Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

August 10, 2016 by Ibu Zarith

8 Rawatan Semulajadi Untuk Hilangkan Kahak

Assalamualaikum wbt

Seminggu selepas hari raya yang lepas, Zuyyin dan Zayra batuk dan selesema. Paling lama dalam sejarah, Zuyyin baik dalam masa 2 minggu, Zayra pula genap 3 minggu.

Selalunya paling lama pun seminggu lebih. Mungkin kerana pada waktu tu cuaca pun tak menentu, siang panas sangat, menjelang petang hujan selebat-lebatnya.

Tapi Alhamdulillah sekarang semuanya dah sihat walafiat 🙂

Zarith nak share apa yang kami lakukan untuk mengurangkan kahak Zuyyin dan Zayra yang mungkin bermanfaat juga buat semua

  • Stim 

Ini adalah salah satu cara terbaik untuk singkirkan kahak dari sistem pernafasan kita dengan mencairkannya.

Ia boleh dilakukan sama ada dengan:

  1. Mandi dengan bilik air yang penuh dengan wap air panas, 2 kali sehari. Kami akan penuhkan bilik mandi dengan wap air panas (bukak pemanas air pada suhu maximum) dan duduk dalam bilik air selama 10 minit untuk mencairkan kahak. Lepas tu baru tepuk sikit belakang anak-anak mengikut teknik percussion yang betul
  2. Atau kadangkala kami akan sediakan semangkuk air panas, tutup kepala mereka dengan tuala agar wap air tidak terkeluar dari bahagian muka. Nak buat ni kene berhati-hati. Zuyyin dah cukup besar nak faham, masa teknik ini tak boleh gerak-gerak, bahaya. Tapi untuk Zayra yang baru masuk 2 tahun ni, ibu atau ayah akan bersama-sama masukkan muka dalam tuala tu agar kita dapat rasa tahap panas tu macam mana, dan dapat kurangkan rasa takut anak kita. Zarith suka letakkan 2-3biji bawang putih yang dah diketuk ke dalam mangkuk air panas ni. Jadi, bila wap air panas beserta wap bawang putih masuk ke dalam peparu, ia boleh bantu melawan virus dan bakteria di situ.
  • Air garam

Untuk Zuyyin, kami ajar dia kumur air garam suam. Air suam membantu melegakan tekak yang merengsa, manakala garam membantu membunuh kuman penyebab jangkitan, yang seterusnya mengurangkan penghasilan kahak.

  • Jus lemon

Lemon adalah bahan terbaik untuk mencairkan kahak. Tambahan pula lemon ni kaya dengan Vitamin C dan sifat antibakteria yang tinggi bantu badan kita untuk melawan sebarang jangkitan.

  • Halia 

Halia memang terbaik untuk mencairkan kahak. Zarith selalunya akan campurkan halia dan lemon yang dihiris halus bersama dengan madu,masukkan dalam bekas bertutup. Ia adalah ‘ubat batuk’ semulajadi. Setiap kali nak minum, ambil 1 sudu dan campurkan dalam segelas air suam. Amalkan sehari 3 kali

  • Sup ayam/sup tulang

Kalau anak-anak tak sihat memang sup ayam/ sup tulang menjadi sajian setiap hari. Buat marcaroni sup, mee sup, bihun sup, nasi dan sup serta bubur lambuk. Bila tak sihat, badan perlukan protein untuk menjadi makanan bagi sel badan melawan virus dan bakteria.

Sup ayam dan sup tulang kaya dengan protein, reneh lama sedikit (sekitar 2jam atau agak-agak isi dah berpisah dari tulang). Lebihkan bawang putih, bawang merah serta halia. Ini semua adalah makanan antivirus dan antibakteria dan dapat membantu meningkatkan imun sistem.

Lagipun sup yang suam tadi dapat membantu melegakan tekak dan mencairkan kahak.

  • Madu

Madu mempunyai sifat antibakteria, antivirus dan antifungus. Ia juga bersifat antiseptik dan kesemua sifat ini menjadikan madu sebagai salah satu bahan yang wajib ada dirumah untuk merawat pelbagai penyakit.

Zarith suka campurkan madu dengan lemon dan juga halia yang dihiris halus sebagai ‘ubat batuk semulajadi’

  • Bawang

Bawang bersifat antibiotik, antiradang dan dapat melegakan keradangan pada tekak bila batuk berkahak. Sebab tu bila masak makanan Zuyyin dan Zayra, terutamanya apabila mereka kurang sihat, Zarith akan lebihkan bawang.

  • Lobak 

Lobak kaya dengan Vitamin C dan bersifat antioksidan yang mampu meningkatkan imun sistem dan membantu menghalang sebarang jangkitan. Lobak juga diperkaya dengan pelbagai nutrisi dan vitamin yang menjadikannya elok untuk merawat kahak. Zarith selalunya akan masukkan lobak dalam sup dan juga setiap masakan untuk dihidangkan buat Zuyyin dan Zayra yang batuk dan selesema.

Selain dari itu, Zarith berikan Zuyyin dan Zayra Omega Guard untuk mencairkan kahak, serta Chewable Vitamin C dan sedikit Nutriferon untuk tingkatkan imun sistem mereka. Extra Virgin Olive Oil dan juga Olivenol pun tak ketinggalan.

Bila anak-anak dah sihat, senang nak fokus pada bisnes. Hati pun lapang je 🙂

Kalau ada yang menghadapi masalah batuk berkahak dan selesema berpanjangan, dan nak dapatkan Omega Guard, Chewable Vitamin C, Mealshakes dan juga Nutriferon boleh hubungi Zarith ye. Semoga anak-anak kita sihat sentiasa hendaknya. Amin 🙂

 

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Zarith Sofia

914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    August 10, 2016 at 22:02

    Memang tak senang hati nak buat apa-apa bila anak tak sihat kan.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 00:36

      Betul kak ros. Semoga anak kita sentiasa sihat hendaknya =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design