Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

January 12, 2016 by Ibu Zarith

6 Tips Bantu Ibu Masalah Puting Tenggelam Untuk Menyusukan Bayi

Assalamualaikum

Zarith mempunyai beberapa orang rakan yang tidak menyusukan anak sepenuhnya kerana masalah puting tenggelam. Susu banyak tapi tak dapat nak buat apa pun. Paling lama pun berjaya susukan bayi semasa dalam pantang.

Namun, benarkah siapa yang telah dilahirkan dengan keadaan fizikal begini tidak dapat menyusukan bayi mereka? Ia mungkin lebih mencabar tapi perkara ini boleh diatasi. Perlu diingat bahawa bayi yang menyusu melekap pada areola, bukan puting semata-mata. Oleh itu, sekiranya bayi anda berjaya melekap dengan betul dan mengambil sebahagian besar dari areola anda, masalah puting tenggelam tidak menjadi masalah lagi =)

Bagaimana nak tahu yang anda mempunyai puting tenggelam?

Lakukan ‘pinch test’ iaitu memicit areola. Jika didapati puting menyongsang, masuk semula ke dalam tisu kulit atau melekuk, ia dianggap sebagai tenggelam.

Sebelum tu jom tengok video Zarith, apakah yang membantu Zarith dalam menjayakan penyusuan susu ibu kepada keempat-empat anak Zarith:

Langkah untuk merawat puting tenggelam

  1. Breast shellbreast shell
    • Ia perlu dipakai bersama bra anda seawal trimester ketiga untuk beberapa jam sehari. Sekiranya anda selesa, boleh tingkatkan penggunaannya dalam sehari. Selepas melahirkan, pakailah alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun, jangan sesekali pakai alat ini pada waktu malam
  2. Pam 
    • Selepas bersalin, gunakan pam untuk mengeluarkan sedikit puting anda sebelum menyusukan bayi. Lakukan setiap kali sebelum sesi penyusuan bermula
  3. Evert -it Nipple enhancer
    • Alat ini terdiri daripada syringe yang mempunyai hujung silicon yang lembut. Fungsinya sama seperti breast pump, iaitu untuk menarik puting keluar sebelum sesi penyusuan bermula
  4. Rangsang puting sebelum sesi penyusuan
    • Sekiranya puting tidak timbul selepas melahirkan bayi, anda boleh menariknya menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama seminit dua. Selepas itu segera lap puting menggunakan kain sejuk atau ais yang telah dibalut dengan kain. Ini dapat merangsang puting keluar, tapi jangan kerap amalkan ais kerana ia akan melambatkan let-down reflect (LDR)
  5. Teknik Hoffman
    • Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payudara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu anda melakukan regangan ke atas puting dan melonggarkannya.
    • Jadi, puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
  6. Nipple Shield
    • Teknik ini adalah langkah terakhir sekiranya cara lain tidak berjaya. Caranya ialah anda menjadikan nipple shield sebagai pengganti puting anda yang tenggelam itu. Untuk mengelakkan bayi anda “gian” untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda

Walaupun terdapat pelbagai langkah ini, yang paling berkesan adalah apabila bayi dapat melekap dengan betul. Jadi anda juga perlu pelajari cara untuk memastikan si comel melekap dengan sempurna tau! Boleh rujuk pada doktor, jururawat atau bidan bertauliah. Kalau nak senang boleh tengok di you tube juga =) Selamat menyusukan si manja selama 2 tahun!

Oh ye sekiranya anda ingin mendapatkan Set Penyusuan Premium yang dapat membantu anda untuk kekal cergas bertenaga sepanjang sesi penyusuan dan susu pun meriah, jom cepat hubungi Zarith 013-7510028 untuk dapatkannya!

Untuk pembacaan lanjut tentang ini, boleh rujuk di LLLI

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

0137510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    January 12, 2016 at 20:52

    Puting tenggelam boleh diatasi rupanya.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 12, 2016 at 21:23

      Tuhla kak ros, ramai yang tak tahu dan tidak berjaya dalam misi menyusukan. Semoga entry ini membantu ibu yang memerlukan =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design