Assalamualaikum
Setiap hari dok fikir apa nak buat dengan kotak yang banyak di rumah ni. Selain dari buat flash card, sebenarnya ada satu lagi yang boleh kita buat. Jadi haritu Zarith, Zuyyin dan Zayra buat projek tabung ABC, tapi takde la semudah ABC, hehe
Sementara ibu membuat kerja lain, ayah membantu membuat lubang kecil pada kotak yang keras tu, agak-agak saiz syiling 50 sen gitu.
Lepas tu bermulalah episod ibu dan anak-anak, semasa ayah pergi kerja =)
Bahan yang diperlukan juga sangat mudah.
- kotak tak pakai bersaiz kecil
- manila kad
- kotak lain untuk jadikan manila kad tebal
- gunting
- pencil
- syiling 50 sen untuk menekap ABC
Cara membuat
- Warnakan kotak yang telah ditebuk dengan watercolor. Biarkan anak-anak yang warnakan. Tengok jelah keterujaan mereka tu =)
- Biarkan kering, barulah ditulis ABC
- Untuk ‘syiling’ ABC pula, tekapkan duit 50sen tu atas sekeping kad manila. Zarith buat dua versi, color kuning untuk huruf besar, dan color biru untuk huruf kecil.
- Tampalkan kad tersebut atas kertas keras (Zarith pakai kotak juga sebab banyak kotak kat rumah)
- Gunting!
- Tada~ Siap! Bolehla bermainÂ
Alhamdulillah Zuyyin dah kenal huruf, dan sekarang tengah dalam proses mengajar Zuyyin membaca. Agak terlambat tapi ibu target sebelum Zuyyin berusia 4 tahun dah pandai membaca. Dan Zayra, umur 2 tahun, Inshaa Allah. Semoga dimudahkan =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Bagusnya Zuyyin dan Zayra, Main sama-sama.
Eh Zarith pakai water colour apa ye?
Kadang berebut juga tu hehe
comelnyaaa.. suka tengok parents yg buat activities mcm ni ngan anak2.. kipidap kak..
Anak-anak pun seronok kann hehe