Assalamualaikum
Haritu ada ikan selar kuning. Selalunya sedap digoreng kunyit atau masak singgang je, tapi harini nak cuba sesuatu yang lain pulak. Pais. Ha, pernah dengar tak? Masaknya sungguh mudah. Zuyyin makan 6 ekor ikan sekali. Berselera sungguh. Zuyyin memang suka makan pedas. Kalau tak pedas sikit tak berselera sangat. Anak orang negeri Sembilan la katakan, huhu. Ibu yang risau terlebih.
Jom tengok betapa mudahnya nak buat pais ikan ni. Menu yang sungguh sihat sebab tak perlu menggunakan minyak langsung =)
Resepi Pais Ikan 
- Bahan-bahan:
- Beberapa ekor ikan selar kuning
- Bawang merah
- Bawang putih
- Daun cekur beserta akarnya
- Cili besar
- Cili padi
- Belacan yang telah digoreng terlebih dahulu
- Kelapa parut
- Sedikit gula
- Sedikit garam
- Daun pisang kapok/ nipah (kalau daun pisang lain nanti akan ada rasa pahit, tak berapa sedap)
- Beberapa ekor ikan selar kuning
- Cara memasak:
- Tumbuk belacan, cili padi, cili besar, bawang merah dan putih, akar daun cekur (bawang akhir sekali kerana ia akan berair)
- Masukkan kelapa ke dalam sebuah besen, masukkan rempah yang telah ditumbuk tadi. Gaul sehingga sebati
- Masukkan garam dan gula sesedap rasa.
- Masukkan ikan dan gaul sebati
- Letakkan beberapa ekor ikan di atas daun pisang. Paling ideal 5-6 ekor ikan. Gulung dan matikan dengan pencungkil gigi.
Ni first time Zarith buat pais ni atas bimbingan ibu, hehe. Tak sangka pulak Zuyyin suka, hehe. Lepas ni boleh la buat lagi =)
Selamat Mencuba =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Leave a Reply