Assalamualaikum
Masalah pedih ulu hati memang kerap melanda ibu hamil. Walaupun ianya adalah perkara biasa dan tidak memudaratkan namun ia boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada ibu. Pedih ulu hati atau dikenali sebagai heartburn ini adalah rasa angin yang berterusan dari tulang di bawah dada hingga ke bawah kerongkong.
Pedih ulu hati ni sebenarnya disebabkan oleh perubahan sesetengah hormon yang ada dalam badan kita serta perubahan fizikal. Plasenta mengeluarkan hormon progesteron yang mengendurkan otot lembut dalam rahim . Hormon progesteron ini juga mengendurkan injap yang memisahkan esophagus dari perut, membolehkan asid gastrik untuk naik ke atas, di mana ia boleh mengakibatkan rasa yang kurang menyenangkan. Esophagus ni adalah salur yang membawa makanan kita dari tekak ke perut.
Selain itu, hormon progesteron ini juga mengurangkan gelombang kontraksi esophagus dan usus perut, menjadikan proses penghadaman makanan menjadi lembap. Bayi kita yang semakin membesar juga akan memenuhkan rongga abdomen, menekan asid perut kembali ke esophagus, dan ini akan menyebabkan kita rasa pedih di bahagian dada.
Namun, masalah ini boleh dikurangkan dengan beberapa cara. Ibu-ibu yang yang mengalami masalah ini semasa hamil, boleh cuba amalkan
5 Cara Atasi Masalah Pedih Ulu Hati Ibu Mengandung
- Ambil sedikit masa semasa makan dan kunyah dengan betul sehingga hadam. Elakkan dari minum dalam kuantiti yang manyak semasa makan. Zarith lebih suka jarakkan masa antara makan dan minum tu sekurang-kurangnya setengah jam.
- Jangan membongkok atau baring semasa makan. Duduk dalam posisi tegak sehingga sekurang-kurangnya setengah jam.
- Elakkan dari memakai pakaian wanita mengandung yang ketat.
- Elakkan dari makan makanan dalam kuantiti yang banyak terutamanya makanan yang pedas dan berminyak. Amalkan pemakanan yang kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
- Sekiranya ia kerap berlaku pada waktu malam, amalkan minum segelas air suam sebelum tidur.
Ada juga sahabat Zarith yang mengalami masalah pedih ulu hati ni dari awal kehamilan sehinggalah akhir kehamilan. Kesian, nak tidur pun tak lena.
Semoga dengan perkongsian Zarith ini dapat membantu sedikit sebanyak =)
Semoga Bermanfaat =)
With Love
Ibu Zarith
riangria says
ibu mengandung perlu menitik beratkan penjagaa kesihatan.. agar bayi n ibu selmat..
Ibu Zarith says
Betul =)