Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

December 21, 2015 by Ibu Zarith

Perkembangan 6 Bulan Pertama Bayi Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Assalamualaikum

Setiap hari kita pasti teruja melihat perkembangan bayi yang baru dilahirkan. Dari hanya tahu menangis kepada senyum dan ketawa bila diagah. Kemahiran bayi ini sebenarnya berkembang setiap masa, cuma kita sebagai ibu bapa ni perlu merangsang kemahiran mereka ini.

Perkembangan 6 Bulan Yang Pertama

  1. Bayi baru lahir
    • Bayi yang baru lahir ni sangat rapuh, perlu dijaga dengan penuh hati-hati. Mereka lebih banyak tidur dan menyusu
  2. Sebulan
    • Sebenarnya kan, pertumbuhan perkembangan bayi adalah dari kepala ke kaki tau. Jadi perkembangan yang utamanya adalah apabila bayi kita dapat menyeimbangkan kepalanya. Secara amnya, perkara ini tidak berlaku selama lebih kurang 3 bulan, namun ia sentiasa berkembang dalam bulan-bulan tersebut.
    • Kita akan perasan yang bayi kita dah mula pandai angkat kepalanya perlahan-lahan apabila kepalanya condong ke bawah.
    • Tahap penglihatannya juga semakin berkembang, namun terdapat pelbagai tanda. Bayi kita yang baru dilahirkan itu hanya boleh melihat warna yang kabur seperti warna kelabu, dan hanya boleh fokus pada benda yang berada pada jarak 25cm sahaja. Selepas sebulan barulah bayi akan mula berminat terhadap wajah dan mula berminat terhadap kita, sebagai ibunya.
    • Bayi juga akan mula mengikut objek yang bergerak perlahan melintasi penglihatannya.
  3. Dua bulan
    • Waktu ni kalau anda perasan, bayi sudah mula mengeluarkan suara dan juga bunyi-bunyian. Mereka juga dah pandai memberi respon kepada sesuatu.
    • Secara perlahan-lahan, keupayaannya untuk mengesan dari mana datangnya bunyi tu sedang berkembang dan akan mula memusingkan kepalanya kepada bunyi tersebut
    • Pada usia ini juga bayi kita dah pandai cuba menghulur tangan untuk mencapai objek kecil dan alat permainan yang lain
  4. Tiga bulan
    • Pada usia macam ni, bayi dah boleh mengawal kepalanya dengan baik. Baby dah boleh mengangkatnya pada sudut 45 darjah.
    • Bayi juga dah boleh menggenggam dengan kemas bila kita letakkan sesuatu ditangannya. Tapi selalunya bayi akan melepaskannya selepas beberapa ketika.
    • Apabila mendengar bunyi, dia akan mendengar dengan lebih teliti dan memberikan respon
  5. Empat bulan
    • Koordinasi baby semakin berkembang dan dah pandai kawal tangan dan kakinya. Pada waktu ni bayi lebih tertarik kepada pergerakan tangan dan kakinya dan akan memandang dengan khusyuk dan asyik.
    • Bayi kita juga akan mula menggerakkan mulut untuk meniru apa yang kita perkatakan. Dah mula berinteraksi dengan dunia sekitarnya mengikut bahasanya tersendiri =)
    • Pada waktu ni, kalau kita berbual dengannya, seperti berbual dengan kawan, sebab bayi kita dah mula berbual-bual dan memberi respon kepada setiap perbualan kita
  6. Lima bulan
    • Pada waktu ini bayi kita dah pandai mengawal pergerakan tangannya. Sudah mula mengubah kedudukan objek dari tangan kanan ke kiri. Respon kepada stimulasi luar juga semakin meningkat. Dia juga mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap kepala, leher serta tulang belakangnya.
    • Sebilangan bayi mungkin tidak perlu dibantu untuk duduk tapi selalunya ianya tidak stabil dan akan jatuh selepas beberapa ketika.
    • Tapi tidak digalakkan membiarkan bayi kita duduk sendiri kerana tulangnya belum cukup kuat untuk menampung berat badannya
  7. Enam bulan
    • Bayi kita selalunya boleh duduk tanpa sebarang sokongan dan boleh menolak dirinya kepada posisi duduk.
    • Dia mungkin bermula dengan mengguling, mengensot kehadapan atau ada juga bayi yang dah maju sikit, sudah boleh merangkak pada usia ini. Tapi anak-anak Zarith pada usia ni baru pandai menyelar ke hadapan dan mula merangkak pada usia 8 bulan =)
    • Pada usia ini juga bayi dah mula stabil dan dia juga cuba menyeimbangkan berat badannya dengan kaki bila kita membiarkan dia dalam posisi berdiri (dengan sokongan kita)
    • Koordinasi tangan ke mata, kadar penglihatan dan pendengaran juga berkembang dengan pantas.
    • Bayi gemar memegang objek-objek dengan mengulanginya dengan menjatuhkan barang dan mengambilnya semula.
    • Pada waktu ni juga kita boleh dengar beberpa huruf volak dan konsonan seperti ba-ba, ma-ma, da-da dan dia mungkin ketawa dan mengomel apabila dia gembira dan menjerit bila marah.

Namun sekiranya pada usia tersebut, perkembangan anak anda tidak sama, jangan khuatir, sebab perkembangan bayi ni tak sama. Dan jangan pula bezakan antara anak orang lain dengan

Zuyyin dan Zayra pun tak sama. Sebagai contoh Zuyyin mula berjalan pada usia 1 tahun 1 bulan tapi Zayra pada usia 11 bulan dah mula berjalan.

Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berikan sokongan dan galakan kepada mereka. Pada waktu ini juga otak mereka sedang berkembang pesat, maka boleh kita mengajarkan mereka dengan beberapa perkara asas. Flash card dan sebagainya dah boleh kita kenalkan sejak dari awal kelahiran mereka.

Berikan mereka peluang untuk mencuba perkara baru dan menerokai alam mereka sendiri, cuma kita perlu memberikan pengawasan. Jangan pula kita biarkan mereka sendirian.

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design