Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

January 26, 2016 by Ibu Zarith

9 Panduan Pemakanan Ibu Semasa Dalam Pantang Dan Mitos Disebalik Cara Berpantang Dahulukala

Assalamualaikum

Selepas 9 bulan membawa bayi dalam perut, kemudian melalui detik melahirkan yang sungguh mendebarkan, banyak perkara yang perlu kita jaga. Antara perkara yang perlu kita titik beratkan adalah penyembuhan diri kita sendiri.

Namun, menjalani tempoh berpantang seringkali pula dikaitkan dengan amalan pemakanan yang kurang menyihatkan. Satu ketika dahulu ibu-ibu yang bersalin ni dilarang sama-sekali menjamah sayuran, ayam, daging dan bermacam lagi dengan alasan ia boleh menyebabkan “bentan”.

Tapi sebenarnya ibu yang baru lepas melahirkan ni bukan tidak boleh berpantang, tapi mestilah mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang.

Kepentingan Diet Semasa Berpantang

Diet semasa dalam pantang adalah sangat penting  terutamanya sekiranya kita menyusukan bayi. Adalah penting untuk kita membekalkan susu ibu yang mencukupi dan berkhasiat untuk bayi.

Pemakanan dalam pantang juga sangat penting untuk badan kita sembuh dengan sempurna, maka akan sihat lah kita sepanjang tempoh berpantang dan seterusnya. Tiada masalah badan seram sejuk, luka jahitan terbuka dan lambat sembuh, sembelit dan sebagainya.

Ibu yang menyusukan bayi pula memerlukan tambahan pengambilan kalori dan mikronutrien sperti berikut mengikut saranan RDA Malaysia:

  • Tenaga: +550 kkal/d = 2000-2500 kkal/d
  • Protein: +24 g/d = 65 g protein
  • Kalsium: +750mg/d = 1950 mg/d
  • Vitamin A: + 450  ug RE = 1950 ug RE
  • Tiamin: + 0.2 mg = 1.0 mg/d
  • Riboflavin: +0.3 mg = 1.1 mg/d
  • Niasin: +3.6 mg = 16.6  mg/d
  • Asid Folik: +100 mg = 300 mg/d
  • B12: +0.5 mg  = 2.5 mg/d
  • Vitamin C: +20 mg = 120 mg/d

Keperluan makanan tambahan

  1. Mengamalkan diet seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan iaitu karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan lemak
  2. Memperbanyakkan pengambilan sumber karbohidrat kompleks iaitu nasi dan bijirin
  3. Mengambil lebih makanan berprotein seperti daging tanpa lemak, ayam dibuang kulit serta lemaknya, ikan, telur, soya, tempe dan kekacang iaitu 3 hidangan sehari  dan 3 hingga 4 hidangan susu sehari. Pengambilan makanan berprotein adalah penting bagi memenuhi keperluan penghasilan susu ibu
  4. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran iaitu 3 hingga 5 hidangan sehari bagi memenuhi keperluan Vitamin C dan Asid Folik yang penting untuk ketahanan tubuh dan tumbesaran bayi
  5. Pengambilan lemak dan gula berlebihan perlu dikurangkan untuk mengelakkan penambahan berat badan berlebihan dan menyebabkan kegemukan
  6. Pastikan ibu minum 6-8 gelas sehari
  7. Secara amnya, ibu menyusukan boleh mengambil saiz bahagian makanan yang sama seperti mengandung trimester ke-3 tetapi pengambilan susu perlu ditingkatkan kepada 3-4 gelas sehari. Kekurangan kalsium bagi ibu boleh menyebabkan kalsium yang ada pada tulang ibu digunakan untuk mengekalkan paras kalsium dalam susu ibu bagi keperluan bayi kita. Bila dah capai tahap menopaus pula, kekurangan kalsium ini juga boleh menyebabkan osteoporosis
  8. Pengambilan kalori yang mencukupi disamping protein tinggi seperti daging tanpa lemak, buah-buahan kaya dengan Vitamin C seperti jambu batu dan oren serta sayur-sayuran hijau boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka
  9. Makanan yang kaya dengan Zat Besi (Iron) seperti daging tanpa lemak boleh membantu pembinaan semula sel-sel darah merah yang hilang semasa melahirkan anak dan juga darah nifas

Berpantang Jenis Makanan

Ada juga ibu yang begitu mematuhi pantang larang nenek moyang sehingga kadangkala merosakkan kesihatan diri sendiri. Adalah tidak salah sekiranya ibu-ibu hendak berpantang mengikut tradisi keluarga masing-masing. Walau bagaimanapun perlulah dipastikan pengambilan diet mestilah yang seimbang seperti yang telah disarankan. Terdapat beberapa jenis pantang larang iaitu:

  1. Mengelakkan pengambilan makanan tertentu yang dipercayai berangin, panas atau sejuk. 
    • Perhatian: Ibu perlu mengambil tahu tentang pemakanan yang boleh menggantikan makanan yang tidak boleh dimakan kepada makanan lain yang boleh dimakan dalam kumpulan yang sama. Contohnya, sekiranya ibu berpantang dilarang dari mengambil sayur yang “berangin” seperti brokoli dan yang “sejuk” seperti bayam, ibu bolehlah makan sayur sawi dan pucuk bebuas.
  2. Tidak mengambil sumber protein daripada haiwan langsung dan hanya mengambil nasi dan ikan masin sahaja.
    • Perhatian: Amalan ini adalah tidak sihat dan ibu akan mengalami kekurangan Protein dan Vitamin B12. Disarankan ibu yang mengikuti cara berpantang seperti ini memperbanyakkan mengambil sumber protein seperti tempe, tauhu, kekacang dan supplement B-Complex yang mengandungi Vitamin B12 ini jika perlu
  3. Tidak mengambil susu dan produk tenusu langsung.
    • Perhatian: Digalakkan mencuba minum susu berperisa, yogurt dan juga keju. Jika tidak pun, ambil lah makanan yang tinggi kalsium seperti ikan bilis, sardin, tauhu, tempe, dan sayuran hijau atau perlu mengambil Ostematrix
  4. Berdiet
    • Ada ibu yang sengaja mengurangkan pengambilan makanan walaupun ibu itu menyusukan bayi semasa berpantang untuk menurunkan berat badan. Ini adalah amalan yang tidak sihat.
    • Kajian dari Universiti Utah dikalangan 12 ibu menyusu yang mengambil hanya 1500 kcal/d menunjukkan kuantiti susu yang dihasilkan berkurangan. Ibu juga mengeluh keletihan dan bayi juga kurang puas mendapat susu ibu.
    • Perhatian: Ibu perlu mengambil diet yang seimbang dan meninggalkan cara ini. Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemaknya, bergoreng dengan minyak yang banyak atau dimasak dengan santan. Senaman dan menyusu badan juga dapat membantu =)

Pengambilan makanan yang seimbang sebenarnya memang sangat membantu kita untuk cepat sembuh dan bertenaga semasa dalam pantang. Boleh juga rujuk artikel Zarith yang bertajuk “Sembelit dan Seram Sejuk Tiada Lagi Semasa Berpantang Anak kedua“

Dan jangan lupa dapatkan Set Berpantang Terbaik yang lengkap dengan Iron, Vitamin C, Kalsium, dan Protein yang sangat diperlukan oleh ibu yang dalam berpantang ini. Kesihatan semasa kita berpantang adalah sangat kritikal, badan kita ni nak guna lama.

Kalau tersalah jaga, sepanjang masa badan rasa tak sedap tau. Jangan sampai itu pun terjadi kepada kita, susah nak uruskan keluarga dan anak-anak bila diri sendiri pun tak sihat. Hubungi Zarith sekarang juga untuk mendapatkan Set Berpantang Terbaik ini dan Zarith akan membimbing cara makan yang tepat agar kesihatan anda dapat dikembalikan =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. titan says

    January 28, 2016 at 01:22

    haaa..

    ibu-ibu muda..kena baca 9 panduan ni semua ye.

    jangan malas.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 28, 2016 at 01:28

      amboi cikgu =)

      Reply
  2. Ros says

    September 22, 2016 at 09:46

    panduan yang berguna untuk ibu-ibu yang bakal bersalin.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 16, 2017 at 16:03

      Semoga bermanfaat =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design