Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

October 13, 2016 by Ibu Zarith

7 Rawatan Semulajadi Untuk Hilangkan Jeragat Degil

Assalamualaikum

Kesian ibu Zarith, bila jumpa je ibu, Zarith tengok jeragat ibu tidak kurang, malah semakin membesar. Kulit ibu cerah, jadi memang sangat ketara masalah jeragat yang ibu hadapi. Padahal, waktu muda, kulit ibu sangat cantik, flawless gitu. Jadi haritu, bila balik kampung, Zarith carikan beberapa petua untuk ibu amalkan agar jeragatnya berkurangan.

Zarith nak share juga kepada sesiapa lagi yang menghadapi masalah yang sama dengan ibu dengan harapan jeragat yang dihadapi semakin berkurangan bila anda amalkannya.

Cara Untuk Hilangkan Jeragat Degil Dengan Cepatrawatan-semulajadi-jeragat-degil

  1. Lemonlemon-png
    • Zarith sangat suka lemon, memang tak pernah tiada dalam peti sejuk di rumah ni. Selain bagus untuk rawatan demam, batuk dan selesema, ia sangat bagus untuk kulit kita.
    • Selain tinggi Vitamin C, lemon mengandungi asid citric yang membantu melunturkan kulit yang tidak sihat. Ini menjadikan lemon sangat mujarab sebagai ‘agen peluntur’ kulit.
    • Caranya:
      • Perahkan lemon untuk mendapatkan jusnya dan gosok pada kulit dengan menggunakan bebola kapas. BIarkan 5-10 minit sebelum dibilas dengan air.
      • Lakukan 2 kali sehari selama beberapa bulan dan anda pasti teruja dengan hasilnya.
      • Atau anda boleh juga manjakan diri dengan membuat mask sendiri. Campurkan jus perahan lemon dengan madu pada kadar yang sama banyak dan sebatikan.
      • Sapukan pada bahagian yang berjeragat. Tutup muka dengan tuala suam selama 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan seminggu sekali utuk beberapa bulan
  2. Ubi Kentang mentahpotato
    • Ha, jangan tak percaya yang kentang sebenarnya sangat banyak kegunaan dalam bidang kecantikan ni. Ia sangat mujarab dalam membantu memudarkan jeragat serta bintik-bintik hitam dan ruam yang ada dimuka kita ni.
    • Kentang mengandungi catecholase, iaitu enzim yang dipercayai dapat membantu mengatasi masalah kulit.
    • Caranya:
      • Kupas kentang dan potong kepada beberapa bahagian yang agak tebal. Letakkan beberapa titis air pada permukaan kentang dan gosokkan pada kulit muka selama 5-10 minit.
      • Bilas dengan air suam.
      • Lakukan 3-4 kali sehari selama seminggu.
      • Anda boleh juga parut sebiji kentang bersaiz sederhana dan perahkan jusnya. Tambahkan jus lemon yang sama kadar dengan jus kentang tadi, sebatikan.
      • Sapu pada bahagian yang berjeragat tadi dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas. Lakukan dua kali sehari untuk sebulan
  3. Betik
    • Betik ni mengandungi sejenis enzim yang dikenali sebagai papain.
    • Papain dikenali sebagai agen pengelupasan kulit mati yang sangat berkesan dan memberikan ruang untuk kulit kita menghasilkan sel yang lebih sihat tanpa sebarang cela.
    • Ia juga membantu anda yang mempunyai masalah kulit kering dan menjadikan kulit begitu lembut dan halus.
    • Ia juga mengandungi phyto-nutrient dan antioksidan yang boleh menjadikan kulit kita kelihatan muda dan berseri-seri.
    • Caranya:
      • Campurkan betik yang telah dikisar dalam 2 sudu besar ddengan 1 sudu besar gel lidah buaya, 1 sudu besar madu dan 1 sudu besar susu
      • Sapukan pada kulit yang ada masalah jeragat tagi dan biarkan selama 20-30 minit sebelum dibilas dengan air suam.
      • Lakukan setiap hari
  4. Cuka Epal Oganik
    • Cuka epal memang sangat terkenal dengan khasiatnya yang sungguh luar biasa. Rumah Zarith pun memang takkan putus bekalan cuka epal ni.
    • Ia sangat bagus untuk mengurangkan kesan jeragat dan bertindak sebagai pencerah kulit semulajadi dan menjadikan tona kulit lebih sekata.
    • Caranya:
      • Campurkan cuka epal dengan air suam pada kadar yang sama. Contohnya setengah cawan cuka epal dicampurkan dengan setengah cawan air suam.
      • Gunakan campuran ini untuk membilas kawasan yang ada jeragat. Biarkan selama 2-3minit sebelum dibilas dengan air suam.
      • Lakukan sehari 2 kali untuk beberapa minggu
      • Atau boleh juga tambahkan 2 sudu kecil cuka epal ke dalam setengah cawan air suam. Kemudian campurkan 1 sudu kecil madu. Amalkan minum campuran ini sehari dua kali, pagi dan malam untuk beberapa minggu
  5. Jambu Batu dan Pisangguava
    • Kedua-dua buah-buahan ini memang kegemaran Zarith. Kalau balik kampung memang ayah bekalkan untuk bawak balik USJ ni, pokok sendiri ayah tanam=)
    • Kandungan lycopene yang ada dalam jambu batu menjadikan ianya sangat hebat dalam membantu anda yang menghadapi masalah kulit sunburn akibat panas matahari dan juga masalah jeragat
    • Manakala pisang sangat membantu dalam pengelupasan kulit mati dan mencerahkan bahagian yang berjeragat.
    • Campurkan hampas pisang dan jambu batu dan sapukan pada kulit muka. Biarkan sehingga 15-20 minit. Lakukan setiap hari
  6. Vitamin E
    • Vitamin E sering dikaitkan sebagai Vitamin kecantikan. Dengan sifat tinggi antioksidannya, ia membantu meneutralkan kesan bahaya sinar UV daripada matahari, serta melindungi dan memperbaiki kulit kita
    • Caranya:
      • Cucuk dan picit 2-3 kapsul Vitamin E dan letakkan pada satu mangkuk kecil. Campurkan denga 2-3 titis minyak castor dan sebatikan. Sapukan pada kawasan muka yang berjeragat sebelum tidur, biarkan semalaman. Bangun pagi tu, boleh bilas dengan air suam.
      • Amalkan setiap hari untuk 2-3 minggu
  7. Resveratrolmuscadine-grapes
    • Ada beberapa tumbuhan semulajadi yang Allah ciptakan mengandungi kandungan Resveratrol yang sungguh tinggi dan dapat membantu masalah jeragat dan juga masalah kulit yang lain. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu menjadikan kulit lebih sihat dan lebih muda dari usianya. Contohnya anggur muscadine
    • Resveratrol menghalang tyrosinase enzim dari berfungsi. Enzim ini yang menyebabkan kulit menghasilkan sel jeragat dengan giat sekali apabila terdedah kepada sinaran UV.
    • Jadi dengan pengambilan resveratrol dapat membantu kulit kita lebih cantik dan tiada cacat cela =)

Jeragat ni terbentuk bukan sehari dua, ia terhasil dari satu tompok kecik yang mungkin tidak kita sedari. Oleh itu, elakkan diri dari terdedah kepada sinaran UV secara kerap dan pendedahan terhadap haba secara terus. Kita memasak pun boleh sebabkan terhasilnya jeragat jika terdedah dengan haba pada masa yang lama.

Zarith harap dengan perkongsian ini dapat membantu sesiapa yang dah lama terbelenggu dengan masalah jeragat ini. Semoga bermanfaat =)

Love

Ibu Zarith

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. NOOR SYUHADA says

    October 13, 2016 at 14:36

    Bagusnya perkongsian nie…

    Tak pernah tahu yang pisang dan jambu batu boleh hilangkan jeragat..:)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 13, 2016 at 19:07

      Kan syu, Zarith pun baru tau juga ni hehe

      Reply
  2. Joe labu says

    October 13, 2016 at 18:57

    Powrr tips nombor 7 , saya biasa ambil resveratrol amerika punya

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 13, 2016 at 19:06

      Sama la kita Joe labu =)

      Reply
  3. Fida says

    July 6, 2017 at 12:50

    Blurr sgt nga mslh jragat. Nk cuba ptua yg ibu zarith share neh..tq

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2017 at 23:05

      Semoga berjaya =)

      Reply
  4. Farha says

    May 20, 2018 at 09:10

    Maaf nk bertanya, hampas pisang tu camna ya..mcm2 produk pakai tp msh degil jragat ni

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 25, 2018 at 23:07

      pisang yang dah dilenyek tu =)

      Reply
  5. mas says

    June 8, 2018 at 10:29

    lemon tu 2 kali sehari setiap hari ke

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 10, 2018 at 10:56

      Boleh =)

      Reply
  6. su says

    October 14, 2018 at 14:54

    tips no 7 tu memang diamalkan dah. best..sedap pulak tu

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 23, 2019 at 23:04

      Hehehe..Best kan kak =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design