Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

January 19, 2016 by Ibu Zarith

Pelajari 7 Isyarat Anak Sakit Dan Cara Tanganinya

Assalamualaikum

Bila kita ada anak kecil ni, banyak perkara yang perlu kita titik beratkan. Pemakanan dan kesihatan mereka tiada kompromi. Ini kerana imun sistem mereka masih lemah dan dalam proses membina imun sistem yang lebih kuat.

Bagi pasangan yang baru pertama kali bergelar ibu bapa, tentulah agak sukar untuk mengetahui sama ada si comel sakit atau tidak. Senarai di bawah diharap sedikit sebanyak dapat membantu:

7 Jenis Penyakit Yang Sering Menyerang Anak Kecil: 

  1. Hilang selera makan
    • Jika anak tidak mahu menyusu, tapi kita tengok dia sihat dan segar serta aktif, tak perlulah risau tapi jika bayi anda tidak mahu minum susu 2 sesi berturut-turut atau tidak minta penyusuan dalam tempoh 4 jam, anda perlu lakukan sesuatu
    • Tindakan:
      • Periksa suhu badan untuk pastikan bayi tidak demam.
      • Pastikan air diminum dengan banyak untuk mengelakkan dihidrat
      • Berjumpa doktor dan dapatkan nasihat yang sewajarnya
  2. Batuk
    • Batuk mungkin tanda penyakit atau tindak balas tubuh badan terhadap sesuatu yang merangsang tekak atau salur udara. Batuk mengeluarkan kahak dari dalam dada dan lendir daripada saluran udara. Adakalanya anak akan muntah lepas batuk. Dan ia boleh berlanjutan sehingga berminghu-minggu. Risiko untuk mendapat pneumonia dan bronkitis sangat tinggi
    • Tindakan:
      • Dapatkan diagnosis yang tepat daripada doktor
      • Boleh lakukan rawatan semulajadi berdasarkan artikel Zarith yang ini “Cara Merawat Batuk Dan Selesema Anak Secara Semulajadi“
  3. Menangis
    • Bayi menangis bukan hanya kerana lampinnya basah. Ia memberi isyarat kepada kita yang dirinya bermasalah. Tidak selesa ataupun sakit. Jika bayi anda menangis berterusan selama lebih kurang sejam atau tangisannya luar biasa, hubungi doktor dengan segera. Jika bayi menangis dan tidak dapat ditenangkan selama 2-3 jam setiap hari (tanpa menunjukkan tanda penyakit lain) dia mungkin alami kolik ataupun kembung perut.
    • Tindakan:
      • Periksa suhu badannya
      • Tanggalkan pakaian untuk melihat tanda-tanda lain seperti kembung perut dan kena gigit serangga.
      • Tenangkan bayi dengan memeluknya erat dan beri susu (mungkin dia lapar)
      • Boleh juga rujuk artikel Zarith “12 Sebab Kenapa Baby Menangis Malam Dan Cara Tanganinya“
  4. Demam
    • Demam ni sebenarnya bukanlah sejenis penyakit, tetapi hanyalah petanda sesuatu penyakit. Kita boleh tentukan yang anak tu demam dengan memeriksa suhu badan anak.Anak kita tu dikatakan demam sekiranya suhu melebihi 37.5 celcius. Namun, bagi seorang bayi berusia 6 bulan ke bawah, suhu badan melebihi 37 Celcius adalah sangat serius. Jika suhu badan kekal tinggi, dikhuatiri berlaku kekejangan (fit)
    • Tindakan:
      • Dapatkan diagnosis yang tepat tentang penyakit anak dari doktor
      • Lakukan rawatan semulajadi untuk anak demam. Boleh rujuk artikel Zarith ” 10 Langkah Wajib Dibuat Dalam Merawat Anak Demam Secara Semulajadi“
  5. Bernafas kuat dan laju
    • Ini berlaku pada waktu malam dan ia membawa petanda yang tidak baik. Ini kerana bayi semakin sukar bernafas kerana masih gagal mempelajari teknik menyedut udara dengan betul dan keadaan ini boleh membawa maut. Si comel mungkin juga mengalami athma. Jangan tunggu lama ye.
    • Tindakan:
      • Hindari bayi dari asap rokok atau ubat nyamuk
      • Jaga kebersihan rumah
      • Sentiasa wujudkan sistem pengudaraan yang baik dalam rumah anda.
  6. Muntah
    • Kebanyakan bayi akan muntah setelah meyusu, terutama sekiranya susu diberi terlalu banyak. Ia adalah perkara biasa kerana susu yang keluar semula tu mungkin disebabkan oleh angin yang terperangkap dalam perut bayi. Tapi kalau muntah berkali-kali dalam satu masa tu, ia mungkin tanda ada jangkitan
    • Tindakan:
      • Periksa suhu badannya untuk pastikan anak demam atau tak.
      • Rehatkan atas katil dan lapkan badan dengan tuala lembap.
      • Berikan air minum (sekiranya anak dah lebih 6 bulan) untuk menghilangkan rasa loya dan bau susu yang dimuntahkan.
      • Bawa berjumpa doktor jika perlu
  7. Cirit-birit
    • Seperti demam, cirit-birit turut merupakan gejala sesuatu penyakit. Contohnya jangkitan kuman pada usus, keracunan makanan, gangguan penyerapan makanan dan sebagainya. Ada juga cirit yang disebabkan oleh ketidaksesuaian susu yang diberikan. Namum secara umumnya cirit-birit adalah tidak bahaya tetapi komplikasinya berupa dehidrasi itu yang menyebabkan anak dalam bahaya
    • Tindakan:
      • Jangan beri anak sebarang makanan dan susu.
      • Amalkan diet BRAT. Boleh rujuk artikel Zarith “Anak Cirit-Birit Apa yang Perlu Saya Buat?“
      • Periksa suhu badan anak sama ada demam atau tak
      • Jika cirit lebih 6 jam, bawa segera ke hospital berhampiran

Semoga dengan perkongsian ini dapat ibu bapa kenal pasti apakah tanda-tanda sikecil tidak sihat dan bagaimana cara mengatasinya. Walaupun Zarith lebih suka mengamalkan rawatan secara semulajadi, namun pemeriksaan doktor juga adalah sangat penting. Kita perlu dapatkan diagnosis yang tepat untuk penyakit anak kita sebelum memulakan sebarang rawatan secara semulajadi ini

Semoga anak-anak kecil kita ini sentiasa berada dalam lindungan-Nya dan dikuatkan imun sistemnya dalam menentang penyakit. Amin =)

Love

-ZS

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. titan says

    January 30, 2016 at 00:54

    okeh.

    ilmu bagus.

    memang kekadang keliru apa yang budak kecil ni nak.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 4, 2016 at 01:57

      Tuhla, nak-nak yang belum pandai cakap tu

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design