Assalamualaikum
Diam tak diam dah setahun lebih ibuzarith.com ni. Alhamdulillah =)
Zarith ni bila dah lahirkan Zuyyin dan Zayra jadi agak pelupa orangnya, konon-konon urat banyak putus masa bersalin dulu =p Kadang tu bila dapat sesuatu ilmu baru harini, dengan yakinnya akan ingat minggu depan. Tapi kadang tu, bila Zarith betul-betul nak pakai (contohnya haritu masa Zuyyin kena demam denggi <<Bila anak kesayangan sendiri disahkan positif denggi >> terus tak pasti, dulu baca dalam buku ni dia buat ape ye? Mana satu nak buat dulu?
Jadi Mr. Hubby mencadangkan agar Zarith buat satu diari online yang mana Zarith boleh jadikan rujukan diri sendiri, dan pada masa yang sama boleh berkongsi dengan orang lain. Jadi tertubuhlah ibuzarith.com ni
Ya, sharing is loving <3
Begitu juga dengan bisnes Shaklee Zarith ni. Mula-mula Zarith beli Set Menyusu Shaklee. Alhamdulillah bila Zarith dapat kesan positif, susu kembali meriah dan Zuyyin pun kembali gebu =p Zarith mula berkongsi pengalaman kepada rakan-rakan.
Zarith suka berkongsi kebaikan yang Zarith dapat kepada orang ramai, agar semua dapat merasa apa yang Zarith rasa. Dan inilah dia:
10 sebab kenapa Zarith suka sangat bisnes Shaklee ni berbanding yang lain.
- Dapat kepuasan apabila dapat membantu orang lain meningkatkan taraf kesihatan mereka
- Selepas customer konsisten dengan pengambilan supplement Shaklee yang telah Zarith cadangkan, kemudian mereka bertambah sihat berbanding sebelumnya, Zarith rasa sangat gembira. Kadang tu ada yang sembelit berhari-hari sampai buasir, kemudian sihat selepas ambil Set buasir. Ada yang gout sampai masuk hospital pulih selepas ambil Vivix, ada yang merokok berjaya berhenti, ibu yang berpantang kembali sihat dan cantik seperti sebelumnya, parents sakit lutut solat atas kerusi dah boleh solat seperti biasa selepas amalkan Set Sendi dan Lutut dan sebagainya. Semua ini memberikan Zarith satu perasaan yang tak dapat nak diluahkan =)
- Dapat menambahkan ilmu dan menajamkan minda
- Untuk menjadikan diri “Prof. Serba Tahu” , Zarith perlu banyak membaca, menghadiri pelbagai aktiviti dan menyertai kelas-kelas online yang dianjurkan. Berehat sebentar dari kerjaya Jurutera, otak digunakan pula untuk bisnes Shaklee =)
- Menjalin ikatan ukhwah yang utuh dengan kumpulan yang best sangat
- Bisnes ini memang bisnes kita, kita yang gerakkannya. Kalau kita tak usaha tak dapatlah hasilnya, kan? Tapi untuk mekar seperti bunga, kita perlukan bimbingan dan sokongan dari support group yang mantap. Yang sentiasa ingat-mengingatkan antara satu dengan yang lain
- Tak perlu modal yang besar, hanya RM68.90 yuran keahlian seumur hidup
- Dengan yuran keahlian yang sedikit je dah boleh mula berbisnes. Tak perlu membuat pembelian minima ataupun buat personal loan beribu-ribu untuk mula berniaga.
- Tak perlu simpan stok bertimbun di rumah
- Zarith selalu travel. Minggu ni di utara, minggu depan di selatan. Jadi bisnes Shaklee memang sangat sesuai dengan keadaan Zarith yang seperti orang normad ni hehe. Hanya perlu ambil order dari customer, order online di website shaklee2u.com.my, dan selebihnya Shaklee akan uruskan. Mudah kan?
- Dapat meluangkan masa emas bersama Zuyyin dan Zayra.
- Memandangkan ini adalah bisnes online, maka Zarith dapat luangkan lebih banyak masa untuk Zuyyin dan Zayra.
- Boleh bawa anak-anak dalam setiap kelas dan majlis-majlis rasmi Shaklee
- Yang ni paling best. Memandangkan Zuyyin dan Zayra adalah bestfriend Zarith, kemana-mana memang tak boleh tinggal. Di Shaklee, ada playroom yang penuh dengan alat permainan. Kalau anak-anak dah bosan sekalipun, mereka boleh duduk bersama-sama kita dalam bilik seminar.
Takde masalah. Kalau ada majlis-majlis rasmi, Shaklee akan sediakan sorang sekotak pensel warna dan beberapa kertas bergambar untuk anak-anak mewarna. Best kan? =)
- Yang ni paling best. Memandangkan Zuyyin dan Zayra adalah bestfriend Zarith, kemana-mana memang tak boleh tinggal. Di Shaklee, ada playroom yang penuh dengan alat permainan. Kalau anak-anak dah bosan sekalipun, mereka boleh duduk bersama-sama kita dalam bilik seminar.
- Produk Shaklee dijamin semulajadi, selamat dan berkesan. Telah menjalani beribu-ribu ujian klinikal, dan bukannya produk yang baru setahun jagung dipasaran.
- Shaklee telah menghasilkan beribu-ribu journal, dan pelbagai ujian klinikal untuk setiap produknya. Setiap produk telah dipastikan selamat dan berkesan untuk digunakan. Vitalea Shaklee contohnya adalah antara produk tertua Shaklee yang telah berusia 101 tahun ini.
- Dan minuman Performance Drink telah digunakan oleh pihak NASA untuk angkasawan mereka
- Shaklee telah menghasilkan beribu-ribu journal, dan pelbagai ujian klinikal untuk setiap produknya. Setiap produk telah dipastikan selamat dan berkesan untuk digunakan. Vitalea Shaklee contohnya adalah antara produk tertua Shaklee yang telah berusia 101 tahun ini.
- Mengajar Zarith untuk berimpian besar dan cuba kejar impian
- Dalam Shaklee, kita diajar untuk berimpian besar. Dari situ kita kan berusaha sehabisnya untuk mencapai satu persatu impian kita. Dan alhamdulillah sedikit demi sedikit Zarith dah pun menikmatinya =)
- Membantu surirumah sepenuh masa seperti Zarith ni untuk sama-sama menjana pendapatan keluarga.
- Ramai rakan-rakan Zarith terdiri dari surirumah yang mengorbankan kerjaya mereka untuk menjaga sendiri anak-anak yang masih kecil. Bukan calang-calang kerjaya mereka sebelum ini. Dan Zarith yakin ramai lagi rakan-rakan diluar sana pun melakukan perkara yang sama. Zarith sangat berharap dapat membantu rakan-rakan yang lain untuk sama-sama menjana pendapatan, sekurang-kurangnya lepas duit beli pampers anak pada mulanya, dan lama-kelamaan mampu membayar duit sewa rumah =)
Sebenarnya, walau apapun bidang yang kita ceburi, perlulah fokus dan tau apa yang kita inginkan. Jangan setahun buat bisnes ni, tak jadi tukar bisnes lain pulak, 3 tahun lagi bisnes lain pulak. Bila kita dah ambil keputusan untuk buat sesuatu bisnes tu, pastikan kita buat sampai habis. Jatuh, bangun kembali, jatuh lagi, berlari pula, jatuh lagi, melompat dengan lebih tinggi. Yang pastinya setiap kali jatuh bangun kita tu, ada hikmah besar yang tersembunyi.
Oh ha, kalau anda ingin sertai kumpulan Platinum kami, tak kisahlah anda seorang pelajar, surirumah, cikgu, doktor, engineer, cepat-cepat hubungi Zarith 013-7510028. Kami akan bimbing anda sampai berjaya, dengan syarat anda rela dipimpin =)
Bukan mudah hendak membina empayar. Ia perlu dimulakan dengan sekecil-kecil langkah. Semoga usaha kita mendapat keberkatan dan Rahmah dariNya =)
Love
Zarith Sofia
Shaklee ID 914562
013-7510028
produk shaklee ni bertahan sehingga kini, antara sebab produk ni memang tebaik
Betul 🙂
ramai yang join bisnes shaklee dan rata rata ckp bisnes ni bagus dan dapat pulangan
Alhamdulillah syukur dilorongkan untuk buat bisnes Shaklee ni
baby lagi Maryam dalam gambar first tu. Huhu..
Suka dengan bisnes Shaklee. Boleh bawa anak sekali setiap kali ada events.
Comel Maryam <3 Betul, tak perlu pening kepala nak tinggalkan anak pada siapa =p
produk yang bermutu n niat yang baik untuk membantu orang ramai menyebabkan ramai yang menceburkan diri dalam shaklee.. semoga terus berjaya..
Betul tu Riang Ria, terima kasih ye =)
fuh..
ramai betul mak-mak shaklee nih rupanya yek yang tulis belog.
Hehe… u know how blog works =)
Selagi produk dapat membantu menyelesaikan masalah orang, selagi itu mendapat permintaan. Tahniah pada mereka yang boleh jana pendapatan dari Shaklee
Alhamdulillah =)