Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

November 10, 2015 by Ibu Zarith

Apakah Yang Perlu Dilakukan Bila Bayi Anda Tercekik

Assalamualaikum

Sejak pandai menyelar dan merangkak, Zayra suka sangat masukkan apa sahaja yang dia jumpa ke dalam mulut. Semut pun jadik. Nasib baik tak sempat nak masuk mulut lagi, kalau tak, kesian tenggiling takde makanan nanti, huhu.

Pernah juga Zayra koyakkan surat kabar dan masukkan ke dalam mulut dengan pantas sekali. Dan terus telan. Memang tak boleh nak buat apa dah. Nasib baik bila esoknya Zayra buang air besar, ade serpihan surat kabar tersebut dalam bentuk yang sedia ada.

Bila dah tahu Zayra ni suka sangat mengutip dan memasukkan apa yang dijumpai ke dalam mulut, kami jadi lebih berhati-hati. Memang sentiasa awasi Zayra. Takut kalau berlaku kes tercekik ke apa.

Sebenarnya setiap tahun beribu kanak-kanak berusia di bawah usia 4 tahun yang tercekik makanan, permainan dan objek barangan rumah. Bayi dan kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk memasukkan barang ke dalam mulut mereka

Bagaimana untuk menyelamatkan anak anda yang berusia bawah 1 tahun:

  1. Halakan muka bayi anda ke bawah di atas lengan anda, pegang rahangnya dengan tangan anda. Rehatkan tangan anda di atas peha. (Jika dia terlalu besar, baringkannya di atas peha anda dengan muka menghala ke bawah, kepalanya pada lutut anda) Sokong kepala dan lehernya di mana ia perlu lebih rendah daripada badannya.
  2. Dengan tumit pada sebelah tangan anda, berikan tepukan di antara bahunya. Ini selalunya menyebabkan baby membatukkan semula makanan/objek. Jika anda boleh nampak objek tersebut di dalam mulut atau kerongkong, ambil gunakan jari anda.
  3. Jika bayi anda masih belum boleh bernafas, baringkannya dengan menghala ke atas dan biarkannya berehat di atas peha anda atau permukaan yang lembut. Dengan jari telunjuk/ jari tengah pada bahagian tengah dadanya (hanya bawah puting), beri tolakan yang cepat pada dadanya, tekan sedalam setengah ke satu inci. Berselang seli di antara belakang dan dada sehingga dia membatukkan objek tersebut atau mula bernafas dengan sendirinya.
  4. Lakukan pernafasan keselamatan: Buka laluan udara dengan menyengetkan kepala ke belakang dan mendongakkan dagu.
  5. Kekalkan pembukaan laluan udara, tutup mulut anda pada hidung dan mulut bayi anda dengan memberikan dua pernafasan perlahan untuk setiap satu ke satu setengah saat. Teruskan pernafasan mulut ke mulut sehingga pernafasan normal dan bantuan tiba. Nota: Jika dada bayi anda tidak menunjukan kenaikan, objek tersebut masih menghalang laluan udaranya. Ulangi langkah 1-5 sehingga objek tersebut dikeluarkan atau bantuan tiba.
  6. Walaupun anak anda kelihatan sihat selepas tercekik, bawanya berjumpa dengan doctor bagi memastikan halangan telah dialihkan.

Bagaimana untuk menyelamatkan kanak-kanak yang lebih tua:

  1. Lakukan gerakan terancang Heimlich: Berdiri atau berlutut ke belakang anak anda dengan tangan anda di keliling pinggangnya. (Jika dia pengsan, baringkannya secara menelentang dan berlutut pada kakinya)
  2. Pegangnya dengan tangan anda pada abdomennya, di atas pusat dan di bawah pehanya. (Jika anak anda berbaring, letakkan tapak tangan anda pada pertengahan perutnya iaitu di bawah pusat dan peha). Tekan abdomennya dengan lembut, berikan tekanan dengan menggunakan tangan sehingga objek tersebut keluar.
  3. Jika objek tersebut tidak jelas dan anak anda tidak sedar, baringkannya secara menelentang dan buka mulutnya. Jika anda melihat halangan, berhati-hati masukkan jari telunjuk sehingga ke kerongkong bagi mengalihkan objek tersebut.
  4. Lakukan pernafasan keselamatan: Buka laluan udara dengan menyengetkan kepala ke belakang dan mendongakkan dagu.
  5. Kekalkan pembukaan laluan udara, picit hidung anak anda dengan jari, tutup mulut anda pada mulutnya dan berikan pernafasan perlahan untuk setiap satu ke satu setengah saat. Teruskan pernafasan mulut ke mulut sehingga pernafasan normal dan bantuan tiba. Nota: Jika dada anak anda tidak menunjukan kenaikan, objek tersebut masih menghalang laluan udaranya. Ulangi langkah 1-5 sehingga objek tersebut dikeluarkan atau bantuan tiba.
  6. Walaupun anak anda kelihatan sihat selepas tercekik, bawanya berjumpa dengan doctor bagi memastikan halangan telah dialihkan.

Terlalu kecil untuk bayi:

Bila baby anda dah mula merangkak, ada beberapa objek yang perlu dijauhkan antaranya:

  • Duit syiling
  • bola kecil
  • Guli Skru
  • Berlian
  • Penutup pen
  • Bateri kecil
  • Krayon
  • Pin
  • Mainan dengan bahagian yang kecil

Makanan Yang Merbahaya:

  • Buah-buahan seperti tembikai dengan bijinya, epal atau anggur
  • Kacang mentega
  • Gula-gula dan gula getah
  • Biji kacang dan bunga matahari
  • Popcorn
  • Sayuran keras seperti carrot
  • Daging dan keju

Untuk merendahkan risiko anak anda dari tercekik:

  • Kisar makanan bayi anda sebelum menghidangkannya. Untuk kanak-kanak, potong kesemua makanan ke saiz gigitan yang lebih kecil
  • Pastikan anak anda duduk semasa makan dan anda tidak tinggalkan dia berseorangan pada waktu makan
  • Jangan benarkan anak anda bermain dengan makanannya – ajarnya bagaimana untuk mengunyah makanan sebelum bercakap dan ketawa
  • Jauhi anak anda daripada tong sampah yang mengandungi barangan dapur seperti kulit telur atau penutup botol.
  • Pilih mainan bagi usia yang sesuai dimana ia tidak mengandungi bahagian yang kecil. Jika anda mempunyai anak yang lebih tua, simpan mainan yang boleh menyebabkan tercekik

Isyarat Kemalangan

  • Jangan biarkan anak anda berlari atau berjalan dengan objek tajam di dalam mulutnya
  • Tapi jika dah berlaku sesuatu seperti terdapat gula-gula, berus gigi atau pensel dalam kerongkongnya dan masih boleh bernafas, jangan cuba mengalihnya. Dengan mengubah posisi objek, anda boleh menyebabkan berlakunya pendarahan atau tercekik kepada anak anda. Hubungi talian kecemasan dengan segera.

Kredit: Mami & Baby

Kanak-kanak memang tak tahu apa yang mereka lakukan akan mengundang bahaya. Kita sebagai ibu bapa yang perlu sentiasa mengawasi mereka. Semoga anak-anak kita sentiasa dalam keadaan terbaik di bawah lindungan-Nya.

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Farrah MF says

    November 11, 2015 at 07:58

    Basic pertolongan cemas macam ni memang kita kena tahu. Senang kalau apa2 berlaku.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      November 12, 2015 at 18:20

      penting untuk ibu bapa kan kak. wajib tahu

      Reply
  2. Kisahsidairy says

    June 10, 2016 at 10:56

    baru terjadi kat anak..mohon share ye ibu zarith..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 20, 2016 at 02:11

      Oh harap semuanya dalam keadaan terkawal pada waktu tu

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design