Assalamualaikum
Dalam Islam, antara tanggungjawab utama ibu dan ayah terhadap anaknya adalah dengan memberikan nama seawal hari ke-7 kelahirannya. Selalunya nama anak ditentukan sebelum kelahiran lagi tapi ada juga yang memilih nama anak sejurus selepas dilahirkan.
Nama Zuyyin dan Zayra juga kami pilih sejak dari dalam kandungan. Cuma nama belakang je kami pilih sebaik sahaja selepas Zarith lahirkan mereka. Best pulak bila ingatkan balik, waktu menyenaraikan nama-nama yang menarik untuk anak kesayangan pada waktu tu, hehe.
Yang penting, menurut undang-undang Malaysia pendaftaran nama anak perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas kelahiran. Pendaftaran dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara.
Cadangan Sebelum Memilih Nama Anak:
- Berbincang bersama pasangan tentang nama yang bakal diberikan sebelum anak dilahirkan.
- Sediakan sekurang-kurangnya 2 nama lelaki dan 2 nama perempuan. Ini kerana selepas melahirkan bayi, banyak lagi perkara lain yang perlu anda fikirkan. Jadi, jangan dikusutkan lagi pemikiran anda dengan mencari nama anak pada waktu ini
- Nama anak perlulah mempunyai maksud yang baik.
- Anda bolehlah membeli buku nama bayi yang banyak dijual dikedai-kedai buku. Atau sekarang ni dah boleh juga cari di internet. Pastikan anda tidak memilih nama-nama yang tidak digalakkan diberi kepada anak kerana maksud yang tidak elok
- Walaupun maksud nama baik, tapi pilihlah nama yang sesuai dengan budaya untuk mengelak sensitiviti masyarakat
- Terdapat beberapa nama yang agak kontroversi pada masa ini seperti osama, saddam dan sebagainya. Maksud dan bunyi memang sedap. Tapi jika anak anda sambung belajar di negara barat, mungkin akan mengundang masalah. Kami sendiri dulu setiap kali nak pulang bercuti ke Malaysia, bila tengok passport student Malaysia yang ada Mohammad tu, lama juga di kaunter kena belek passport mereka, tapi lepas tu ok je =)
- Ejaan turut memainkan peranan penting dalam pemilihan nama anak
- Ada juga ibu bapa yang inginkan keunikan dalam mengeja nama anak mereka dan memilih cara ejaan yang lebih sukar. Kalau boleh cuba elakkan.
- Selain ejaan, suku kata juga memainkan peranan penting
- Kalau boleh elakkan memberi nama yang terlalu panjang. Contohnya Muhammad Harith Haikal Danial Bin Muhammad Badrul Hisham. Memnag sedap didengar. Tetapi praktikalkah nama tersebut.
- Nama yang terlalu panjang selalunya menghadapi masalah kesukaran untuk mengisi borang seperti kemasukan universiti kerana mempunyai ruang yang terhad.
- Selalunya nama yang terlalu panjang ni sukar untuk diingat. Dan mulalah timbulnya pelbagai panggilan manja. Kalau anak perempuan pula, kesian bakal suami nak sebut nama panjang masa akad nikah nanti =p
- Ada juga ibubapa yang menggabungkan nama mereka untuk menghasilkan nama anak.
- Ia tidak salah sama sekali. Anda mempunyai hak untuk mencipta nama yang cukup indah dan elok untuk si manja. Cuma pastikan ia mempunyai makna yang indah, seindah sebutannya =)
- Anda juga boleh mengambil nama sempena tokoh dan orang terkenal
- Seperti Zarith sendiri, ibu bagitau yang nama Zarith diambil sempena nama Sultanah Johor iaitu Permaisuri Zarith Sofia yang cantik, lemah lembut dan dikagumi ramai. Mesti ibu berharap Zarith pun jadi seperti baginda =)
- Membuat senarai nama dengan maksudnya sekali adalah cara yang terbaik
- Selepas membuat senarai panjang, cuba berbincang dengan suami dan ahli keluarga yang lain, sesuai tak nama tersebut.
Panduan Untuk Daftar Kelahiran Anak:
- Dalam tempoh 14 hari dari tempoh kelahiran
- Pemohon hendaklah datang sendiri ke kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan iaitu:
- Rekod bukti kelahiran
- Sijil Perkahwinan/surat nikah
- Kad pengenalan ibu dan bapa
Daftar Lambat Kelahiran:
- Dalam tempoh 15 hingga 42 hari dan tarikh kelahiran
- Jika ibu/bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti bahawa bayi itu lahir dalam Persekutuan, bolehlah memohon daftar lewat kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran
Mengubah Nama Kanak-kanak:
- Nama dalam Sijil kelahiran janya boleh diubah atau ditukar jika umur kanak-kanak belum mencapai 1 tahun
- Nama kanak-kanak yang telah didaftarkan Tidak Boleh diubah jika umur kanak-kanak telah mencapai 1 tahun dari tarikh permohonan dikeluarkan.
Semuanya boleh dirujuk di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Negara.
Nama yang indah beserta maksud yang indah sebenarnya telah tertulis di Luh Mahfuz, kan? Jadi panggil lah nama anak dengan nama penuh atau yang ada maksudnya. Kerana panggilan nama itu merupakan doa buat mereka.
Jika nama anak kita Raif, yang membawa erti pengasih, apabila kita memanggilnya setiap hari, kita seperti mendoakan dia menjadi seorang yang mengasihi adik beradik dan saudara-maranya serta orang lain =)
Love
Zarith Sofia
Shaklee ID 914562
013-7510028
Inani Hazwani says
Paling pentng biarkah maksus nama tu yang baik baik kan. Insha Allah seiring dengan tingkah laku dia kan 🙂
Ibu Zarith says
betul, insha Allah
Farrah MF says
Nama yang baik untuk peribadi yang baik. Insya Allah 😊
Ibu Zarith says
Insha Allah =)