Assalamualaikum
Sebaik sahaja berhempas pulas melahirkan anak dalam bilik bersalin, semua kesakitan dirasakan hilang begitu sahaja selepas menatap wajah si comel. Namun, kesakitan mula terasa selepas kita ditolak ke dalam ward biasa. Dah kembali ke alam nyata kononya hehe.
Mana taknya, kita baru sahaja melahirkan seorang baby yang beratnya 3 kg lebih, dan kalau bernasib baik 2 kg lebih sahaja. Mesti akan berasa tidak selesa di bawah sana dan sedikit kesakitan akibat luka.
Macam Mama Deeja ni, amalan yang dilakukan semasa berpantang membantunya untuk tidak sembelit dan tidak seperti berpantang anak pertama dulu. Jom kita lihat perkongsian beliau:
Keadaan Yang Berlaku Sebaik Selepas Melahirkan Bayi:
- Jahitan vagina atau koyakan vagina
- kelahiran secara normal memang menyakitkan bahagian yang sensitif. Pek ais dapat melegakan kesakitan anda dan selepas 24 jam anda boleh cebuk menggunakan air suam yang dibancuh sedikit garam.
- Sentiasa biarkan vagina anda kering dan baring apabila ada peluang untuk memastikan tiada tekanan pada kawasan tersebut
- Senaman kegel akan meningkatkan aliran darah di kawasan vagina dan memberikan kelegaan
- Boleh rujuk artikel Zarith “ 7 Tips Luka Jahitan Selepas Bersalin Cepat Sembuh“
- Pendarahan (lochia)
- Jika ini adalah pengalaman pertama anda melahirkan anak, mungkin anda akan terkejut dengan pendarahan yang terjadi.
- Pakailah pad yang disediakan doleh pihak hospital, dan selalunya sebaik sahaja selepas ‘dijahit’, mereka akan terus pakaikan. Zarith pula lebih selesa menggunakan cloth pad yang lebih lembut dan terjamin tahap kebersihannya =)
- Jangan menggunakan tampon atau kapas walaupun peredaran darah anda bergerak perlahan. Selepas beberapa hari, darah merah yang terang akan berkurang dan akhirnya bertukar menjadi warna putih atau kuning sperti lelehan sebelum ia berhenti sepenuhnya.
- Lochia akan berhenti pada minggu kedua hingga keenam.
- Buasir
- Benar, ianya sangat memalukan, namun buasir adalah biasa terjadi kepada wanita selepas bersalin. Tapi ada juga yang bernasib baik dan tidak mengalaminya =)
- Buasir boleh terjadi dalam pelbagai saiz daripada sebesar kismis sehinggalah sebesar anggur dan ianya boleh menjadi gatal ataupun kesakitan yang amat sangat.
- Cuba elakkan diri anda dari berdiri atau duduk terlalu lama dan cubalah elakkan diri anda dari sembelit kerana ianya akan lebih mengerikan.
- Kesakitan perinal
- Selepas proses melahirkan, vagina anda akan bengkak dan sangat sakit bila disentuh setelah mengalami trauma semasa proses kelahiran.
- Tips biasa adalah dengan meletakkan pek ais pada 24 jam pertama selepas kelahiran untuk mengurangkan bengkak dan membantu melegakan kesakitan
- Elakkan menyentuh kawasan tersebut dan jangan mengelap menggunakan tisu tandas.
- Sembelit
- Sembelit adalah perkara yang menjadi mimpi ngeri ibu selepas melahirkan bayi. Ini berlaku kerana badan kita telah kehilangan banyak air semasa proses melahirkan itu sendiri.
- Pastikan anda mengambil air yang cukup semasa dalam pantang dan makan buah-buahan berserat tinggi.
- Anda boleh juga merujuk artikel Zarith “7 Tips mengatasi Sembelit Bagi Ibu Hamil Dan Berpantang Agar Tidak Buasir“
- Selepas kesakitan
- Pernah tak rasa perut sakit sangat bila dah balik rumah tu, terutamanya semasa susukan baby. Ya Allah, rasanya macam nak bersalin sekali lagi.
- Ini kerana uterus kita sekarang sedang berkontraksi semula untuk kembali ke saiz asalnya.
- Uterus kita akan mengecut serta merta dan perlu kembali semula kepada keadaan saiz pra kehamilan selama lebih kurang 4 minggu.
Adalah sangat penting bagi kita yang telah selamat melahirkan ini mendapat kesembuhan yang menyeluruh. Bukan baby je perlukan kelegaan, tetapi minda dan semangat kita juga perlu disembuhkan juga. Boleh baca artikel Zarith “11 Tips Tangani Kemurungan Selepas Bersalin Agar Tidak Meroyan“
Kita perlu mendapatkan rehat yang mencukupi, makanan dan minuman yang berkhasiat dan terus mengambil Vitamin pranatal. Sokongan padu dari suami dan orang disekeliling juga adalah sangat diperlukan. Kita berhak mendapat yang terbaik selepas membawa anak 40 minggu dalam kandungan, dan berhempas pulas pula dalam bilik bersalin. Kini perjuangan sebagai ibu yang menyusukan bayi juga telah bermula.
Oh ya, dapatkan Set Berpantang Premium yang membantu luka kita cepat sembuh, tiada masalah sembelit dan buasir, badan seram sejuk, dan masalah susu tak mencukupi pun tiada. Yang paling best tentang Set Berpantang Premium ni, tiada masalah kalau baby ada masalah jaundice. Boleh dimakan sebaik sahaja selepas keluar bilik bersalin =)
Hubungi Zarith 013-7510028 untuk mendaftar menjadi ahli dan mendapatkan penjimatan berganda =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Ros says
Kak Ros paling takut bab sembelit. Tak nak dah rasa.
Ibu Zarith says
Kan kak ros..scaryyy huhu
Zaleha Awaluddin says
aduhai.. pengalaman luka perineum dijahit hidup-hidup tu masih terngiang-ngiang kot walaupun dah 2 tahun lebih ia berlalu…sobs..sobss…
Ibu Zarith says
Aiyakk..pengsan..hehe
Siti Yang Menaip says
adeh kak.. seram sejuk baca =O haaaa.. huurm..
Ibu Zarith says
Hahaa..semua ibu akan mengalaminya CT syg =)