Assalamualaikum
Zarith masa mengandungkan Zuyyin dan Zayra mengalami sakit tulang punggung yang agak dasyat. Masa Zuyyin dulu, pernah satu ketika tengah berjalan di KLCC tiba-tiba tak boleh bergerak dengan satu kaki ke depan dan satu lagi ke belakang. Statik. Bila cuba gerak, sakit yang amat pada bahagian punggung. Sebelum ni berlaku di rumah je. Tapi bila berlaku macam tu, Mr. Hubby la yang tolong urutkan sikit, baru boleh gerak.
Masa mengandungkan Zayra pula, kesakitan tu datang awal, masa awal lagi dah mula sakit. Bila turun naik tangga memang terasa sangat.
Rupanya baru Zarith tau, apa yang Zarith alami ini dinamakan sebagai SPD iaitu Symphysis Pubis Dysfunction.
Apakah itu SPD?
Kita perlu tahu bahawa terdapat dua tulang pinggul yang bersambung dengan sendi yang keras yang dikenali sebagai symphysis pubis. Sendi ini kuat dengan adanya rangkaian kuat ligament (tisu kuat yang menghubungkan tulang)
Untuk memastikan baby melalui tulang pelvik dengan mudah, badan kita akan menghasilkan hormone relaxin yang melembutkan ligament dalam pelvik. Hasilnya, kesemua sendi ini akan banyak bergerak sewaktu hamil dan selepas kehamilan.
Dalam kes Zarith yang ada SPD ni, sendi di bahagian pelvik tidak berfungsi sepenuhnya. Sebab tu rasa sakit.
Simptom Akan Berulang Pada Kehamilan Seterusnya
Biasanya SPD ni akan berlaku pada akhir trimester pertama ataupun selepas bersalin. Tapi kebanyakkan di antara kita akan mula sedar tentang sakit ni bila dah masuk pertengahan trimester. Dan bila kita pernah alami SPD pada satu kehamilan, kita berkemungkinan berhadapan dengan masalah yang sama pada kehamilan yang seterusnya. Simptomnya juga berkemungkinan lebih awal daripada yang sebelumnya.
Jadi adalah sangat penting untuk kita mendapatkan bantuan dengan mengetahui masalah sebenar secepat yang boleh. Jadi dapatlah ia membantu kita untuk pulih terlebih dahulu sebelum mengandung sekali lagi
Sakit Kerap Datang Pada Waktu Malam
Rasa sakit pada bahagian bawah pelvik dan pangkal peha adalah tanda-tanda yang biasa dialami oleh penghidap SPD macam Zarith ni. Kita juga akan menderita sakit belakang atau pinggul. Biasanya kita akan merasai bunyik berdetik di bahagian pubik dan kesakitan akan menular di bahagian peha atau bahagian antara kaki kita.
Kesakitan akan jadi lebih teruk bila kita mengangkang, berjalan, naik turun tangga dan sebagainya. Menjelang waktu malam, kesakitan tu akan jadi lebih sedikit. Tapi selalunya akan hilang bila kita tidur. Sebab dah tak sedar kot, hehe. Tapi bila kita terjaga pada waktu malam, rasa sakit tu datang, malah lebih menyakitkan
Cara Mengurangkan Sakit Tulang Punggung
- Sekiranya berasa sakit, jangan kita buat tak tahu je. Cepat-cepat bertanya yang pakar, sebab makin lambat kita atasinya, makin lambat nak sembuh.
- Bergerak secara perlahan-lahan. Mungkin anda seorang yang aktif dan tak terasa kesannya, tapi nanti bila tiba waktu untuk tidur nanti, baru terasa sakitnya.
- Berehatlah secukupnya dengan duduk di atas kerusi yang mempunyai kusyen ataupun bantal untuk menyokong belakang kita.
- Elakkan mengangkat ataupun menolak barang berat (troli di pasaraya pon sebenarnya boleh menyebabkan anda sakit tau!)
- Sewaktu bersiap untuk memakai seluar, pastikan kita duduk sebelum menyarungkannya. Tarik pakaian sehingga ke peha sebelum berdiri untuk menyempurnakan pemakaian. Jangan sesekali memakai pakaian sebegini dalam keadaan berdiri.
- Langkah satu persatu ketika menaiki tangga
- Elakkan duduk dengan kaki terkangkang. Sekiranya perlu memisahkan kaki kita antara satu sama lain, lakukannya secara perlahan-lahan dan pastikan bahagian belakang badan anda melengkung
- Elakkan melakukan renangan kuak dada. Jika perlu, berhati-hati ketika melakukannya.
- Selalulah lakukan senaman lantai pelvik dan abnominal bawah. Kedua-dua senaman ini boleh mengurangkan ketegangan di bahagian bawah pelvik
Bila setiap kali mengandung dan alami masalah sakit ni, Zarith mesti akan terbayangkan ibu. Sebab ibu pun mengalaminya setiap kali mengandungkan kami adik beradik. Dan setiap kali sakit tu lah rasa insaf sangat, betapa besarnya pengorbanan ibu, tanggung kesakitan selama 9 bulan mengandungkan kami 4 orang.
Ya Allah ampunilah dosa ibu kami dan tempatkanlah mereka dikalangan hamba kesayanganMu, Amin.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Tq zarith. Very good info. Actually ramai jugak kwn2 ngadu selalu sakit belakang waktu hamil.
kan umi, memang kebanyakannya diantara kita alami benda ni. Sakit yang amat huhu
TQ Zarith, memang ramai yang selalu ada masalah sakit pinggang lepas bersalin ni. Tak ada yang mustahil untuk kita atasinya kan?
Welcome =)
Memang macam tu kan, kalau pregnant ada jek cabarannya kan.
Nak tanya juga.. Mcm mana proses kelahiran ibu zarith? Normal atau ceaser? Sebab sakit pinggul semasa hamil mungkin mempengaruhi proses kelahiran tu. Skarang sy hamil anak kedua and sakit tu menyerang saya. Anak pertama sy xprnah rasa sakit ni. Mohon bantu ..
Alhamdulillah keduanya normal puan =)
Lepas bersalin mmg sakit blakang, sakit pinggang, sakit badan semua ada..thanks, tips yang bermanfaat..
Betul =)
Semoga bermanfaat
First time jd mummy and bnyk sakit yang tak tahu nk rujuk kpd siapa (sblm pg jumpa doc). sbb kdg2 tnya doc, ada setengah doc x cerita secara detail, mereka akan cerita general shj. So tips mama zarith ni mmg bnyak membantu sy memahami diri sendiri dan persiapan sblm jumpa doc supaya lebih tahu soalan yg penting utk ditanya. Terima kasih sgt di atas tips yg dikongsikan!
Sama-sama =) Semoga dapat kurangkan sedikit kesakitan yang dihadapi =)
Thanx for the info ibu zarith.. Br taw.. Da inform doktor last week, tp doktor ckp sakit disebabkan pertambahan berat bdn yg mendadak.. Huhuuu… Mmg rasa sakit anytime, anywhere..
Bertabahlah ye =)
Sy first pregnancy ,baru tau sakitnye.. Kdg mcm akk ckp nk ble bgn gerak kaki nk jalan pyela sakit.. Kalau dah baring nak alih2 bontot pn seksa.. Aduyaiii
Bersabarlah adik =)
Saya pun sedang alami sakit ni. Rasa mcm nk lumpuh sakitnya terutama sekali bila lepas duduk bawah. Lepas ni kena elak la duduk atas tmpt keras nampaknya.
Semoga ia dapat mengurangkan kesakitan yang Pn Dayana alami =)
Sama la mcm nak lumpuh je rasanya.. anak kedua dan anak ketiga sy mcm ni.anak pertama dulu sy tak mcm ni..
Huhu..semoga dipermudahkan segala urusan puan
Saya sedang mengalami masalah ini sekarang..bru je beberapa jam td berurut atas nasihat mertua..semasa lepas berurut rsa lega..bape jam kemudian dtg balik sakit tu..mencucuk2 rasa sakit tu..ape yg patut sy buat utk hilangkan rasa sakit ni ye..
Sakit kan? huhu.. Zarith dah cuba satu perkara yang sesuai dengan diri Zarith tapi tak pasti dengan orang lain. Cara ni pun dikenalpasti secara tak sengaja. Zarith mop rumah secara mencangkung. Macam jalan itik tu, tapi sambil mengemop lantai. Alhadmulillah dah berkurang dan tak sakit lagi sekarang ni. Harap bila dah sarat nanti tak sakit juga la huhu
Salam kak.. sy baru 2 bulan mengandung and first baby tp sy da rasa sakit punggung bontot ni dr mula taw mengandung smpi skrg.. Ya Allah sakitnya hanya Allah yg taw.. lagi2 bila kat opis kita duduk lama sgt dan bila nak bangun dr kerusi rasa nak menangis. Orang ckp sbb berat badan tp berat sy bru 50 hehe… Agak-agak sampai berapa bulan mcm ni ye? ada tak cara nak hilangkan die.. sbb kadang2 tarpaksa berdiri buat keje kat opis.. hurmm
Wsalam wbt NZ,
kak Zarith pun tak pasti akan hilang ke tak, sebab masa mengandungkan Zuyyin dan Zayra dulu dari awal pregnancy sampai bersalin, tapi yang kali ni sekejap je, lepas 3 bulan Alhamdulillah tak sakit lagi.. huhu
saya pun baru alami sakit tulang punggung ni 2 hari, skrg ni pregnant 7 bulan, tuhan saja yang tahu sakitnya ni
Sakit kan? Semoga dipermudahkan bersalin nanti =)
Sy juga alami apa yg ibuzarith share kt cni. Seripa sgt. Skrg dh 34weeks. Xsabar nk bsalin rasanya sbb xthm sakit, lbh2 lg waktu mlm..start jd mcm ni ms pregnant ank ke3. Skrg ni ank ke4, sakit tu dtg lbh awal lg iaitu trimester pertama. Semoga dipermudahkn..
Semoga dipermudahkan…Insha Allah banyak hikmahnya kan puan =)
Salam sis saya nak tanya..kalu sakit punggung mase preggy ni..kite kne jpew dokter ke?..ke mase kite checkup ti bagi tahu nurse yg kite sakit punggung..sy dr start preggy 2bln skrng dh 3bln..sakit sgt2..tulang punggung tu..tapi sy bellah kanan saja
Wsalam wbt..boleh beritahu doktor/nurse yang merawat
Info yg sgt bagus. Saya pregnant anak sulung now kandungan bru nak masuk 4 bulan. semua sakit yg Pn. Zarith tulis semua sy rasa. Sakit di belakang pinggul smpai ke kaki sebeleh kiri. Bila nak bangun dr tempat duduk/katil sangat sakit. kadang2 nak melangkah berjalan pun sakit. Harap2 rasa sakit tu tak berpanjangan smpai lahirkan baby.
Oh senasib la kita. huhu. Semoga Allah mudahkan
Saya pun sakit jugak tapi di sebelah kanan je kalau tidur pusing ke kanan ya Allah sakit sangat, kalau pusing kiri tu okay la sikit ini anak first now dah 36weeks.. Saya rasa sebab faktor berat badan makin naik dan kuat bejalan 🙁
semoga segala urusan dipermudahkan
saya pub mengalami sakit ni dari awal preggy…bila dh masuk 30weeks ni lg trk sakit nye. nak2 kalu dah duk kat lantai tu kadang2 ssh nak bgn..terpaksa minta tolong mr.hubby tarikkan.. nk baring pun xyah ckp la sakit nye mcmne kn…slalu tertanya2 mmg mcmni ke sakit ni…bab dua ank sblm ni xrasa pun sakit mcmni..
semoga dipermudahkan segala urusan puan
boleh ke kita tungku pinggul yang sakit semasa mengandung 7 bulan..terima lasih..
Boleh takde masalah =)
Assalamualaikum..sy pun penah alami ny slpas bsalin ank ke-3 kesakitan yg amat sgt smpai tkut nk bgerak..klu bgerak sakit Dr pinggang ke kaki..doct x-ray n mengatakan tulang pinggul sy renggang 1cm.. doct pakar tulang sarankan tido mgereng n pakai bekung untuk rapatkan tulang yg renggang.. Alhamdulillah 3mggu dh bleh bjalan n x sakit..kini sy hamil smula slpas 2 thn blalu..doct jangka akan blaku lg tulang renggang dan kemungkinan kna bsalin operation ( ikot saiz bby)..harap2 dptle bsalin normal..kini sy kerap tido mgereng untuk kurgkan kesakitan..
Wsalam Pn. Akma. Terima kasih kerasa sudi berkongsi. Diharap puan dapat bersalin secara normal =)
salam..
saya tengah merasakannya sekarang.. sakit ya amat. lg2 bila dah baring nk bangun tu Allahu hanya Allah je yg tahu rasa kesakitannya… smga dipermudahkan utk saya sampai selamat bersalin..
Wsalam wbt Puan Farah.
Puan boleh cuba aktiviti squad, dan senaman ringan ibu hamil, insha Allah boleh berkurangan.Semoga dipermudahkan segala urusan puan Farah =)
Saya masa mengandung alami slip disc tulang belakang L45 dan sakit tulang punggung. Tuhan je yg tau bagaimana sakitnya , kerana slip disc menyebabkan saraf tersepit, kaki tak boleh berjalan, rasa panas terbakar, kebas, aliran elektrik yg kuat, hendak letak kaki ke lantai ya rabbi sakitnya..sepanjang 2 bulan terakhir berkerusi roda. Dahsyatnya dugaan mengandung.
Allahu, dugaan seorang ibu. Sebab tu ganjaran ibu yang hamil ni sangat besar kan Pn. Aishah. Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita dan permudahkan segala urusan =)