Assalamualaikum
Badan lesu, lemah dan tidak bertenaga adalah masalah biasa bagi wanita selepas bersalin. Lebih teruk lagi jika ibu bentan dan badan seram sejuk seperti nak demam. Untuk mengatasi masalah ini, ibu perlulah mengamalkan corak pemakanan yang betul.
Ibu yang baru melahirkan perlulah mengambil berat tentang setiap makanan yang dimakan. Ibu mesti ada ilmu yang mencukupi tentang khasiat makanan yang wajar diketahui.
4 Zat Makanan Yang Wajib Diketahui
-
Protein
- Sumber protein bukan sahaja penting semasa kita hamil, tetapi juga selepas melahirkan terutamanya bagi ibu yang menyusukan bayi. Oleh itu, ibu dinasihatkan mengambil makanan yang kaya dengan protein. Ibu boleh mengambil ikan, susu ataupun telur.
- ESP sangat sesuai bagi ibu yang melahirkan kerana ia membekalkan protein yang diperlukan oleh badan dengan kadar yang optimum dan selamat. Ia juga membantu ibu lebih bertenaga dan sebagai penggalak susu terbaik. Oh ye dan stretch mark semasa kita hamil pun lama kelamaan akan pudar dan hilang =)
-
Vitamin
- Secara umumnya, Vitamin boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Vitamin larut air dan Vitamin larut lemak. Untuk tubuh yang sihat, beberapa jenis Vitamin B diperlukan. Antaranya ialah Thiamin (Vitamin B1), Riboflavin (Vitamin B2), Naisin (Vitamin B3), Pyridoksin (Vitamin B6), Sainokobalamin (B12), asid folik dan asid pantothenik.
- Kesemua Vitamin B ini boleh dicukupkan dengan pengambilan B-Complex Shaklee. Selain memberikan tenaga Vitamin B ini membantu melegakan saraf yang tegang yang mengakibatkan stress. Jadi, simptom meroyan, insha Allah dapat dijauhkan.
- Sumber Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran berdaun hijau, ikan, ayam, susu dan kekacang.
- Vitamin C juga sangat penting dalam menyembuhkan luka dan menguatkan imun sistem ibu dan bayi. Almaklumlah, selepas melahirkan je mesti ramai saudara-mara, kiran tetangga datang melawat. Dikhuatiri ada yang demam/selesema/batuk dan berjangkit pula pada baby. Dengan pengambilan Vitamin C, dan baby dapat dari susu ibu, imun sistem baby diperkukhkan lagi dalam menentang penyakit-penyakit tersebut.
- Boleh dapatkan Vitamin C ini daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Zarith suka amalkan Sustained Release Vitamin C yang mempunyai teknologi pelepasan Vitamin C secara perlahan-lahan. iaitu 100mg Vitamin C dalam masa 5 jam. Jadi badan kita mempunyai bekalan Vitamin C yang lebih lama. Oh ye, dapatkan Vitamin C yang tengah ada PROMOSI bulan ni ye =)
-
Zat garam mineral
- Kalsium dan zat besi merupakan sumber penting untuk badan. Biasanya bekalan kalsium paling banyak diperlukan ketika hamil menyebabkan bekalan kalsium badan kita cepat habis. Oleh itu, kalsium perlu ditambah dari masa ke semasa pada kadar yang cepat. Jadinya ibu perlu pastikan yang badan kita ni tak kehabisan kalsium dengan mengambil kalsium yang secukupnya.
- Kalsium boleh didapati daripada susu dan hasil tenusu seperti cheese dan yogurt. Selain itu, ia juga boleh didapati daripada sumber lain seperti bijirin dan sayuran berdaun hijau.
- Zarith pula amalkan Ostematrix sebagai sumber kalsium. Ostematrix ni istimewa sebab ianya diadun bersama magnesium, yang membantu melembutkan otot usus besar agar kita tidak sembelit semasa dalam pantang.
- Zat besi pula Zarith ambil dari sumber Vitalea. Multivitamin yang diadun bersama zat besi ini memang Zarith amalkan sejak dulu lagi.
-
Sayuran dan buah-buahan
- Sayuran berjenis ‘sejuk’ boleh menyebabkan tubuh ibu bertambah lemah. Oleh itu sayur jenis ini perlu dielakkan. Antaranya adalah kangkung, kubis, tauge dan labu.
- Selain dari sayuran, ada juga buah-buahan yang perlu dielakkan semasa berpantang untuk mengelakkan timbulnya sebarang masalah kesihatan. Buah-buahan seperti tembikai, langsat dan buah nangka.
- Sepanjang tempoh berpantang, Zarith amalkan pengambilan buah oren =)
Apa pun jenis makanan dalam pantang, setiap orang mempunyai kesan yang berbeza terhadap badan. Ada yang makan ayam boleh menyebabkan tempat jahitan gatal, ada yang makan ok je.
Caranya, jamah sedikit makanan tersebut dan beri badan kita tempoh masa untuk memberikan reaksi. Kalau badan ok, tiada gatal ataupun alahan lain, maksudnya kita boleh makan makanan tersebut.
Sepanjang tempoh berpantangkan Zayra hampir 2 tahun lepas, Zarith memang amalkan Set Berpantang Premium yang lengkap dengan Vitamin dan Mineral yang diperlukan oleh badan kita. Yang bestnya memang takde masalah sembelit langsung, badan pun bertenaga dan takde lagi rasa seram sejuk macam masa berpantangkan Zuyyin 4 tahun lepas.
Kalau ibu-ibu nak juga berpantang seperti Zarith, tiada masalah. Dapatkan Set Berpantang Premium ni harini juga! Jangan tunggu PROMOSI dan tamat, dan dah sembelit, baru nak dapatkannya. Hubungi Zarith 013-7510028 untuk konsultasi ekslusif =)
Love
-Zarith Sofia-
Shaklee ID 914562
013-7510028
ada ibu yang kononnya dah terlalu moden, tak peduli pun pasal berpantang-pantang ni.
Memang betul tu, ada perkara yang perlu kita ikut untuk kesejahteraan kita bila dah tua nanti =)
Hampir semua vitamin di atas SS amalkan..
Bagusnya SS =)