Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

November 18, 2015 by Ibu Zarith

Perancangan Kewangan Buat Ibu Dan Ayah Yang Bakal Menyambut Cahayamata

Assalamualaikum

Kehadiran cahayamata pastinya sangat mengujakan kita. Tetapi pada masa yang sama pelbagai persoalan mula bermain dalam fikiran. Kehidupan kita berdua yang dirasakan cukup bahagia, kini bakal melalui perubahan yang ketara.

Dan kebanyakan pasangan selalunya mengabaikan aspek perbelanjaan yang bakal mengiringi cahaya mata mereka. Dulu tak perlu keluarkan belanja untuk lampin, susu, dan simpanan untuk pendidikan tinggi anak-anak serta insurans yang kini semakin penting  dalam kehidupan kita.

Tapi sekiranya kita mula merancang dari awal, Inshaa Allah tiada sebarang masalah yang akan timbul kelak.

Perancangan Kewangan Buat Ibu dan Ayah

  1. Ketahui Kedudukan Kewangan Anda
    • Bila dah jadi ibu bapa, kita semua akui yang keperluan anak mengatasi segalanya. Tapi jangan pula kita abaikan komitmen kewangan lain yang sedia ada seperti bayar rumah, kereta dan sebagainya kerana ia juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab yang perlu dipenuhi.
    • Apabila berbincang tentang perbelanjaan keluarga, kita perlu juga ingat yang perbelanjaan akan datang bukan setakat untuk keperluan baby je tapi juga untuk keperluan ibu sebelum dan selepas bersalin
  2. Buat Senarai Semak
    • Check list ni memang sangat membantu tau, jadi takdelah kita main beli je apa yang kita nampak.
    • Ajak suami duduk bersama dan senaraikan barangan atau perkhidmatan yang kita rasa perlu mengikut kategori, seperti perabot bayi, pekakas mandian, tukang urut dan sebagainya. Ini sebenarnya memudahkan kita untuk semak balik apa yang dah ada dan apa lagi yang perlu ditambah
    • Jangan lupa untuk masukkan satu kategori yang penting iaitu kecemasan sekiranya kita terpaksa melahirkan secara pembedahan yang kita juga tahu ia memakan belanja yang agak tinggi
  3. Buat Perbandingan Harga Barangan
    • Semasa pergi membeli-belah berdasarkan senarai semak yang telah disediakan, jangan pula kita terus membeli. Luangkan sedikit masa untuk membandingkan harga jenama-jenama berbeza dan pastikan yang kita mencatat harga barangan tersebut dalam senarai semak tadi. Jangan pula kita terpengaruh dengan jenama terkenal yang kebanyakkannya harga lebih mahal.
    • Selalunya anda boleh membeli barang yang sama kualiti standing dengan barangan berjenama tapi dengan harga yang lebih murah.
    • Selain itu, jangan malu bertanya dengan juru jual tentang kegunaan barang yang kita nak beli tu. Kadangkala kita rasa macam perlu je digunakan sebaik sahaja baby dilahirkan tapi sebenarnya ia hanya diperlukan apabila baby dah lebih besar sedikit
  4. Beli apa yang perlu sahaja
    • Setelah selesai bandingkan harga dan barang yang diperlukan, tengok balik list tadi. Yang mana betul-betul diperlukan sebaik sahaja selepas kelahiran dan apa barang yang boleh ditangguhkan pembeliannya pada kemudian hari. Keluarkan dari list kita barang yang tidak perlu dan barang yang boleh ditangguhkan (KIV)
  5. Buat Senarai Permintaan (wishlist)
    • Selalunya keluarga dan sahabat handai akan berikan hadiah kepada baby kita. Kadangkala mereka sendiri tak tahu nak bagi hadiah apa sebab risau yang barang tersebut kita sendiri dah beli. Jadi kita boleh lah sediakan wishlist dan berikan kepada mereka.
    • Pada peringkat ini kita dah tau cara untuk berhadapan dengan isu kewangan yang bakal dihadapi. Jangan lupa tentang perbelanjaan akan datang yang perlu ditanggung seperti pemeriksaan bulanan bayi, pusat asuhan dan penjagaan bayi.
    • Kita juga sudah boleh merancang tentang pelaburan bagi simpanan pendidikan anak-anak. Dengan memulakan simpanan pendidikan, kita bukan sahaja menjamin masa depan si manja tetapi juga masa depan kita sendiri.

Dengan cara di atas diharapkan agar kita dapat melalui pengalaman indah sebagai ibu dan ayah tanpa perlu memikirkan tentang masalah kewangan yang mungkin melanda. Rancanglah kewangan dari sekarang agar kelahiran si manja memberikan lebih makna kepada kehidupan kita.

Jangan lupa packing barang nak pergi ke hospital nanti. Boleh rujuk artikel Zarith “Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa ke Hospital“

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Aryn Fadz Lee says

    November 21, 2015 at 13:59

    Perancangan kewangan bagi bakal ibu dan ayah sanagt penting agar dapat merancang kewangan yang bakal berubah bila bertambah ahli dalam keluarga. Tahnks for the info 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      November 23, 2015 at 12:46

      Kan. Betul tu. Semoga dapat membantu ibubapa di luar sana terutama yang baru =)

      Reply
  2. Sync says

    December 1, 2015 at 01:08

    boleh masukkan takaful sebagai bajet anak 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 1, 2015 at 12:57

      Betul tu =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design