Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

March 7, 2016 by Ibu Zarith

Bila Anak Kesayangan Sendiri Disahkan Positif Denggi…

Assalamualaikum

Bulan lepas terasa sangat pantas berlalu. Dah la hanya 29 hari, Zuyyin pula disahkan positif denggi pula. Lagi lah tak ingat hari, tup-tup dah nak masuk march.

Hari Pertama (Rabu, 10.02.2016 – 5 pagi)

Lepas balik dari kampung semasa cuti raya cina haritu, esoknya Zuyyin demam panas. Pada waktu siang Zuyyin aktif, takde menunjukkan sakit pun kecuali suhu badan panas dan asyik mengadu sakit mata dan kadangkala sakit perut.

Zarith rendamkan Zuyyin dengan air epsom salt 4 kali selama 20 hingga 30 minit setiap sesi. Buatkan Zuyyin bubur nasi dan sup ayam yang banyak bawang putih dan halia yang direneh lama. Zuyyin makan dengan berselera sekali.

Chewable Vitamin C, Nutriferon, Olivenol, Probiotik, Extra Virgin Coconut Oil memang Zarith sentiasa bagi. Kali ni dos yang lebih sikit, sebab bila tak sihat, kita kena bantu lagi badan anak untuk lawan virus jahat tu.

Malam suhu Zuyyin mencecah menghampiri 40 darjah celcius. Ibu dah tak keruan, walaupun kerap sponging dengan air lemon, suhu turun naik. Ada air, suhu turun, air dah meruap, suhu naik balik. Malam tu memang tak boleh tidur. Sentiasa cek suhu dan jerlum dengan air lemon

Hari Kedua (Khamis, 11.02.2016)

Zuyyin masih tak berubah, masih panas tapi aktif dan berselera makan. Mr Hubby amik cuti. Alhamdulillah mudah sikit kerja sebab boleh fokus pada Zuyyin manakala Zayra pula Mr Hubby jaga kecuali sesi menyusu, hehe.

Zarith bagi Zuyyin makan bubur ayam dengan makanan tinggi antioksidan. Kali ni dah mula rasa pelik, sebab Zuyyin dan Zayra kalau demam selalunya dalam masa 24 jam dah sembuh. Paling lama pun hari kedua. Tapi Zuyyin ni dah hari ke-2 masih takde tanda nak sembuh pun.

Maka kami bawa Zuyyin pergi ke Klinik terdekat sebab klinik pakar kanak-kanak yang selalu kami bawa tu masih tutup. Doktor cuti seminggu. Doctor mencadangkan agar kami tunggu hari ke-3 dahulu, kalau tak sembuh juga datang sekali lagi dan amik darah. Sebab takut demam denggi.

Zarith dah mula jerlumkan Zuyyin dengan air cuka epal suam. Sebab bila pakai lemon Zuyyin asyik mengadu gatal, jadi terpaksa la ibu menahan hidung dengan bau cuka epal yang ‘harum’ semerbak dalam bilik. Stokin basah memang tak tanggal.

Kali ni dapat cari air kelapa. Maka Zarith bagi Zuyyin minum air kelapa dua jam sebelum ambil supplement atau 2 jam selepas. Berendam air epsom salt untuk sesi pagi, dan lagi 3 sesi tu semua air cuka epal.

Hari ke dua ni pun Zuyyin mengadu sakit perut tapi bila buang air besar, biasa je, takde cirit pun. Ingatkan kembung, jadi Zarith hanya sapukan herbal blend dan buat urutan I LOVE YOU untuk melegakan kembung perutnya

Hari Ketiga (Jumaat, 12.02.2016)

Zuyyin masih demam, dan Zarith masih lakukan rutin yang sama, rendam Zuyyin dengan epsom salt, satu sesi lagi dengan cuka epal, bergilir-gilir. Petang tu, lepas Mr. Hubby balik kerja tu Zuyyin dah sembuh, Alhamdulillah syukur. Dah takde demam lagi. Berpeluh tapi masih lemah. Waktu bagi makan malam tiba-tiba Zuyyin minta nak baring dan tidur. Dia penat.

Masuk bilik lepas gosok gigi terus tidur. Selalu Zuyyin hanya akan tidur lepas Zarith peluk dia (sanggup baring dalam gelap tunggu Zayra tidur dulu, lepas tu ibu peluk Zuyyin sampai Zuyyin tidur). Waktu tu rasa tak sedap hati dah. Tapi mungkin sebab baru baik demam, jadi Zuyyin masih letih.

Hari Keempat (Sabtu, 13.02.2016)

Zuyyin dah mula mengadu tapak kaki rasa gatal. “Bu, ade semut api gigit kaki Zuyyin ni, sakit lepas tu gatal-gatal.” Bila Zarith periksa tengok, takde apa pulak, bintat gigit semut pun takde. So just sapu dengan herbal blend nak bagi Zuyyin rasa lega, sebab Herbal Blend ni rasa berangin.

Tapi Zuyyin masih nampak lemah, jadi Zarith bagi Zuyyin minum Performance Drink dan masih makan Nutriferon, Olivenol, Chewable Vitamin C dan Extra Virgin Coconut Oil dan Probiotik seperti biasa.

Hari Kelima (Ahad 14.02.2016)

Zuyyin masih mengadu sakit perut dan ada semut api gigit kakinya. Waktu tu tengok ada sedikit bintik di tapak kaki, dan ingatkan ruam biasa. Tapi hati dah mula tak sedap. Jadi malam tu bagitau Hubby, nak bawak Zuyyin buat check-up di Klinik Pakar Kanak-kanak Bee, Seremban. Tapi Klinik tu buka siang je.

Hari Keenam (Isnin, 15.02.2016)

Bangun tidur Zuyyin cakap kaki gatal, jadi seperti biasa Zarith garukan dan ajak Zuyyin mandi dan sarap, sekali terkejut tengok kaki Zuyyin penuh bintik-bintik. Periksa tangan dah ada bintik sekeliling siku, lutut pun dah ada. Zarith terus la telefon Mr. Hubby yang sedang bekerja.

Sejam perjalanan, Mr Hubby pun sampai. Kami terus bawa Zuyyin ke Hospital Colombia Asia untuk cek darah. Pada mulanya doktor sangkakan penyakit kaki tangan dan mulut sebab tengah musim katanya. Tapi kami tetap mahukan pemeriksaan darah dijalankan.

Sejam lepas tu keputusan darah keluar dan benar sangkaan kami, Zuyyin kena demam denggi. Positif. Nak pengsan dengar, sebab tak sangka anak sekecil itu boleh terkena. Dan bacaan platlet waktu itu 181. Tak dapat kami bayangkan macam mana agaknya bacaan platlet Zuyyin semasa dia lemah tu. Kami sangkakan kalau demam denggi tu, semasa demam tu keluar bintik-bintik. Tapi tak semestinya.

Doktor meminta pendapat kami untuk masukkan Zuyyin ke dalam Hospital untuk pantauan. Tapi doktor kata kami boleh juga pantau Zuyyin di rumah dengan memberikan banyak air dan makanan tinggi antioksidan. Jadi kami pilih untuk pantau Zuyyin di rumah sahaja.

Doktor kata esok pagi kami mesti datang lagi untuk buat ujian darah lagi sekali.

Balik tu kami terus cari air kelapa (doktor kata tak kesah nak bagi minum air kelapa ke tebu ke jus apa ke asalkan banyak minum air) dan Mr Hubby terus potong buah tembikai yang ada di rumah dan masukkan dalam freezer (buah tembikai sumber air yang banyak)

Nasib baik Zuyyin dah baik demam, jadi boleh bagi dia sebarang minuman sejuk. Zuyyin sepanjang nak masuk 4 tahun ni tak pernah minum air sejuk, tapi sebab nak bagi dia berselera minum air masak dan performance drink, maka kami bagi je air separa sejuk. Gembira betul Zuyyin, memang habis air yang kami bagi setiap satu sesi, hehe.

Dan makanan tambahan tetap kami bagi seperti biasa. Kali ni Zarith bagi Zuyyin makan nutriferon lebih sedikit. Memang berdoa sangat esok bacaan platlet lebih 200.

Hari Ketujuh (Selasa, 16.02.2016)

Kami pergi kembali ke Hospital Colombia Asia untuk ambil darah sekali lagi. Berdebar-debar sementara tunggu keputusan tu. Dan sejam lepas tu kami rasa lega yang teramat sangat sebab bacaan platlet dah naik kepada 206. Syukur Alhamdulillah. Sujud syukur.

Kesimpulan daripada pengalaman kami sendiri sepanjang 7 hari ni:

  1. Salah satu dari petanda denggi adalah rasa sakit perut. Ini kerana bila terkena serangan virus ini, sistem penghadaman jadi lemah, dan setiap kali kita makan, perut tak dapat nak hadam dengan sempurna dan terpaksa bekerja lebih kuat. Jadi pesakit akan berasa seolah-olah ‘kejang perut’
  2. Rasa tidak selesa pada mata juga merupakan salah satu tanda demam denggi.
  3. Bila dah timbul ruam yang banyak dan asyik menggaru dan mengadu gatal, itu bermakna denggi dalam stage recovery. Dah nak baik dah
  4. Ada yang kena demam denggi tu demam terus menerus sampai seminggu dan dalam masa demam tu dapat kesan positif denggi, dan ada juga yang kes macam Zuyyin, demam dah baik baru dapat kesan denggi.
  5. Semasa hari ke-7, kami dapat panggilan daripada bahagian bancian denggi, Negeri Sembilan. Mereka tanya di mana kami berada 14 hari sebelum Zuyyin demam hari pertama. Rupanya waktu gigitan nyamuk tu dengan tempoh virus tu ‘memeram’ dalam badan kita adalah antara 3-14 hari.
  6. Sentiasa bagi anak makan makanan untuk tingkatkan imun sistem mereka walaupun mereka tidak sakit. Kerana virus demam denggi ni menyerang orang yang sistem imunnya rendah pada waktu terkena gigitan tersebut.

Alhamdulillah lega bila semuanya telah berlalu. Yang penting Nutriferon, Chewable Vitamin C, Performance Drink, Olivenol, Extra Virgin Coconut Oil, Probiotik dan Herbal Blend memang wajib ada dalam simpanan.

Anda tak tahu nak dapatkannya dari mana? Hubungi Zarith 013-7510028 untuk dapatkannya. Jangan tunggu sehingga platlet turun terus baru nak cari. Pada waktu tu mungkin segalanya telah terlewat.

Love

-Zarith Sofia Ibrahim-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. irni suhana says

    December 10, 2016 at 01:00

    alahai kesiannye zuyyin…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 3, 2017 at 23:18

      Masa kena tu tak senang duduk ibu huhu

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design