Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

January 29, 2016 by Ibu Zarith

9 Makanan Yang Wajib Di Tolak Semasa Hamil Untuk Elak Bahaya

Assalamualaikum

Bila doktor mengesahkan yang kita hamil, perasaan berbunga-bunga kan? Masa Zarith mengandungkan Zuyyin dan Zayra, dalam bilik doktor tu tak dengar ape dah lepas doktor cakap “Tahniah, awak hamil ni” Kepala dah sibuk merancang nak buat apa, nak makan apa, apa yang tak boleh dimakan dan dibuat semasa hamil. Memang ‘busy’ la kepala waktu tu =)

Dan memang setiap kali kehamilan, Zarith akan buka balik nota kecil Zarith tentang pemakanan semasa hamil. Sebab tak semua kita boleh ambil. Kalau teringin sangat tu, boleh la jamah sedikit, takut kang kempunan pulak.

Makanan yang perlu dielakkan apabila kita disahkan hamil.

  1. Makanan Mentah
    • Semasa hamilkan Zayra, perkara yang asyik Zarith idamkan adalah sushi. Tapi disebabkan tahu yang makanan mentah ni sebenarnya sangat bahaya, Zarith cuba sebolehnya elakkan. Kalau teringin sangat boleh la makan sushi timun ke, hehe.
    • Ini kerana pengambilan makanan mentah atau yang dimasak sedikit sahaja ini akan menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:
      • Toxoplasmosis: Sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius pada bayi. Selain terdapat dalam makanan mentah, parasit ini juga boleh didapati dalam sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan bersih
      • Cirit-birit: Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Ibu hamil yang terdedah kepada salmonella boleh mengalami  cirit-birit yang secara tidak langsung boleh membahayakan nyawa bayi sekiranya tidak dikawal dengan segera
      • Jangkitan cacing: Pengambilan ikan mentah termasuk sushi, sashimi dan lain-lain boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun ia tidak memberikan kesan secara langsung kepada bayi, tetapi ia akan mengambil zat yang diperlukan oleh bayi kita
      • Keguguran: Kelahiran pra-matang dan keracunan. Salah satu sebab komplikasi ini berlaku adalah berpunca dari bakteria listeria yang banyak terdapat pada keju yang tidak dipasteur dengan baik. Selain dari komplikasi yang dinyatakan, kuman ini juga boleh menjangkiti bayi
  2. Vitamin A
    • Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000 iu sama sekali tidak boleh diambil oleh ibu hamil. Ini kerana Vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan pada muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan Vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan. Jadi, sebagai langkah selamat, anda boleh mengambil beta karotena yang banyak dalam lobak merah tu. Beta karotena akan ditukar kepada Vitamin A setiap kali badan kita perlukan vitamin jenis ini.
  3. Alkohol
    • Sangat banyak sebenarnya hikmah diharamkan Alkohol ni. Ini kerana alkohol mampu memusnahkan kandungan asid folik yang amat penting utnuk pertumbuhan janin diawal perkembangannya. Ini sekaligus boleh menimbulkan kecacatan kepada fizikal dan mental bayi.
    • Selain itu, alkohol ni sangat mudah diserap melalui plasenta, namun proses pembuangannya mengambil masa yang lama. Hal ini boleh menyebabkan bayi juga mendapat kesan khayal yang berpunca dari alkohol itu sendiri
  4. Makanan Berempah dan Berasid
    • Makanan sebegini boleh menyebabkan angin. Kebanyakan wanita cenderung untuk mengalami masalah angin sewaktu hamil. Jadi, cubalah elakkan mengambil makanan sebegini kerana ia akan memburukkan lagi keadaan
  5. Pemanis Tiruan
    • Pemanis tiruan ni selalunya digunakan oleh pesakit kencing manis dan mereka yang mengawal berat badan bagi mengurangkan kandungan kalori gula. Antara pemanis tiruan yang digunakan adalah aspartame (Equal, Pal-sweet, Slim-up dan minuman dalam tin)
    • Biasanya bahan ini tidak mendatangkan masalah namun sebagai langkah ebrjaga-jaga, penggunaan bahan ini perlulah dikurangkan
  6. Kafein
    • Minuman ataupun makanan yang mengandungi kafein sebenarnya tidak baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Kandungan kafein selalunya dikaitkan dengan masalah bayi kurang berat selepas dilahirkan.
    • Selain dari itu, kafein juga akan menyebabkan kita kekurangan kalsium yang akhirnya menjejaskan penyerapan kalsium pada bayi. Perlu diingat, kafein menghalang penyerapan kalsium ke dalam badan
  7. Makanan Diproses
    • Sekarang ni terdapat banyak sangat makanan yang diproses, yang kononnya untuk memudahkan hidup seharian kita. Salah satu daripadanya adalah sosej. Makanan ini berkemungkinan mengandungi kandungan nitrate dan nitrite yang tinggi dan ia sememangnya tidak bagus untuk kesihatan. Oleh itu, kurangkan pengambilan semasa hamil, lagi bagus kalau kita tak sentuh langsung dalam tempoh 9 bulan kita hamil.
  8. Makanan yang mengandungi mercuri
    • Makanan laut seperti ikan jerung, tuna, makarel dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lein mengandungi kandungan merkuri yang tinggi.  Sekiranya pengambilan makanan yang mengandungi merkuri ini secara berlebihan, ia boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi
  9. Makanan manis/gula
    • Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, gula yang berlebihan juga boleh menyebabkan berat bayi bertambah dan ini akan menyukarkan proses kelahiran

Apa pun, sebagai ibu sudah tentu kita inginkan yang terbaik buat kandungan kita. Bersederhanalah dalam setiap perkara. Kalau teringin sangat nak ambil antara makanan yang tersenarai di atas, jangan terlalu banyak pula, memadai jamah sedikit untuk menghilangkan rasa teringin tu, kang kalau tak bagi kempunan pulak =p

Haritu ada Zarith baca perkongsian Dr Hamid Arshad di FB beliau. Menag sangat jelas dan mudah penerangan beliau. Jom baca:

dr hamid arshad- ibu hamil

dr hamid arshad - ibu hamil 2

dr hamid arshad- ibu hamil 3

Memang pemakanan kita semasa hamil sangat penting dan ia akan mempengaruhi perkembangan otak dan kesihatan anak kita apabila mereka sudah lahir nanti, In shaa Allah. Semoga Allah kurniakan kita anak-anak yang soleh solehah yang dapat menjadi saham kita di Akhirat kelak.

Jangan lupa dapatkan Set Hamil Ibu Cergas Bertenaga. Ia membantu melengkapkan gizi seharian kita dan menjadi sumber tenaga kepad ibu hamil. Mari dapatkannya sekarang agar perjalanan kehamilan kita lancar, tiada kejang kaki, sembelit, HB rendah dan sebagainya.

Hubungi Zarith 013-7510028 untuk mendapatkan konsultasi ekslusif tentang cara pengambilan Set Hamil ini.

Oh dan jangan lupa cek “ 10 Tanda Bersalin Yang Wajib Ibu Tahu Agar Sempat Ke Hospital“

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    January 29, 2016 at 07:43

    Asid folik jangan lupa teruskan. 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 4, 2016 at 02:06

      Oh itu wajib hehe

      Reply
  2. titan says

    January 29, 2016 at 10:40

    makanan mentah, memang tak leh makan la.

    bahaya dari banyak segi dan sisi.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 4, 2016 at 02:03

      Ya betul tu cikgu =)

      Reply
  3. chomel says

    December 18, 2017 at 21:42

    setiap kali makan petai atau makan pedas saya perasan keluar darah pada faraj saya… adakah ini di sebab kan oleh makanan atau faktor lain……?? oh ya saya hamil 9 minggu

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 22:33

      Puan boleh elakkan makan pedas ye

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design