Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

November 23, 2015 by Ibu Zarith

9 Cara Mengurangkan Sakit Tulang Punggung Ketika Hamil Atau Selepas Bersalin

Assalamualaikum

Zarith masa mengandungkan Zuyyin dan Zayra mengalami sakit tulang punggung yang agak dasyat. Masa Zuyyin dulu, pernah satu ketika tengah berjalan di KLCC tiba-tiba tak boleh bergerak dengan satu kaki ke depan dan satu lagi ke belakang. Statik. Bila cuba gerak, sakit yang amat pada bahagian punggung. Sebelum ni berlaku di rumah je. Tapi bila berlaku macam tu, Mr. Hubby la yang tolong urutkan sikit, baru boleh gerak.

Masa mengandungkan Zayra pula, kesakitan tu datang awal, masa awal lagi dah mula sakit. Bila turun naik tangga memang terasa sangat.

Rupanya baru Zarith tau, apa yang Zarith alami ini dinamakan sebagai SPD iaitu Symphysis Pubis Dysfunction.

Apakah itu SPD?

back pain

Kita perlu tahu bahawa terdapat dua tulang pinggul yang bersambung dengan sendi yang keras yang dikenali sebagai symphysis pubis. Sendi ini kuat dengan adanya rangkaian kuat ligament (tisu kuat yang menghubungkan tulang)

Untuk memastikan baby melalui tulang pelvik dengan mudah, badan kita akan menghasilkan hormone relaxin yang melembutkan ligament dalam pelvik. Hasilnya, kesemua sendi ini akan banyak bergerak sewaktu hamil dan selepas kehamilan.

Dalam kes Zarith yang ada SPD ni, sendi di bahagian pelvik tidak berfungsi sepenuhnya. Sebab tu rasa sakit.

Simptom Akan Berulang Pada Kehamilan Seterusnya

Biasanya SPD ni akan berlaku pada akhir trimester pertama ataupun selepas bersalin. Tapi kebanyakkan di antara kita akan mula sedar tentang sakit ni bila dah masuk pertengahan trimester. Dan bila kita pernah alami SPD pada satu kehamilan, kita berkemungkinan berhadapan dengan masalah yang sama pada kehamilan yang seterusnya. Simptomnya juga berkemungkinan lebih awal daripada yang sebelumnya.

Jadi adalah sangat penting untuk kita mendapatkan bantuan dengan mengetahui masalah sebenar secepat yang boleh. Jadi dapatlah ia membantu kita untuk pulih terlebih dahulu sebelum mengandung sekali lagi

Sakit Kerap Datang Pada Waktu Malam

Rasa sakit pada bahagian bawah pelvik dan pangkal peha adalah tanda-tanda yang biasa dialami oleh penghidap SPD macam Zarith ni. Kita juga akan menderita sakit belakang atau pinggul. Biasanya kita akan merasai bunyik berdetik di bahagian pubik dan kesakitan akan menular di bahagian peha atau bahagian antara kaki kita.

Kesakitan akan jadi lebih teruk bila kita mengangkang, berjalan, naik turun tangga dan sebagainya. Menjelang waktu malam, kesakitan tu akan jadi lebih sedikit. Tapi selalunya akan hilang bila kita tidur. Sebab dah tak sedar kot, hehe. Tapi bila kita terjaga pada waktu malam, rasa sakit tu datang, malah lebih menyakitkan

Cara Mengurangkan Sakit Tulang Punggung

  1. Sekiranya berasa sakit, jangan kita buat tak tahu je. Cepat-cepat bertanya yang pakar, sebab makin lambat kita atasinya, makin lambat nak sembuh.
  2. Bergerak secara perlahan-lahan. Mungkin anda seorang yang aktif dan tak terasa kesannya, tapi nanti bila tiba waktu untuk tidur nanti, baru terasa sakitnya.
  3. Berehatlah secukupnya dengan duduk di atas kerusi yang mempunyai kusyen ataupun bantal untuk menyokong belakang kita.
  4. Elakkan mengangkat ataupun menolak barang berat (troli di pasaraya pon sebenarnya boleh menyebabkan anda sakit tau!)
  5. Sewaktu bersiap untuk memakai seluar, pastikan kita duduk sebelum menyarungkannya. Tarik pakaian sehingga ke peha sebelum berdiri untuk menyempurnakan pemakaian. Jangan sesekali memakai pakaian sebegini dalam keadaan berdiri.
  6. Langkah satu persatu ketika menaiki tangga
  7. Elakkan duduk dengan kaki terkangkang. Sekiranya perlu memisahkan kaki kita antara satu sama lain, lakukannya secara perlahan-lahan dan pastikan bahagian belakang badan anda melengkung
  8. Elakkan melakukan renangan kuak dada. Jika perlu, berhati-hati ketika melakukannya.
  9. Selalulah lakukan senaman lantai pelvik dan abnominal bawah. Kedua-dua senaman ini boleh mengurangkan ketegangan di bahagian bawah pelvik

Bila setiap kali mengandung dan alami masalah sakit ni, Zarith mesti akan terbayangkan ibu. Sebab ibu pun mengalaminya setiap kali mengandungkan kami adik beradik. Dan setiap kali sakit tu lah rasa insaf sangat, betapa besarnya pengorbanan ibu, tanggung kesakitan selama 9 bulan mengandungkan kami 4 orang.

Ya Allah ampunilah dosa ibu kami dan tempatkanlah mereka dikalangan hamba kesayanganMu, Amin.

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Umie says

    November 23, 2015 at 13:22

    Tq zarith. Very good info. Actually ramai jugak kwn2 ngadu selalu sakit belakang waktu hamil.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      November 24, 2015 at 06:02

      kan umi, memang kebanyakannya diantara kita alami benda ni. Sakit yang amat huhu

      Reply
  2. :inda says

    November 25, 2015 at 10:57

    TQ Zarith, memang ramai yang selalu ada masalah sakit pinggang lepas bersalin ni. Tak ada yang mustahil untuk kita atasinya kan?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      November 26, 2015 at 15:45

      Welcome =)
      Memang macam tu kan, kalau pregnant ada jek cabarannya kan.

      Reply
  3. Ibu Sam says

    July 3, 2016 at 01:30

    Nak tanya juga.. Mcm mana proses kelahiran ibu zarith? Normal atau ceaser? Sebab sakit pinggul semasa hamil mungkin mempengaruhi proses kelahiran tu. Skarang sy hamil anak kedua and sakit tu menyerang saya. Anak pertama sy xprnah rasa sakit ni. Mohon bantu ..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 01:28

      Alhamdulillah keduanya normal puan =)

      Reply
  4. maz_jamal says

    July 22, 2016 at 17:12

    Lepas bersalin mmg sakit blakang, sakit pinggang, sakit badan semua ada..thanks, tips yang bermanfaat..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 9, 2016 at 19:23

      Betul =)
      Semoga bermanfaat

      Reply
  5. Librius says

    August 16, 2016 at 13:08

    First time jd mummy and bnyk sakit yang tak tahu nk rujuk kpd siapa (sblm pg jumpa doc). sbb kdg2 tnya doc, ada setengah doc x cerita secara detail, mereka akan cerita general shj. So tips mama zarith ni mmg bnyak membantu sy memahami diri sendiri dan persiapan sblm jumpa doc supaya lebih tahu soalan yg penting utk ditanya. Terima kasih sgt di atas tips yg dikongsikan!

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 21, 2016 at 00:17

      Sama-sama =) Semoga dapat kurangkan sedikit kesakitan yang dihadapi =)

      Reply
  6. Mrs Khaty says

    September 29, 2016 at 03:06

    Thanx for the info ibu zarith.. Br taw.. Da inform doktor last week, tp doktor ckp sakit disebabkan pertambahan berat bdn yg mendadak.. Huhuuu… Mmg rasa sakit anytime, anywhere..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 16, 2017 at 16:00

      Bertabahlah ye =)

      Reply
  7. Nana says

    October 6, 2016 at 16:52

    Sy first pregnancy ,baru tau sakitnye.. Kdg mcm akk ckp nk ble bgn gerak kaki nk jalan pyela sakit.. Kalau dah baring nak alih2 bontot pn seksa.. Aduyaiii

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 16, 2017 at 12:47

      Bersabarlah adik =)

      Reply
  8. Dayana says

    October 8, 2016 at 13:13

    Saya pun sedang alami sakit ni. Rasa mcm nk lumpuh sakitnya terutama sekali bila lepas duduk bawah. Lepas ni kena elak la duduk atas tmpt keras nampaknya.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 16, 2017 at 16:04

      Semoga ia dapat mengurangkan kesakitan yang Pn Dayana alami =)

      Reply
    • alyssa says

      November 16, 2017 at 22:04

      Sama la mcm nak lumpuh je rasanya.. anak kedua dan anak ketiga sy mcm ni.anak pertama dulu sy tak mcm ni..

      Reply
      • Ibu Zarith says

        December 14, 2017 at 00:03

        Huhu..semoga dipermudahkan segala urusan puan

        Reply
  9. emma razaq says

    October 9, 2016 at 20:14

    Saya sedang mengalami masalah ini sekarang..bru je beberapa jam td berurut atas nasihat mertua..semasa lepas berurut rsa lega..bape jam kemudian dtg balik sakit tu..mencucuk2 rasa sakit tu..ape yg patut sy buat utk hilangkan rasa sakit ni ye..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 14, 2016 at 08:39

      Sakit kan? huhu.. Zarith dah cuba satu perkara yang sesuai dengan diri Zarith tapi tak pasti dengan orang lain. Cara ni pun dikenalpasti secara tak sengaja. Zarith mop rumah secara mencangkung. Macam jalan itik tu, tapi sambil mengemop lantai. Alhadmulillah dah berkurang dan tak sakit lagi sekarang ni. Harap bila dah sarat nanti tak sakit juga la huhu

      Reply
  10. NZ says

    October 17, 2016 at 17:46

    Salam kak.. sy baru 2 bulan mengandung and first baby tp sy da rasa sakit punggung bontot ni dr mula taw mengandung smpi skrg.. Ya Allah sakitnya hanya Allah yg taw.. lagi2 bila kat opis kita duduk lama sgt dan bila nak bangun dr kerusi rasa nak menangis. Orang ckp sbb berat badan tp berat sy bru 50 hehe… Agak-agak sampai berapa bulan mcm ni ye? ada tak cara nak hilangkan die.. sbb kadang2 tarpaksa berdiri buat keje kat opis.. hurmm

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 22:43

      Wsalam wbt NZ,
      kak Zarith pun tak pasti akan hilang ke tak, sebab masa mengandungkan Zuyyin dan Zayra dulu dari awal pregnancy sampai bersalin, tapi yang kali ni sekejap je, lepas 3 bulan Alhamdulillah tak sakit lagi.. huhu

      Reply
  11. ajumohit says

    December 7, 2016 at 18:32

    saya pun baru alami sakit tulang punggung ni 2 hari, skrg ni pregnant 7 bulan, tuhan saja yang tahu sakitnya ni

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 3, 2017 at 23:21

      Sakit kan? Semoga dipermudahkan bersalin nanti =)

      Reply
  12. Siti Najihah Mohamad Nor says

    December 16, 2016 at 18:25

    Sy juga alami apa yg ibuzarith share kt cni. Seripa sgt. Skrg dh 34weeks. Xsabar nk bsalin rasanya sbb xthm sakit, lbh2 lg waktu mlm..start jd mcm ni ms pregnant ank ke3. Skrg ni ank ke4, sakit tu dtg lbh awal lg iaitu trimester pertama. Semoga dipermudahkn..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 3, 2017 at 23:09

      Semoga dipermudahkan…Insha Allah banyak hikmahnya kan puan =)

      Reply
  13. Noradiela says

    June 7, 2017 at 06:10

    Salam sis saya nak tanya..kalu sakit punggung mase preggy ni..kite kne jpew dokter ke?..ke mase kite checkup ti bagi tahu nurse yg kite sakit punggung..sy dr start preggy 2bln skrng dh 3bln..sakit sgt2..tulang punggung tu..tapi sy bellah kanan saja

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:32

      Wsalam wbt..boleh beritahu doktor/nurse yang merawat

      Reply
  14. NurMedina says

    December 4, 2017 at 14:27

    Info yg sgt bagus. Saya pregnant anak sulung now kandungan bru nak masuk 4 bulan. semua sakit yg Pn. Zarith tulis semua sy rasa. Sakit di belakang pinggul smpai ke kaki sebeleh kiri. Bila nak bangun dr tempat duduk/katil sangat sakit. kadang2 nak melangkah berjalan pun sakit. Harap2 rasa sakit tu tak berpanjangan smpai lahirkan baby.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 13, 2017 at 23:59

      Oh senasib la kita. huhu. Semoga Allah mudahkan

      Reply
  15. Puan Amy says

    February 5, 2018 at 17:57

    Saya pun sakit jugak tapi di sebelah kanan je kalau tidur pusing ke kanan ya Allah sakit sangat, kalau pusing kiri tu okay la sikit ini anak first now dah 36weeks.. Saya rasa sebab faktor berat badan makin naik dan kuat bejalan 🙁

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 21:33

      semoga segala urusan dipermudahkan

      Reply
  16. huda says

    March 3, 2018 at 22:58

    saya pub mengalami sakit ni dari awal preggy…bila dh masuk 30weeks ni lg trk sakit nye. nak2 kalu dah duk kat lantai tu kadang2 ssh nak bgn..terpaksa minta tolong mr.hubby tarikkan.. nk baring pun xyah ckp la sakit nye mcmne kn…slalu tertanya2 mmg mcmni ke sakit ni…bab dua ank sblm ni xrasa pun sakit mcmni..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 21:32

      semoga dipermudahkan segala urusan puan

      Reply
  17. nisa says

    March 11, 2018 at 23:30

    boleh ke kita tungku pinggul yang sakit semasa mengandung 7 bulan..terima lasih..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 11, 2018 at 23:46

      Boleh takde masalah =)

      Reply
  18. Akma says

    November 11, 2018 at 20:22

    Assalamualaikum..sy pun penah alami ny slpas bsalin ank ke-3 kesakitan yg amat sgt smpai tkut nk bgerak..klu bgerak sakit Dr pinggang ke kaki..doct x-ray n mengatakan tulang pinggul sy renggang 1cm.. doct pakar tulang sarankan tido mgereng n pakai bekung untuk rapatkan tulang yg renggang.. Alhamdulillah 3mggu dh bleh bjalan n x sakit..kini sy hamil smula slpas 2 thn blalu..doct jangka akan blaku lg tulang renggang dan kemungkinan kna bsalin operation ( ikot saiz bby)..harap2 dptle bsalin normal..kini sy kerap tido mgereng untuk kurgkan kesakitan..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 23, 2019 at 23:03

      Wsalam Pn. Akma. Terima kasih kerasa sudi berkongsi. Diharap puan dapat bersalin secara normal =)

      Reply
  19. Farah says

    October 21, 2019 at 09:31

    salam..
    saya tengah merasakannya sekarang.. sakit ya amat. lg2 bila dah baring nk bangun tu Allahu hanya Allah je yg tahu rasa kesakitannya… smga dipermudahkan utk saya sampai selamat bersalin..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      November 8, 2019 at 15:22

      Wsalam wbt Puan Farah.
      Puan boleh cuba aktiviti squad, dan senaman ringan ibu hamil, insha Allah boleh berkurangan.Semoga dipermudahkan segala urusan puan Farah =)

      Reply
  20. Aishah says

    November 27, 2019 at 00:18

    Saya masa mengandung alami slip disc tulang belakang L45 dan sakit tulang punggung. Tuhan je yg tau bagaimana sakitnya , kerana slip disc menyebabkan saraf tersepit, kaki tak boleh berjalan, rasa panas terbakar, kebas, aliran elektrik yg kuat, hendak letak kaki ke lantai ya rabbi sakitnya..sepanjang 2 bulan terakhir berkerusi roda. Dahsyatnya dugaan mengandung.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 11, 2020 at 00:01

      Allahu, dugaan seorang ibu. Sebab tu ganjaran ibu yang hamil ni sangat besar kan Pn. Aishah. Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita dan permudahkan segala urusan =)

      Reply

Leave a Reply to NZ Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design