Assalamualaikum
Mesti ibubapa terkejut kalau anak yang ditidurkan dalam keadaan sihat, tiba-tiba tak bernyawa. Kejadian seperti ini dikenali sebagai SIDS iaitu Sindrom Kematian Mengejut Bayi, dan ia menjadi punca utama kematian bayi di bawah usia 1 tahun. Nauzubillah.. Mintak dijauhkan dari anak-anak kita.
SIDS ini dikaitkan dengan ketidakstabilan dan ketidakmatangan pada bahagian otak (brain stem) untuk mengawal system kardiorespiratori. Namun begitu, diagnosis SIDS akan dibuat jika tiada punca kematian lain dapat dikenal pasti setelah pemeriksaan menyeluruh.
Bayi yang berisiko menghadapi kematian secara mengejut:
Baby yang mempunyai pernafasan abnormal ketika tidur seperti nafas terhenti-henti lebih cenderung untuk mendapat SIDS ni. Faktor lain yang meningkatkan risiko SIDS termasuklah faktor ibu itu sendiri dan epidemiologi.
Bagi ibu yang kerap merokok ketika hamil ataupun penagih dadah, babynya lebih berisiko tinggi menghadapi kematian mengejut ini.
Bagi faktor epidemiologi pula, antara risiko yang dapat dikenalpasti adalah kedudukan baby itu ketika tidur seperti tidur tertiarap atau baby yang tidur antara ibubapa atau yang dikelilingi bantal lembut atau kusyen lembut
Tips mengelakkan kematian bayi secara mengejut
- Jangan gunakan bantal lembut sebagai penghadang disekeliling katil atau tempat tidur baby kita kerana ia boleh menutup muka baby. Baby kita kan masih kecil, mereka tak boleh nak buat apa-apa tanpa bantuan kita.
- Jangan gunakan alas tilam plastik kerana ia boleh melekat ke muka baby dan menyebabkannya lemas.
- Tidurkan baby dalam keadaan telentang kecuali atas nasihat doktor.
- Jangan penuhkan katil baby dengan bantal, alat permainan atau selimut tebal. Ada ibubapa yang suka hiaskan babycot dengan teddy bear yang sangat banyak. Memang comel, tapi ianya bahaya kepada baby kita
- Jangan tutup muka baby dengan selimut kerana ia akan menyebabkan sesak nafas.
- Pastikan cadar yang digunakan tegang supaya tidak menutup muka baby apabila mereka bergerak-gerak
- Pastikan baby disendawakan selepas minum dan makan untuk mengelak ia muntah sehingga menyebabkan saluran pernafasannya tersumbat
Marilah kita bersama-sama mengambil langkah berhati-hati agar perkara yang tidak diingini seperti SIDS ini terjadi. Semoga anak-anak kita dilindungi Allah dari sebarang perkara yang tidak elok. Amin
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
salam ibu zarith. perkongsian yang berguna dan ibubapa yang masih baru atau baru mendapat anak pertama pasti perlu membaca tips ini
Wsalam arz moha.
Semoga memberi manfaat =)
Ibu dan kaum hawa kena elakkan dari merokok dan juga bau asap rokok.. nice info…
Betul tu =)
Panduan berguna untuk para ibu bapa. š
Semoga bermanfaat =)