Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

August 14, 2016 by Ibu Zarith

Paste Halia Bantu Redakan Batuk Berkahak

Assalamualaikum wbt

Dah lama Zarith nak share petua ni, tapi cuba beberapa kali dulu nak tahu keberkesanannya. Seperti biasa, kita menggunakan alam semulajadi untuk membantu melegakan batuk berkahak.

Walaupun anda nak melakukan rawatan semulajadi, tapi pastikan anda berjumpa doktor untuk mengetahui keadaan sebenar anak anda. Sekiranya peparu anak anda ok, tiada masalah lain yang serius, anda boleh teruskan dengan merawat anak anda secara semulajadi.

Seperti yang kita tahu, halia ni sangat bagus untuk bantu mencairkan kahak serta bersifat anti radang. Madu pula bersifat antibakteria, antivirus dan antifungus yang dapat membantu meningkatkan imun sistem anak kita.

Oleh itu setiap kali Zuyyin dan Zayra batuk berkahak memang Zarith akan masakkan makanan yang kaya dengan halia, bawang dan bawang putih. Tidak lupa juga beri mereka minum air madu yang telah dicampurkan dengan lemon dan halia yang telah dihiris. Boleh rujuk kepada artikel Zarith “Cara Merawat Batuk Dan Selesema Anak Secara Semulajadi” untuk lebih banyak tips.

Selain merawat dari dalam, halia dan madu ni boleh dibuat paste dan ditampal pada bahagian dada anak-anak.

Bahan-bahannya:

  1. Sedikit tepung gandum
  2. Jus halia (halia yang ditumbuk/blend kering dan diperah amik airnya sahaja)
  3. Sedikit minyak kelapa dara (VCO)
  4. Madu
  5. Pelekat yang sesuai untuk kulit anak-anak

Lebihkan madu berbanding VCO untuk bagi ia melekat antara satu sama lain. Takde sukatan lengkap sebab main agak-agak je, macam kita nak masak gitu =p

Cara-caranya:

  1. Masukkan sedikit tepung dalam bekas bertutup
  2. Tambahkan jus halia, madu dan sedikit minyak kelapa dara.
  3. Gaul sehingga tak melekat pada tangan. Kalau terlalu keras boleh lebihkan madu tu.
  4. Bentukkan macam bola kecil agar mudah untuk kita penyekkan dan leperkan dikemudian hari :p
  5. Tampalkan pada bahagian dada anak kita semasa mereka tidur

Bebola halia ni boleh disimpan dalam bekas bertutup dan tahan selama seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. Sebelum guna boleh keluarkan awal sedikit agar tak sejuk sangat, dan boleh ditambah dengan madu jika agak kering.

Zarith selalunya akan letakkan paste halia ni pada bahagian dada Zuyyin dan Zayra masa mereka tidur, jadi takde la tangan mereka nak cabut pelekat ni. Pelekat ni boleh dibeli di farmasi berdekatan rumah anda.

Disebabkan ini adalah rawatan semulajadi, jangan pula disangka harini tampal, esok terus baik. Ia mengambil masa juga. Teruskan rawatan ini bersama dengan rawatan semulajadi yang lain ye.

Ambil juga makanan yang dapat tingkatkan imun sistem anak kita. Untuk Zuyyin dan Zayra, selalunya Zarith akan berikan Omega Guard yang dapat membantu mencairkan kahak, sedikit Nutriferon secara berkala serta lebihkan Chewable Vita-C untuk tingkatkan imun sistem mereka melawan penyakit. Nasib baiklah semua ni memang kegemaran Zuyyin dan Zayra jadi tak perlu risau =)

Tapi disebabkan Zarith masih menyusukan Zayra, maka Zarith pun kena makan Vitamin C, Garlic Complex, Pepperimint Ginger Plus dan Nutriferon pada dos istimewa dan Zayra akan dapat khasiatnya secara tidak langsung dari susu ibu.

img_2077

Teruskan berdoa dan jangan putus asa. Kerap lakukan steam dan percussion dan jaga pemakanan anak-anak anda ketika tak sihat dan semasa sihat juga =)

Semoga bermanfaat!

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Zarith Sofia

914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. qea ibrahim says

    August 15, 2016 at 08:00

    artikel yang sungguh bermanfaat 😍

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 21, 2016 at 08:34

      Semoga bermanfaat =)

      Reply
  2. Aya Chalo says

    June 13, 2017 at 12:18

    Bagus tips ni. Kalau kak selalu bagi minyak ikan, cepat juga kurang batuknya. 😀

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:30

      Itu sudah semestinya kak. Zarith berikan Omega Guard!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design