Tahun 2009 kami melawat negara idaman, Switzerland selepas tamat menduduki peperiksaan pada waktu tu. Biasala lepas abis exam kami semua akan keluar dari German, kengkononnya untuk melepaskan stress ☺️
Kami berpeluang menaiki train ke puncak tertinggi Europe, Jungfraujoch yang terletak di Banjaran Alps (ala yang ade gambar kat botol air mineral Spritzer tu 😆)
Pengalaman mendebarkan tau naik train ke puncak gunung. Rail dia bergerigi macam gear tu, saling mencangkuk 😅
Bila dah sampai, Masha Allah.. Pemandangan bak lukisan. Macam dalam studio. Udara segar, air jernih sampai ke dasar, aman dan damai. Bila minum air paip dia, memang lain sangat rasa. Sedap sangat! Memang lupa seketika tentang perkara lain dek kerana asyik dengan pemandangannya.
Balik dari bercuti, terus E-mail gambar pada ibu. Ibu seperti biasa, teruja dan happy tengok gambar.
Banyak kali ajak ibu dan ayah datang German pada waktu tu, tapi sebab ibu masih bekerja dan sangat committed dengan kerjanya, maka sampai tamat tempoh 4 tahun Zarith di sana, ibu tak berkesempatan nak datang.
Zarith memang teringin nak bawak ibu ayah makan angin di Europe terutamanya German dan Switzerland. Special tau dua negara ni.
Kalau nak bawak ibu dan ayah serta adik beradik Zuyyin Zayra, kene mula menabung dari sekarang 😊
Tiket naik ke puncak Jungfraujoch tu sahaja pada waktu itu €125. Itu belum termasuk kos makan, transportation, penginapan. Serba serbi mahal kat sana huhu. Dari sini nak ke sana pun tiket flight dah berapa 😂
Maka kene menabung bersungguh-sungguh. Berbisnes sampai berjaya 💪🏼
Semoga tahun 2018 dapat Zarith bawa mereka ke sana.
Jungfraujoch, mung tunggu aku datang 😂
🍃Shaklee Health Consulatant & Business Mentor🍃
Zarith Sofia
914562
013-7510028
tempat percutian idaman kak Ros juga ni.
Best kan kak ros hehe