Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

December 11, 2015 by Ibu Zarith

Pendarahan Semasa Kehamilan. Adakah Ianya Normal?

Assalamualaikum

Ramai ibu yang pernah mengalami pendarahan semasa kehamilan, terutamanya jika mengandungkan anak pertama. Zarith dulu masa mengandungkan Zuyyin 4 tahun lepas memang banyak kali alaminya. Sampai kena tidur hospital, dan ada masanya Zarith cakap kat doctor nak berehat je dirumah, sebab hospital dan rumah sangat dekat. Jalan kaki 5 minit je, jadi kalau apa-apa berlaku senang.

Pendarahan Semasa 6 Bulan Pertamapendarahan semasa hamil

Pendarahan pada minggu ke-24 diklasifikasikan sebagai keguguran yang mengancam. Jika anda keguguran, peluang untuk anda alami perkara ini adalah pada minggu ke-12 dan 13. Apa yang menyedihkan, jika keguguran ini tak dapat nak dielakkan, tak ada apa lagi yang boleh dilakukan. Selalunya memang susah kita nak tahu puncanya, dan selalu ianya dikaitkan dengan abnormality.

Pendarahan yang kurang menyakitkan juga boleh terjadi jika telur yang subur melekat pada bahagian tepi uterus sekitar 7-10 hari selepas kehamilan. Walaubagaimanapun, sekiranya berlaku pendarahan, cepat-cepat berjumpa doctor tau, jangan simpan sorang-sorang je. Terdapat beberapa sebab kenapa pendarahan ini boleh terjadi. Mari tengok adakah anda juga berisiko

  1. Tahap progesteron yang rendah
    • Kadang-kadang tu hormon progesteron yang dirembeskan pada awal kehamilan kita tu tak cukup untuk menahan haid, yang mana akan menyebabkan kita mengalami pendarahan ringan.
    • Tanda-tanda: Anda masih akan mengalami haid, walaubagaimanapun ianya lebih pendek dan cair dari biasa. Ini terjadi pada bulan  pertama atau kedua kehamilan
    • Rawatan: Tiada apa yang perlu dilakukan, jika pendarahan sedikit dan anda tidak mengalami kesakitan
  2. Radang servik
    • Ini memang selalu berlaku, pendarahan daripada polip, atau ‘erosin’ (kawasan yang mengalami radang) ke atas servik atau jangkitan vagina
    • Tanda-tanda: Sedikit tompokan darah berwarna coklat gelap atau mukus darah kotor
    • Rawatan: Jika ini adalah disebabkan oleh jangkitan, ianya boleh dirawat oleh doctor anda dengan antibiotik
  3. Keguguran yang mengancam
    • Pendarahan vagina terjadi semasa trimester pertama dalam masa lebih kurang 1/4 daripada keseluruhan kehamilan. Namun, lebih daripada setengah kes-kes ini, kehamilan akan diteruskan dengan normal
    • Tanda-tanda: Jumlah pendarahan boleh terjadi dalam keadaan yang pelbagai. Selalunya ianya berwarna merah terang atau merah jambu dan kemudia bertukar daripada merah gelap ke coklat. Anda juga akan merasa sakit pada bahagian belakang
    • Rawatan: Doktor akan menghantar anda untuk melakukan pemeriksaan ultrabunyi untuk mengetahui samada serviks masih tutup atau tidak. Jika ianya berlaku dan terdapat degupan jantung, ini bermakna peluang yang ada adalah 80%. Jangan melakukan sesuatu yang menggunakan tenaga yang berat atau melakukan hubungan intim sehinggalah pendarahan berhenti. Berehat secukupnya, namun ia tidak akan menghentikan keguguran sekiranya ianya memang akan terjadi
  4. Keguguran yang boleh diramalkan
    • Dalam sesetengah kes, keguguran menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan serta tidak boleh diberhentikan
    • Tanda-tanda: Darah menjadi berwarna merah terang dan anda akan kekejangan semasa serviks anda mengembang
    • Rawatan: Ubat penahan sakit. Anda akan diperiksa dan memerlukan pemeriksaan ultrabunyi. Jika sesetengah kehamilan masih terdapat dalam uterus anda, ianya perlu dibersihkan oleh dilation and curettage (D&C) yang mana dilakukan dibawah anestetik umum
  5. Kehamilan ektopik
    • Ini terjadi apabila kehamilan berlaku diluar uterus (selalunya dalam satu tiub fallopian) yang mana ia menjadi kembung. Ia terjadi dalam satu daripada 350 kehamilan. Apa yang menyedihkan, bayi tidak dapat diselamatkan dan ia juga boleh mengancam nyawa ibu yang hamil
    • Tanda-tanda: Kadangkala selepas minggu ke-6 anda mengalami kesakitan dibahagian bawah sebelah abdomen. Jika ia tidak dapat dikesan, kesakitan akan menjadi lebih teruk
    • Rawatan: Surgeri selalunya diperlukan untuk mengeluarkan bahagian yang dijangkiti. Jika ianya dikesan sejak awal, kehamilan tersebut boleh dibuang dengan suntikan

Pendarahan Semasa Trimester Terakhir

Darah merah yang terang perlu dilaporkan dengan segera. Jika anda mengalami pendarahan yang banyak, silalah hubungi ambulan

  1. Plasenta praevia
    • Pacenta secara normalnya terbentuk pada bahagian atas uterus, namun kadangkala ia meliputi serviks, menyebabkan ianya mustahil untuk baby dilahirkan tanpa mencungkil keluar placenta dan memotong bekalan darah si ibu. Placenta praevia terjadi satu dalam 200 kehamilan
    • Tanda-tanda: Episod pendarahan dengan pendarahan berwarna terang selalunya selepas minggu ke 2o dan kebanyakannya dalam 2 bulan terakhir kehamilan
    • Rawatan: Ujian ultrabunyi dilakukan untuk mengawasi kedudukan plasenta. Anda juga perlu elakkan melakukan hubungan intim kerana ianya akan mengakibatkan pendarahan yang lebih teruk. Rehat secukupnya pada akhir kehamilan dan anda mungkin akan dimasukkan ke dalam hospital dan memerlukan caesarean sekitar minggu ke 37 dan 38.
  2.  Show
    • Untuk kebanyakan ibu hamil, mereka akan mengeluarkan sedikit darah dan mucus yang mana dikenali sebagai show. Ini adalah tanda bersalin
    • Tanda-tanda: Campuran mucus yang pekat dengan darah yang mana memberikan warna merah jambu atau merah
    • Rawatan: Tiada, namun anda perlu memeriksa dengan doctor anda, walaupun anda tidak akan bersalin dalam beberapa hari tersebut
    • Boleh juga baca artikel Zarith “10 Tanda Bersalin Yang Wajib Ibu Tahu Agar Sempat Ke Hospital“

Apapun yang berlaku, banyakkan berdoa dan meminta kepada Allah agar semuanaya dalam keadaan terbaik. Semoga ibu dan baby sentiasa dalam lindunganNya.

Kredit : Mami&Baby

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Zaleha Awaluddin says

    December 12, 2015 at 05:38

    memang seriau tau kalau nampak pendarahan masa hamil.
    saya dulu dah pernah alami “threatened abortion” ni sebelum hamil anak sulong.
    belum rezeki masa tu, kandungan gugur ketika hamil 10 minggu.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 15, 2015 at 15:05

      Yeke Zaleha. Dulu masa Zarith pun bila kena admit hospital masa early pregnancy tu, doctor cakap 50-50. Sedih betul. Tapi Alhamdulillah, Zuyyin sihat walafiat keluar =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design