembangan otak anak kita. Selain itu, dakapan ibu akan membentuk emosi seimbang si anak
- Kerap bergurau dan menggeletek mereka
- Geletek lah anak dengan sederhana, tak perlu sehingga anak tak boleh bernafas tau π
- Berkongsi pandangan
- Cuba berikan mereka satu situasi, minta pendapat mereka.
- Nyanyikan lagu untuknya
- Menyanyi bersama dan beraktiviti akan menjadikan anak gembira dan merangsang perkembangan otak mereka
- Sentuh dan rasa
- Sentuhan dan dakapan dapat merangsang bukan sahaja otak tetapi emosi mereka
- Pergi membeli belah bersama-sama
- Semasa membeli-belah, mereka akan terdedah dengan dunia luar, perlu membuat pilihan nak beli yang mana dan mereka juga akan melihat cara kita berbelanja. Ini akan menjadikan mereka bijak dalam menilai sesuatu.
- Berikan mereka kejutan
- Surprise! Anak-anak sangat sukakan kejutan. Ini akan menjadikan anak gembira dan secara tidak langsung akan dapat merangsang otak dan emosi mereka
- Biarkan anak kita bermain-main dengan makanannya
- Selain dari melatih kemahiran motor mereka,Β anak-anak gemar menyusun makanan menjadi pelbagai bentuk yang mereka sukai dan secara tidak langsung akan melatih mereka untuk berfikir dengan kreatif
- Ikut rentaknya
- Biarkan anak kita lakukan apa yang digemarinya dengan pengawasan. Sekiranya mereka ingin bermain bola, biarkan mereka bermain. Ini kerana pada waktu itulah otak mereka akan bekerja pada tahap maximum, berbanding dengan sekiranya mereka ingin bermain bola, kita memaksa mereka untuk bermain masak-masak.
Anak-anak ni sangat suka dimanjakan dan dibelai. Apabila anak berasa gembira, sebenarnya itulah yang paling bagus untuk merangsang otak anak kita. Make them happy, you will be happy =)
Semoga bermanfaat! =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
titan says
itulah.
memang harap anak akan terus menyusu susu ibu sampai 2 tahun.
Ibu Zarith says
Amin..Aminn
mrhanafi says
betul-betul..anak yang gembira akan membesar dengan sempurna
Ibu Zarith says
Dan bahagia π
Norfanil says
walaupun tak kahwin lagi, boleh apply kat anak buah..
sekarang selalu geletek dia sejak dia dah ada deria rasa.. huhuuhu
Jom join Giveaway kat blog saya : Ada hamper Rm100 dari Dove untuk dimenangi
Ibu Zarith says
Main geletek2 mmg best π
Ikhwan says
saya sedang berusaha untuk melakukan sedikit demi sedikit panduan di atas π
Ibu Zarith says
mari lakukan yang terbaik untuk merangsang otak anak kita secara maximum =)
Putri says
Setuju.. Lagi banyak interaksi antara ibu bapa dan anak, lagi banyak rangsangan kepada otak. Hehe. Suka part geletek tu!
Main cak-cak pun best jugak,,
Ibu Zarith says
Wah main cakcak tu betul juga =)