Assalamualaikum wbt
Sebulan sebelum bulan Ramadhan haritu, Zarith dan Mr Hubby memulakan program ‘Eat Clean’ yang membantu kami untuk belajar bagaimana caranya untuk menurunkan berat badan tanpa Yoyo Effect. Maksudnya bila berat badan dah turun, kalau naik pun tak naik mendadak dan tidak banyak.
Program ini ambil masa 21 hari sahaja, dan kami berjaya turun 7 kilo. Alhamdulillah. 7 kg dalam 3 minggu macam menarik juga kan =)
Sebenarnya Zarith sertai program ni sebab nak rasa sendiri dan nak tau apa yang perlu kita lakukan untuk dapatkan berat badan ideal dan juga nilai Visceral Fat (lemak yang menyeliputi organ kita) yang sihat. Jadi, mudah untuk Zarith beri konsultasi kepada customer yang nak kurus dengan menggunakan Produk Shaklee kami ni =)
Salah satu perkara asas dalam misi menurunkan berat badan adalah pengiraan kalori setiap makanan yang kita ambil. Tak boleh makan sembarangan, kena kira keperluan kalori harian kita berdasarkan berat badan kita sendiri. Barulah tak terkurang atau terlebih makan =)
Kalau kita terkurang makan, badan kita akan berpuasa dan bila satu masa nanti kita mula makan seperti sediakala, badan akan naik berkali ganda. Ini yang kita taknak. Pengambilan karbohidrat, protein, sayuran, dan buah-buahan hendaklah seimbang
Selain dari mengambil ayam kampung, daging, ikan, telur dan susu sebagai sumber protein, Zarith juga amalkan pengambilan Cinch Shake Mix perisa coklat yang Zarith campurkan dengan ESP. Memang sedap sangat!
Setiap kali kita minum Shaklee Cinch ini, kita akan dapat 24 gram Protein, 24 Jenis Vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Ini sangat penting kerana Protein digunakan untuk membina otot dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.
Jika kita makan makanan yang kaya dengan protein, ia juga menjadikan kita kenyang lebih lama dan dapat menahan kelaparan yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine – Nutrisi penting yang ada dalam cinch untuk keperluan tubuh kita
- Index Glisemik yang rendah (22) sesuai untuk penghidap kencing manis
- Mengadungi Leucine untuk memelihara otot kita semasa proses menurunkan berat badan
- Mengandungi 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang
- Tinggi kandungan serat (6gram serat bagi setiap hidangan)
- Glysemik Index yang rendah untuk mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
- Penggunaan soya bebas GMO (Non-GMO)
- Tiada perasa tiruan, pewarna atau pemanis
Pengambilan Cinch Shake Mix ni bersama-sama dengan Cinch Energy Tea Mix memang menghasilkan kesan terbaik untuk mereka yang nak kurus. Berpeluh-peluh badan bila kita mula beraktiviti, walaupun kita hanya berjalan dalam rumah =)
Sekiranya anda ingin turunkan berat badan secara sihat dan lebih stabil, hubungi Zarith harini juga, Zarith akan bimbing anda sampai kurus, insha Allah =)
🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃
Zarith Sofia
914562
013-7510028
Leave a Reply