Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

November 26, 2015 by Ibu Zarith

Tugas Ayah Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Assalamualaikum

Apa yang selalu kita dengar adalah pihak ibu yang bersungguh-sungguh dalam menyusukan anak. Baby nak lahir, ibu yang cari maklumat tentang penyusuan susu ibu. Susu merudum, ibu risau, cari milkbooster yang dapat meningkatkan penghasilan susu. Dengan sakit badannya. Masalah melecet dan luka lagi. Tapi semuanya dilalui dengan tabah tanpa merungut demi menjayakan misi penyusuan anak selama 2 tahun.

Tapi tahu tak, sebenarnya ayah juga boleh menyumbang dalam hal ini? Ya, sokongan yang padu sangat diperlukan. Nampak macam senang, tapi kalau tak kuat, tak semua orang boleh lengkapkan misi 2 tahun ini. Pelbagai cabaran dan rintangan sama ada dari segi mental ataupun fizikal si ibu perlu hadapi.

Sebelum tu jom tengok video Zarith, apakah yang membantu Zarith dalam menjayakan penyusuan susu ibu kepada keempat-empat anak Zarith:

 

Tugas Penting Ayah Dalam Penyusuan Susu Ibu

  1. Pastikan isteri anda dalam keadaan yang selesa semasa menyusukan anak
    • Jika isteri kurang selesa, bantulah dengan menyediakan bantal tambahan ataupun bangku kaki. Kalau Mr. Hubby, selalu akan sendalkan bantal dibahagian belakang badan dan juga bawah siku ketika Zarith susukan Zuyyin atau Zayra dalam keadaan duduk. Kadang tu memang tak sempat nak capai bantal pun bila anak kita menangis nak susu.
  2. Periksa kedudukan posisi baby ketika menyusu
    • Isteri mungkin tak mampu melihat dari sudut pandangannya. Jika anak kelihatan tak selesa, bantulah dengan mengubah kedudukan agar isteri dan anak anda  sama-sama selesa.
  3. Pastikan isteri cukup tidur
    • Galakkan isteri mengamalkan tidur sebentar (nap) setiap hari. Apatah lagi sekiranya baru lepas bersalin. Isteri memerlukan rehat yang cukup untuk mengembalikan kesegaran tubuhnya.
  4. Tawarkan diri untuk menguruskan kerja-kerja rumah yang mudah bagi meringankan beban isteri
    • Keperihatinan anda membantu walaupun  perkara yang kecil memang sangat bermakna buat isteri
  5. Luangkan masa dengan anak-anak yang lain
    • Dengan cara ini isteri ada lebih banyak masa untuk melayan kehendak si kecil dan ada masa untuk berehat seketika.
  6. Sekali sekala cubalah memasak untuk seisi keluarga
    • Bila anda memasak, janganlah pula masak makanan segera pula. Cubalah masakkan makanan kegemaran isteri
  7. Beri sokongan padu kepada isteri sekiranya ada segelintir ahli keluarga tidak menyokong penyusuan ekslusif
    • Pertahankan prinsip anda dan isteri. Jika anda menunjukkan sikap positif, pasti suatu hari nanti mereka turut mengamalkannya

Tugas Ayah Pada Awal Kelahiran Baby

  1. Berikan galakan
    • Sebenarnya isteri memang sangat perlukan galakan dan sokongan dari anda, walaupun isteri tak pernah nyatakannya. Ini dapat membantunya menambahkan keyakinan diri untuk meneruskan penyusuan ekslusif. Terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran, banyak cabaran yang terpaksa dilalui. Dengan sakit pada jahitan lagi, badan masih lemah, susu yang masih sedikit. Teruskan sokongan. Dengan bantuan dan dorongan anda, dia pasti menghadapi masalah yang dihadapinya.
  2. Luaskan pengetahuan
    • Banyakkan membaca dan pelajari sebanyak mungkin ilmu berkaitan penyusuan ekslusif. Selain isteri, anda juga perlu mempunyai serba sedikit pengetahuan berkaitan.
    • Ingat! Anda akan dapat membantu isteri dengan lebih efektif jika anda sendiri percaya bahawa hanya susu ibu yag terbaik buat permata hati anda
  3. Jangan pinggirkan diri
    • Ada segelintir ayah yang rasa terpinggir pada awal kelahiran baby. Alasan yang diberi pula adalah isteri beri perhatian yang lebih kepada baby. Jadi ada dikalangan ayah yang mula mengasingkan diri kerana memikirkan yang dirinya tidak lagi penting buat isteri.
    • Janganlah begitu.  Jika anda bersikap begini, tentulah sukar untuk isteri nak meneruskan hasratnya menyusukan baby secara ekslusif sekiranya tiada sokongan berpanjangan dari anda

Tugas Ayah Pada Minggu Berikutnya Setelah Kelahiran Baby

Ayah boleh melibatkan diri dalam apa juga keadaannya. Ingatlah, yang anak ini adalah permata hati kesayangan anda berdua. Tanda cinta anda berdua =)

  1. Tukar lampin
    • Ramai suami yang taknak libatkan diri bila masuk bab menukar lampin ni. Mula-mula memang rasa janggal je, tapi lama-kelamaan anda akan biasa. Lagipun baby yang menyusu secara ekslusif takla busuk sangat =p
  2. Mandikan baby
    • Ini adalah antara aktiviti yang menyeronokkan yang boleh anda lakukan bersama baby.
    • Namun, pelajari teknik yang betul semasa memandikannya. Boleh rujuk artikel Zarith bertajuk “14 Cara Mandikan Baby Baru Lahir Yang Betul“
  3. Bantu isteri
    • Jika isteri sibuk di dapur ataupun melakukan kerja rumah, ringankanlah tulang anda untuk menjaga anak. Ini sangat penting terutamanya ketika baby sedang menangis. Tenteramkan ia sementara isteri bersedia untuk menyusukannya
  4. Luangkan masa
    • Lakukannya dengan mengusap dadanya, mendukung dan berbual-bual dengannya. Kalau boleh jangan beri baby anda berhibur dengan ipad ataupun telefon bimbit. Berikan rangsangan secara semulajadi, anda pasti teruja melihatkan perkembangannya.
  5. Dakap sambal berjalan
    • Sekiranya baby anda kerap menangis, berjalan-jalanlah sambal mendakapnya sambil berzikir. Pergerakan dapat membantu menenangkannya. Boleh juga rujuk artikel Zarith ” 12 Sebab Kenapa Baby Anda Menangis Malam Dan Cara Tanganinya“
  6. Belajar sambal berhibur
    • Tahu tak anda, yang baby ni belajar bercakap apabila sering mendengar orang disekitarnya berkata-kata.
    • Jadi gunakanlah kesempatan ini untuk bercakap dengannya sambil menyanyi dan bertepuk tangan =)
  7. Bermain
    • Anak-anak biasanya lebih gemar bermain dengan ayah. Kalau Zuyyin dan Zayra pun sangat happy bila ayahnya balik kerja dan bermain-main bersama.
    • Ini kerana ayah mempunyai pendekatan berbeza ketika bermain jika dibandingkan dengan ibu.

Penyusuan secara ekslusif, lebih mudah disebut dari dilaksanakan. Power pumping, kesukaran mencari milkbooster yang sesuai, susu merudum, bengkak susu semasa dalam pantang, semuanya akan dilalui. Namun, dengan sokongan dan cara yang betul, semuanya tidak mustahil.

Alhamdulillah Zayra menyusu secara ekslusif selama 1 tahun sebelum diperkenalkan dengan solid food. Sekarang Zayra dah 1 tahun 4 bulan. Semoga dapat terus menyusukan Zayra sehingga berusia 2 tahun seperti kakaknya Zuyyin. Amin =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    December 1, 2015 at 16:41

    Walaupun isteri yang menyusukan anak, tapi banyak perkara lain yang suami boleh tolong kan.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 8, 2015 at 00:58

      Betul tu kak ros. Sokongan padu dari suami sangat penting

      Reply
  2. tiramisuolei says

    August 16, 2016 at 14:47

    kalau suami bantu2 kerja di rumah,Mumy breastfeeding tidak akan stress kan.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 21, 2016 at 00:16

      Betul sangat tu.. Happy betul hehe

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design