Assalamualaikum
Ada ibu yang menyangka, apabila disahkan hamil je perlu stopkan semua aktiviti. Kalau dulu rajin bersenam, sekarang dah takut nak bersenam, takut terjadi perkara yang tidak diingini kepada baby. Tapi sebenarnya tanggapan itu salah sama sekali. Senaman bukan sahaja membantu mengekalkan kesihatan ibu dan baby yang dikandung tetapi juga membantu ibu dalam proses kelahiran nanti. Ia akan memberikan ibu stamina yang diperlukan semasa dalam bilik bersalin nanti.
Bagaimana Hendak Melakukan Senaman Dengan Selamat
- Cuba lakukan aktiviti yang memberikan impak yang rendah kepada kita dan baby seperti berjalan, yoga atau berenang.
- Elakkan melakukan aktiviti yang meletakkan anda kepada risiko jatuh atau yang memerlukan anda menjaga keseimbangan seperti mengayuh basikal, ski atau bermain tennis
- Ada juga yang dah terbiasa melakukan senaman di gym dan suka mengangkat berat. Tapi sekiranya anda hamil, janganlah mengangkat sebarang benda yang berat. Anda boleh mengangkatnya tetapi berat yang tidak melampau dan mestilah dibawah penyeliaan jurulatih yang berpengalaman dalam melatih ibu hamil di gym
- Selepas 20 minggu, jangan cuba untuk melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan anda mengangkat kaki semasa sedang berbaring telentang dalam jangka masa tertentu. Ini kerana berat badan anda akan memberi tekanan kepada saluran darah utama yang terus kepada uterus.
- Pakailah pakaian yang longgar dan elakkan bekerja di luar dalam cuaca yang panas dan lembap. Jika terpaksa, banyakkan minum air masak dan pastikan diri sentiasa terhidrasi.
Boleh juga rujuk artikel Zarith “5 Langkah Senaman Ibu Hamil Yang Memudahkan Proses Bersalin” Ada Zarith kongsikan beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan apabila kita hamil. Yang penting jaga kesihatan diri dan baby serta jaga pemakanan kita. Boleh rujuk artikel Zarith “9 Perkara Yang Ibu Hamil Wajib Tahu Dan Amalkan“
Lakukan yang terbaik demi anak dalam kandungan yang disayangi =)
Semoga bermanfaat!
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Leave a Reply