Assalamualaikum
Kebanyakan bayi suka sangat mandi. Tapi bila masuk ke tempat berair yang lebih besar seperti kolam renang dan juga laut, mereka akan menangis ketakutan.
Zuyyin masa kecil pun macam tu juga. Niat kami ke Langkawi semasa Zuyyin berusia setahun setengah adalah untuk bermandi-manda di tepi pantai yang indah. Tapi sebaik sahaja jejakkan kaki di tepi pantai, menangis ketakutan pula.
Bila balik rumah uwan Zuyyin pun sama, masukkan dalam swimming pool menangis sakan, padahal kalau ikutkan Zuyyin sangat suka mandi sejak dari lahir lagi. Tak pernah menangis waktu mandi, tersenyum gembira jek.
Tapi berlainan dengan Zayra ni. Semasa usia setahun setengah dah gembira bila masukkan dalam laut. Siap suruh ayahnya lepas pulak tu. Dan bila pakaikan pelampung dikedua-dua tangan, dan mandikan di kolam renang di rumah uwan, memang suka hati je terapungkan diri. Ibu pula yang kecut perut tengok.
Berenang sebenarnya adalah satu aktiviti yang penting untuk perkembangan minda, kekuatan fizikal kepala dan leher serta mengkoordinasikan kekuatan otot pada tangan, kaki dan perut anak kita.
Selain menyeronokkan, berenang adalah salah satu cara untuk kita berinteraksi dengan bayi kita. Anak kita sangat suka sentuhan antara kulit kita dan dirinya, dan merasakan selamat bila berada dalam dakapan kita semasaa kita timbul dan tenggelam di dalam air dan ini juga akan menambahkan keyakinan dalam dirinya.
4 Persediaan Yang Perlu Kita Sediakan Sebelum Membawa Bayi Berenang
- Bawa permainan yang biasa dan digemari oleh anak kita ke dalam kolam renang untuk membantu bayi berasa selesa dan gembira dengan persekitaran barunya.
- Bayi akan cepat berasa sejuk, jadi letakkan tuala di tepi kolam renang untuk digunakan sebaik sahaja kita keluar dari air bersama bayi
- Bayi akan lapar selepas berendam, jadi pastikan kita siapkan segala keperluan seperti susu dan makanannya
- Kolam mandi sepatutnya pada suhu 31 Celsius agar bayi berasa selesa
5 Cara Untuk Tanamkan Keyakinan Bayi Ketika Berada Dalam Air
- Sebelum masuk ke kolam renang, carilah kolam yang cetek untuk memberikan bayi kita pengalaman terapung. Renjiskan sedikit air ke mukanya untuk memberikan bayi kita sensasi yang sepatutnya ketika berada dalam air
- Di dalam kolam, lakukan seberapa banyak percikan jadi kita akan dapat membina keyakinan sebelum kita lakukan apungan depan dan belakang
- Kalau boleh sebelum tu bercakap-cakaplah dengan bayi kita dan kekalkan hubungan melalui mata. Kita juga perlu pastikan keadaannya dengan memegang secara rapat dengan kita dan nyanyikan lagu-lagu atau zikir kepadanya
- Sesi berenang tersebut janganlah terlalu lama
- Diri kita sendiri hendaklah berasa releks dan tenang, dan anda akan dapati bayi juga begitu
Tanpa disedari, lama-kelamaan bayi kesayangan kita akan pandai berenang. Apa yang diperlukan hanyalah masa dan juga kekerapan latihan. Meskipun begitu, sekiranya mereka telah mahir berenang, janganlah pula kita tinggalkan mereka bersendirian tanpa pengawasan, ataupun leka bersama gadget kesayangan kita. Nyawa mereka sangat berharga =)
Love
-Ibu Zarith-
Shaklee ID 914562
013-7510028
ada yang kata bayi memang dikurniakan dengan kebolehan berenang sejak dari lahir lagi..
Betul. Pernah terbaca, kemahiran ini akan hilang menjelang usianya 3 bulan. Wallahualam
Kalau ajar dari kecil ni memang boleh ganti Nurul huda nanti ni…
Kan..hehehe…
hooo berenang memang best
hooo =)