Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

August 15, 2016 by Ibu Zarith

4 Cara Berkesan Untuk Elakkan Tekanan Agar Hidup Lebih Tenang

Assalamualaikum wbt

Kehidupan seharian kita memang tak dapat lari dari tekanan. Bagi ibu yang berkerjaya, tekanan mungkin daripada persekitaran tempat kerja ataupun rindu dan risaukan anak-anak yang tiada di depan mata. Bagi ibu yang tidak berkerja atau berkerja dari rumah, tekanan mungkin disebabkan tidak dapat membahagikan masa antara kerja rumah, melayan anak-anak serta masa untuk diri sendiri.

positif

Apa kata cuba dulu amalkan 4 perkara asas ini. 

  1. Bahagikan tugas seharian kepada orang lain
    • Menjadi seorang ibu akan membuatkan kita rasa bertanggungjawab untuk buat semua perkara. Dari mandikan anak, pakaikan baju, memasak, suapkan makan dan sebagainya, ibu yang lakukan sendiri. Apa kata mulai harini ibu cuba bahagikan tugas kepada suami dan anak-anak. Suami boleh membantu apa yang patut, anak-anak juga boleh diajar apa yang perlu.
    • Zuyyin dan Zayra sekarang ni sibuk membantu Zarith sidai baju, lipat baju dan beberapa perkara mudah yang lain. Memang agak lambat dan tidak sekemas kita, tapi sekurang-kurangnya mereka belajar bertanggungjawab dan ringan tulang. Eh tapi sekarang Zuyyin lipat baju dah sangat kemas, kalah ibu lipat =p
    • Bila kita ajar anak-anak, kita akan dapat mengenalkan kepada mereka tentang realiti kehidupan. Mereka juga akan rasa lebih bertanggungjawab dan lebih dihargai. Berikan mereka pujian dan ucapan penghargaan setiap kali mereka membantu kita. Percayalah, anak-anak yang dipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas akan membentuk personaliti yang lebih baik dan menarik.
  2. Kekalkan harapan yang realistik
    • Kadangkala kita berharap kepada sesuatu yang jauh dari kemampuan kita dan berharap agar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.
    • Macam Zarith yang sukakan kekemasan, kecantikan dan kebersihan, sentiasa memasang target untuk siap masak dan kemas rumah sebelum Mr. Hubby pulang ke rumah sebelum waktu makan tengah hari. Waktu lunch Mr. Hubby adalah dari 12.30 sehingga 1.30 tengah hari. Dan setiap hari juga rasa tertekan, sebab berusaha sebaik mungkin untuk siap masak dan kemas rumah tepat pada waktunya. Padahal Mr. Hubby tak kisah pun sekiranya rumah bersepah-sepah dengan permainan Zuyyin dan Zayra, cuma Zarith yang tak selesa melihat keadaan rumah yang tunggang-langgang =p
    • Jadi sekarang Zarith dah cuba setkan pada minda, agar rumah perlu bersih, kemas dan teratur setelah kami selesai makan tengah hari. Semuanya tersusun rapi dan bersih dari ruang tamu, ruang makan, ruang memasak dan bilik permainan Zuyyin dan Zayra. Ini lebih realistik dan dah kurang stress =)
    • Jadi, anda juga perlu bertolak ansur semasa menyusun jadual harian anda. Jangan bebankan diri dengan terlalu bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dalam masa yang terlalu padat.
  3. Teliti tabiat makan
    • Pakar pemakanan sentiasa menegaskan, pengambilan makanan seimbang dan sihat mampu meningkatkan keupayaan diri untuk melawan kesan-kesan negatif yang timbul akibat tekanan yang dialami. Kuncinya adalah kesederhanaan, maka bersederhanalah setiap kali anda menjamah makanan setiap hari.
    • Amalkan pengambilan B-Complex Shaklee yang lengkap dengan Vitamin B-12 yang membantu mengurangkan stress kita
  4. Manjakan diri
    • pilih masa yang sesuai untuk manjakan diri sendiri. Tak perlu keluarkan kos, cukup sekadar melakukannya di rumah. Peruntukan masa beberapa jam seminggu untuk melakukan rawatan spa di rumah.
    • Zarith suka buat rawatan pada kulit muka. Waktu hujung minggu mulalah tepek mask Vitamin E, ESP dan Vitamin C di muka. Memang best sangat =)

Apa pun masalah yang kita hadapi, apa yang paling penting adalah kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang kita perolehi. Nikmat bernafas, nikmat sihat dan sebagainya adalah sesuatu yang tidak dapat dijual beli. Dengan mensyukuri nikmat yang bagi kita sedikit ini sebenarnya membantu kita untuk lebih positif dan kurang tekanan. Kalau nak dikumpulkan, bukan sedikit tapi banyak sangat nikmat yang kita dapat setiap hari, kan?

Sudahkah anda bersyukur harini? =)

 🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Zarith Sofia

914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ella says

    August 15, 2016 at 09:23

    Thanks for this sharing. Illa pun macam ni juga… sehabis baik nak kemas dan siap semua sebelum semua balik 😛 pastu penat sendiri hehe

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 21, 2016 at 08:33

      Yeay kita sama ehehe..lepas ni boleh la bertenang sikit =)

      Reply
  2. Ikhwan says

    August 15, 2016 at 23:29

    Terima kasih, kalau hidup tertekan boleh memurungkan diri, namun jika dapat diurus dengan baik, tekanan itu akan jadi motivasi hidup.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 21, 2016 at 00:18

      betul sangat tu, setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmah. Gitu =p

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design