Assalamualaikum
Sabtu lepas, 5hb kami menghadirkan diri ke Health & Wellness Fair di HQ Shaklee, The Pinnacle Subang. Memang best! Zarith pula pada waktu tu bertugas mengambil bacaan berat badan dan lemak yang terkandung dalam badan pengunjung yang hadir. Dengan Mr. Hubby pun terjebak sama kena timbang, hehe.
Zayra yang konon-konon pemalu bila berjumpa kawan, hehe
Pada waktu pagi kami ada sesi penerangan tentang produk kecantikan Shaklee iaitu Nutriwhite, yang dihasilkan dari gabungan 19 bahan semulajadi. Memang tiada bahan kimia, dan ia memutihkan wajah kita secara semulajadi. Takdelah guna harini, esok boleh putih. Kalau anda jumpa produk macam tu, memang sangat merbahaya pada kulit. Ia boleh menyebabkan kanser kulit jika diambil dalam jangka masa yang lama.Nutritionist kami, iaitu Pn. Sarah menunjukkan cara menggunakan set Nutriwhite ini dengan betul. Dari A-Z. Selama ni main pakai je macam biasa, cuci muka main tonyoh je, tapi sebenarnya ada skill yang baru Zarith belajar pada hari tu.
Lepas tu kami ada sesi buat resepi untuk orang nak berdiet pula. Sedap sangat Cinch Shake ni bila dicampur dengan buah-buahan segar dan dikisarkan bersama ais. Memang terangkat =) Err..siap Zuyyin teruja untuk beratur amikkan ibu dan ayah air sedap. Orang baru nak setup booth selepas demo dalam seminar room, Zuyyin terus beratur huhu.
Seterusnya yang paling menarik adalah sesi bersama penapis air terulung Shaklee ni, si Water Pitcher. Dari air berklorin, menjadi bebas klorin. Dari air yang berasid menjadi air beralkali. Uish memang sangat sesuai la kalau nak bawak pergi travel ni.
Masa Zarith duduk di Germany dulu, kami memang menggunakan filter air. Sebijik macam water pitcher Shaklee ni. Air di sana dalam kategori ‘hardwater’. Air yang berkapur (tapi jernih je, bukan berwarna putih bila keluar dari paip tu). Kapur ni digunakan untuk membunuh kuman yang ada dalam air, dan boleh terus diminum dari paip.
Tapi masalahnya, ada sesetengah orang Asia (macam Zarith ni la) alah dengan air ni. Bila tadah air dari paip dan terus minum, esoknya akan sakit tekak dan batuk. Maka filter air adalah sesuatu yang wajib ada. Dan jenama yang terbaik di Europe pada waktu itu adalah Britta. Filter air Britta ni memang berbeza dari jenama lain. Ia tahan lebih lama (dapat menapis air dengan lebih banyak sebelum ditukar penapisnya) dan airnya lebih sedap berbanding jenama lain.
Dan penapis air Shaklee pula adalah lebih baik dan dapat menapis lebih banyak dari Britta. Ini adalah sangat best =)
Lepas dah siap sesi taklimat dalam seminar room tu, kami pun keluar untuk melawat booth yang ada. Tapi disebabkan Zarith bertugas pada hari tu, jadi tak dapat la nak menikmati suasana sangat.
Tabah makcik ni menanti keputusan dari kami =)
Zarith bersama beberapa lagi rakan mengendalikan mesin penimbang berat yang begitu pintar sekali. Ia dapat mengira lemak yang terkandung dalam badan kita, mengira kandungan otot dan juga yang paling best, ia dapat meneka umur badan kita.
Lepas kami dah catitkan bacaan, pengunjung akan pergi berjumpa dengan Nutritionist kami dan mendengar penerangan mereka tentang tahap kesihatan mereka.
Zuyyin pun tolong ibu sekali =p
Sempat juga Zarith menimbang berat sendiri, Alhamdulillah tiada lemak yang tidak sihat. Semuanya dalam lingkungan normal. Berkat istiqamah pengambilan Vitamin, hehe.
Yang menakutkan, ada yang usia badannya 20 tahun lebih tua dari usia sebenar. Cuba bayangkan kalau usia kita 30, tapi bahagian dalaman badan kita seperti 50 tahun. Kesian kan?
Ada yang tahun lepas umurnya 8 tahun lebih tua dari usia sebenar, tapi setahun selepas itu umurnya sudah semakin muda 3 tahun. Bila ditanya, rupanya setahun ni dia konsisten dalam pengambilan Vitamin Shaklee. Memang betul-betul terkesan bila dia cakap macam tu.
Lepas tu sempat juga Zarith mencuri masa mengambil gambar produk Shaklee yang telah Zarith gunakan juga iaitu sabun basuh dan pelembutnya yang bebas bahan kimia.
Memang ketara kelembutan kain apabila menggunakan pelembut Shaklee yang berasaskan jagung dan kelapa
Sabun basuh Shaklee yang bebas bahan kimia juga menjadikan paku tidak berkarat apabila direndam didalamnya
Memang best Health& Wellness Fair ni, ia dapat membuka mata kita tentang betapa pentingnya penjagaan kesihatan diri dan alam sekitar kita.
Sesi pagi tu berjalan dengan lancar, Alhamdulillah. Sesi petang bermula pada pukul 2 petang dengan aktiviti yang sama tapi petugas menjaga penimbang yang berbeza, hehe.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Ehem ehem .. macam ku kenal je siapa yang body age nya semakin muda itu. 🙂
Ewah, bila makin muda nak ngaku je tu hehe
kesihatan perlu dijaga sebaiknya…cari produk yang tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu lamabt berkesan
Betul tu, kalau terlalu cepat, dikhuatiri banyak bahan kimia yang digunakan
Bagusnya ada health fair begini. Beri banyak exposure tentang kesihatan pada orang ramai 🙂
Kan kak farah, Zarith pun eksaited. Dapat tau juga kandungan lemak dalam badan kita semua hihi
program yang baik
Best =)