Assalamualaikum
Tidak semua perbezaan yang kita lihat pada anak merupakan hal yang negatif dan tidak semua juga positif. Ibu bapa seringkali terlepas pandang tentang beberapa faktor yang mempengaruhi perbezaan setiap anak.
Faktor yang mempengaruhi perkembangan anak:
- Faktor biologi dan genetik (keturunan)
- Faktor genetik ini adalah antara yang kuat pengaruhnya. Contohnya Zuyyin ni kidal orangnya, left-handed bak kata orang. Memang ikut ibu dan adik Zarith. Tu salah satu contohnya lah =)
- Faktor persekitaran
- Kadangkala kita rasa dah ajar anak cakap elok-elok dan lemah lembut gitu, tapi sampai satu tahap anak kita tiba-tiba berubah menjadi kasar dan suka menengking. Perkara ini biasanya mereka belajar dari persekitaran, sama ada menonton televisyen ataupun rakan-rakan di sekolah dan taska.
- Faktor pendidikan
- Pada mulanya anak kita tak tahu apa-apa, tak tahu yang setiap hari selepas bangun tidur dan sebelum tidur tu perlu gosok gigi. Jadi kita sebagai ibu bapalah yang perlu memberi pendidikan kepada mereka tentang pentingnya gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
- Faktor pengalaman (perjalanan dan pengalaman hidup seharian)
- Anak kita akan mudah mengubah diri mereka untuk sesuaikan diri dengan keadaan semasa. Zuyyin pernah satu masa tu terhantuk dengan pintu kaca sebab tak perasan yang tu pintu, Zuyyin ingat kosong je. Kesian dia. Tapi sekarang ni setiap kali nak masuk kedai yang berpintu kaca Zuyyin akan raba dulu, sama ada pintu tu masih tertutup atau dah bukak. Dia belajar dari pengalaman yang lepas
Yang penting janganlah kita membezakan setiap anak kita. Mereka ada kelebihan yang tersendiri. Kita hendaklah focus kepada kelebihan mereka dan bukanlah kepada kekurangan yang mereka ada. Asah bakat dan kelebihan yang mereka ada untuk menjadi kekuatan mereka dan seterusnya menjadikan mereka insan yang Berjaya di dunia dan di Akhirat nanti dan seterusnya menjadi saham kita di alam sana. Inshaa Allah.
Love
-ZS
Shaklee ID 914562
013-7510028
Leave a Reply