Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

November 3, 2015 by Ibu Zarith

Apakah Yang Akan Terjadi Sebaik Sahaja Kita Melahirkan Baby?

Assalamualaikum

Kebanyakan ibu selepas melahirkan akan mengalami masalah kemurungan selama satu hingga dua minggu. Boleh rujuk artikel Zarith “11 Tips Atasi Kemurungan Selepas Bersalin Agar Tidak Meroyan” Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita kenal pasti apakah perubahan yang berlaku kepada kita sebaik sahaja kita melahirkan anak yang telah dikandung selama 40 minggu itu

Perubahan Badan Kita Sebaik Sahaja Melahirkan Bayi

  1. Paras hormon yang turun dan naik
    • Dalam masa seminggu dua selepas melahirkan, hormon kehamilan yang tinggi seperti estrogen dan progesteron (hormon yang membantu mengekalkan kesihatan kehamilan) akan jatuh menjunam. Jadi tidak hairanlah kalau kita berasa gembira pada satu ketika tapi pada masa lainnya menangis kesedihan. Ini juga adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemurungan ibu yang baru sahaja melahirkan bayi
  2. Baby blues
    • Ibu yang pertama kali melahirkan selalunya akan berasa sedikit gentar. Apabila merenung ke arah mata baby kita, terasa banyak sangat kasih sayang yang nak dicurahkan. Tapi pada waktu yang sama kita berasa risau, bolehkah kita jadi ibu yang terbaik untuknya? Bolehkah mandikan baby setiap hari, atau perlu dilap sahaja? Sanggupkah kita berpisah dengan anak untuk pergi kerja semula?
    • Dalam fasa ini, ibu janganlah terlalu mempersoalkan kebolehan diri. Perasaan ini adalah normal. Ia selalunya datang pada hari kedua sehingga keempat selepas kelahiran apabila hormon kehamilan mula meninggalkan badan kita. Keadaan kita pada waktu itu seperti jatuh pada kedudukan yang sangat tinggi.
    • Kebanyakan ibu akan banyak menangis dan merasakan dia tidak mampu untuk mengatasi kemurungan ini, namun perkara ini adalah normal sebenarnya dan akan hilang sendiri dalam beberapa hari.
    • Baby blues ni berbeza dengan kemurungan post natal yang biasanya berlarutan sehingga lebih minggu kedua kelahiran
  3. Susah nak tidur
    • Takde seorang pun ibu yang baru melahirkan baby akan mendapat tidur yang sempurna. Memang selepas melalui detik melahirkan yang begitu meletihkan, dan sepatutnya kita mempunyai rehat yang secukupnya, namun itu semua adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku.
    • Baby lebih memerlukan kita. Mereka tidak faham yang kita memerlukan masa untuk berehat. Mereka berasa terancam dengan persekitaran baru yang asing buat mereka. Kesian kan? Jadi tugas kita adalah untuk sentiasa membantu mententeramkan mereka.
    • Dalam dunia keibubapaan yang kita tempuhi akan membuatkan waktu tidur kita berubah dari semasa ke semasa. Jadi kita harus bijak membahagikan masa untuk diri sendiri dan keluarga.
    • Unutk jangka masa yang lama, perubahan tidur sebegini akan menjejaskan mood kita dan juga kebolehan kita untuk berkomunikasi bersama baby kita. Jadi pastikan apabila anak kita tidur, kita pun tidur sekali =)

Namun, jika anda mengalami kemurungan yang berpanjangan, lebih baik anda berjumpa dengan yang pakar untuk mendapatkan nasihat dan menyatakan tentang apa yang anda rasa. Anda mungkin mengalami kemurungan Post-Natal yang jika tidak dirawat, akan menyebabkan kemurungan yang berpanjangan.

Simptom Kemurungan Post-natal:

  1. Rasa sedih, sengsara, dan asyik menangis sepanjang hari terutamanya pada waktu pagi.
  2. Anda rasa yang anda tidak dapat menampung beban dan keperluan baby
  3. Anda mengalami masalah tidur yang kronik
  4. Rasa tidak selesa dengan baby, kanak-kanak dan pasangan anda
  5. Hilang selera makan atau makan terlalu banyak
  6. Kebimbangan yang melampau

Melahirkan baby adalah satu detik terindah dalam kehidupan seorang wanita. Tidak semua wanita berpeluang untuk merasakannya. Hargailah dan nikmatinya dengan sebaik mungkin. Bersyukur dengan segala nikmat kurniaan-Nya, kita pasti bahagia =)

Semoga bermanfaat =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    October 26, 2016 at 08:28

    Tak sabar nak dapat baby lagi lepas baca entri ni.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 22:32

      ehehe..best kan bau baby =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design

imunify-bot-check