Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

March 24, 2016 by Ibu Zarith

20 Bidang Tugas Seorang Lelaki Setelah Bergelar Ayah

Assalamualaikum

Saat kita hamil, perhatian yang lebih diperlukan dari seorang suami. Waktu ni la pinggang sakit, punggung sakit, kejang kaki waktu malam, tak boleh tidur. Jadi, suamilah tempat bermanja, mintak urut, mintak teman waktu terjaga malam dan sebagainya.

Apabila sudah melahirkan, lain pulak jadinya. Suami bukan sahaja perlu menjaga isteri, tapi permata hati yang baru dilahirkan juga.

Bagi suami yang baru bergelar ayah, dalam pada rasa teruja tu, jangan asyik mengadap anak sahaja tanpa tahu apa yang perlu dilakukan. Bila anak menangis dan perlu disalin lampinnya, terus bagi pada ibu. Bila anak nak tidur atau mandi, ibu jugalah yang uruskan. Apa kata anda juga mainkan peranan? Siapa kata ayah tak hebat dalam menguruskan bayi kan πŸ™‚

20 Perkara Yang Perlu Ada Pada Ayah: Β Β 

  1. Anda hendaklah faham tanggungjawab sebenar seorang ayah. Anak kan amanah dari Allah, jadi didiklah mereka dengan sempurna.
  2. Anda juga perlu faham yang anda tidak boleh selalu melepak dengan kawan-kawan seperti zaman bujang dulu. Utamakan isteri dan anak-anak.
  3. Kalau dulu RM10 dapat makan berdua, sekarang ni kena bahagi 3 pulak
  4. Sebagai seorang ayah, anda perlu tahu cara mendukung bayi dengan betul. Mula-mula memang kekok, tapi lama-kelamaan anda akan biasa. Practice makes perfect la bak kata orang πŸ™‚
  5. Anda juga perlulah tahu cara untuk memujuk dan mendodoikan anak ketika menangis atau hendak tidur. Bayangkan kalau isteri anda tiada, pergi ke tandas atau hendak makan sekejap, takkan nak tunggu isteri jugak kan?
  6. Ayah juga perlu tahu cara yang betul untuk mandikan anak.
  7. Seorang ayah juga perlu tahu bagaimana cara hendak susukan anak. Contohnya susu yang telah dipam hendak diberikan kepada bayi, ha macam mana caranya? Tau tak yang selepas beri susu, bayi perlu disendawakan?
  8. Kalau anak dah besar sedikit, anda perlu tahu macam mana cara nak bagi anak makan. Kalau anak tak berselera, dok lari sini sana, apa yang perlu ayah lakukan?
  9. Anda juga haruslah tidak kisah dan tidak berkira untuk bangun malam bagi anak susu dan salinkan lampinnya
  10. Kena cuci najis anak? Anda tidak perlu rasa geli. Ia perkara biasa je.
  11. Anda juga tidak marah kalau terpaksa kurangkan tidur kerana anak-anak tidur lewat
  12. Sebagai ayah, anda perlu mencari cara terbaik untuk menghiburkan anak-anak.
  13. Anda juga perlu tinggalkan tabiat buruk kerana anak-anak mudah meniru apa sahaja yang ibubapa mereka lakukan
  14. Seorang ayah perlu pandai bersantai dengan anak-anak di luar untuk melakukan aktiviti yang berbeza kerana anak-anak akan cepat bosan apabila melakukan perkara yang sama setiap hari
  15. Anda perlulah sentiasa ada duit simpanan kerana anak akan sakit pada bila-bila masa sahaja.
  16. Walaupun anda ingin menjadi seorang ayah yang mithali, tapi ada ketikanya anda perlu katakan TIDAK kepada anak-anak terhadap sesetengah perkara. Contohnya setiap kali keluar, anak minta permainan. Anda boleh hadkan dengan menerangkan kepada mereka, kena kumpul duit sendiri dulu baru boleh beli permainan.
  17. Ha dan yang paling penting, anda juga perlu mula belajar memasak, membasuh baju dan mengemas rumah kerana isteri anda akan semakin sibuk.
  18. Anda juga tidak boleh merungut sekiranya kena jaga anak dulu sebelum dapat makan. Bergilir-gilirlah dengan isteri ye.
  19. Dan anda juga perlulah terima hakikat yang anda dah tak boleh nak bangun lewat walaupun pada hari cuti.
  20. Yang paling penting, anda janganlah asyik sangat dengan telefon bimbit seperti zaman bercinta dulu. Isteri kan dah depan mata. Fokus pada keluarga apabila berada dirumah πŸ™‚

Memang mencabar kan nak jadi ibu dan ayah ni, tapi semuanya pasti boleh dilakukan dengan kerjasama kedua-dua belah pihak. Barulah rasa kasih mengasihi dan lebih memahami antara satu dengan yang lain.

Berdoalah kita agar kita memiliki keluarga yang Sakinah dan Mawaddah gitu. Amin πŸ™‚

Love

Zarith Sofia

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design