Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

October 27, 2016 by Ibu Zarith

5 Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Anak Batuk Selesema

Assalamualaikum

Sekarang ni tengah musim batuk dan selesema kan? Ye la, cuaca tak menentu sekarang ni. Hujung minggu lepas Zuyyin dan Zayra mula batuk dan selesema. Semalam pula kami sekeluarga dah mula bercuti di Penang sampai hujung minggu. Jadi memang sangat perlu bawa sekali minyak bawang putih atau garlic oil untuk disapu pada dada, belakang badan, betis dan juga tapak kaki mereka secara kerap.

Untuk bawa berjalan, bekas yang paling Zarith gemari adalah bekas botol kecil mandian Hotel. Selain kecil dan mudah dibawa kemana sahaja, bekas ini dapat mengelakkan dari berlakunya tumpahan minyak dalam beg kita. Kalau dah tumpah tu faham-faham je la. Habis satu bag nanti bau bawang putih =pcara-buat-minyak-bawang-putih

Satu lagi tentang botol kecil ni, kalau kita nak guna senang sangat, hanya perlu letak di hujung jari dan sapukan pada bahagian yang perlu. Atau Zarith suka juga titiskan terus di dada atau belakang badan mereka dan sapukan rata. Memang senang sangat, tak comot-comot pun.

Ok, mungkin ada yang belum tahu tentang cara untuk buat minyak bawang putih ni. Jadi Zarith nak kongsikan cara Zarith buat minyak bawang putih ni agar tahan lebih lama.

5 Cara Mudah Buat Minyak Bawang Putih Agar Tahan Lama

  1. Ketuk (chopped) satu labu bawang putih dan sangai (goreng tanpa minyak) atas kuali dengan api yang kecil. Proses ini perlu betul-betul teliti kerana jika kita menggunakan api yang agak besar, bawang akan cepat masak tapi tak tahan lama. Maksudnya ia akan cepat berbau busuk dan berkulat. Bila masak dengan api kecil, minyak bawang putih ni boleh tahan sehingga 3-4 minggu.cara-buat-minyak-bawang-putih1
  2. Masukkan dalam satu bekas bertutup untuk disimpan baki selepas kita tuangkan dalam botol kecil nanti.cara-buat-minyak-bawang-putih2
  3. Tuangkan minyak zaitun atau minyak masak yang masih baru jika tiada minyak zaitun di rumah. Jangan pula ambil minyak yang dah digunakan untuk menggoreng ikan =pcara-buat-minyak-bawang-putih3
  4. Gunakan sudu (tangan pun boleh) untuk hancurkan sedikit bawang putih agar sebati dengan minyak. Biarkan seketika sehingga minyak zaitun bertukar bau bawang putih.cara-buat-minyak-bawang-putih4
  5. Bersihkan botol kecil dan masukkan beberapa ulas bawang putih sebelum tuangkan minyak zaitun secara perlahan-lahan ke dalam botol tersebut. Dan siap! Boleh dibawa ke mana sahaja yang disukai =)cara-buat-minyak-bawang-putih5

Walaupun minyak bawang putih ni tak tumpah, tapi Zarith suka ambil langkah berhati-hati dengan masukkan botol ni ke dalam plastik kecil sebelum dimasukkan ke dalam handbag.

Di samping sapu minyak bawang putih ni, setiap malam sebelum tidur Zarith akan berikan Zuyyin dan Zayra sebiji Omega Guard untuk mencairkan kahak. Alhamdulillah tidur mereka lebih lena dan tak terjaga akibat batuk.

Esok paginya Zarith akan berikan Chewable Vitamin C dan sedikit Nutriferon dan sebiji lagi Omega Guard.

Semoga anak ibu cepat sembuh =)

Oh dah siang ni, nak turun sarapan dan meronda Penang. Zarith, Zuyyin dan Zayra pertama kali datang Penang ni, jadi memang sangat teruja nak explore kawasan sini. Makanan pun sedap dan harga sangat berpatutan.

Harini hari ke-2 di sini. Semoga percutian kali ni memberikan kami pengalaman dan menambahkan memori indah buat Zuyyin dan Zayra =)

With Love

Ibu Zarith

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    October 27, 2016 at 16:13

    Selamat bercuti Zarith sekeluarga.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 22:30

      tengkiu kak ros =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design