Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

January 20, 2017 by Ibu Zarith

7 Tips Awet Muda Secara Semulajadi Yang Mudah Diamalkan

Assalamualaikum wbt

Sekarang ni semua orang nak berselindung disebalik usia. Kalau umur dah 40-an tapi orang teka masih 20-an, tersenyum simpul sampai ke malam la kita, kan.

Tapi bila usia masih 20-an tapi ada yang ingat kita dah pertengahan 30-an, memang agak mengecewakan, walaupun kat mulut kita cakap “eh takde apa la, saya tak kisah pun, memang dah biasa orang cakap macam tu” tapi balik rumah tu dok belek muka kat cermin, tang mana la nampak tua ni.

Walaupun usia kita baru 17 tahun, tapi tak mustahil usia tubuh badan kita lebih dari itu. Banyak faktor yang boleh menyebabkan itu terjadi, diantaranya adalah faktor pemakanan, persekitaran yang terdedah kepada cahaya dan haba serta pencemaran dan pelbagai faktor lagi.

Namun, jangan bimbang. Sebenarnya ada beberapa cara awet muda yang mudah untuk kita amalkan agar nampak muda sentiasa. Macam artis terkenal Ayu Raudhah, suka Zarith tengok beliau. Kekal ayu dan cantik walaupun dah beranak-pinak =) Eh, tapi semua tips di bawah ni bukan dari Ayu tau, gambar sekadar hiasan je hehe

tips_awet_muda

7 Cara Kekal Muda

  1. Minyak Bijan
    • Setiap pagi, urutkan seluruh badan dengan minyak bijan organik. Ia membantu melancarkan peredaran darah kita dan minyak itu juga membantu melembabkan kulit kita. Lepas tu boleh mandi dan bilas dengan air suam, sel kulit mati kita akan pergi bersama-sama minyak dan air suam tu
  2. Minyak ikan
    • Makanan anti-radang adalah salah satu makanan yang kaya dengan khasiat awet muda. Amalkan pengambilan asid lemak Omega-3 setiap hari untuk kekal muda menawan. Tugasnya meliputi kesihatan jantung dan menguatkan imun sistem kita sehinggalah kepada kecantikan rambut dan kulit.
  3. Jangan ambil gula putih
    • Perkara paling utama yang perlu kita elakkan adalah pengambilan gula terproses contohnya gula putih. Ini kerana ia akan mempercepatkan proses penuaan kita dengan bergabung bersama kolagen yang ada pada kulit dan menyebabkan kulit kita kehilangan kolagen, seterusnya menyebabkan ia berkedut dan nampak lebih tua dari usia.
  4. Madu
    • Madu adalah pelembab semulajadi yang terbaik. Sapukan madu pada seluruh kulit muka dan biarkan selama 15-20 minit setiap hari untuk melembabkan wajah dan menghilangkan kedutan halus yang ada pada wajah
  5. Telur
    • Telur mengandungi element yang kaya dengan anti penuaan seperti asid lemak Omega-3, protin, zink dan telur kuning juga mengandungi agen anti penuaan istimewa yang dipanggil biotin.
    • Biotin membantu penghasilan lemak yang ada dalam badan dan memperbaiki kerosakan pada kulit dan seterusnya mengelakkan penghasilan kedut pada kulit. Telur juga diketahui sebagai penegang kulit, sebab tu ramai antara kita yang amalkan membuat topeng muka dengan telur ni
  6. Santan Kelapa
    • Kelapa memang sangat banyak khasiatnya terutama dalam bidang kecantikan. Ia mengandungi sifat antioksidan dan anti radang yang mana dua sifat ini sangat penting untuk menghalang penghasilan kedut pada wajah.
  7. Resveratrol dan Polifenol
    • Kajian mendapati penuaan bermula dari sel kita. Kesihatan sel boleh dilihat dari penampilan dan juga bagaimana kita rasa, namun sel kita sering mengalami kerosakan akibat daripada terdedah kepada radikal bebas.
    • Radikal bebas boleh merosakkan komponen sel seperti DNA dan merangsang keradangan, lantas menjurus kepada penuaan sel.
    • Resveratrol dan polifenol menunjukkan kemampuannya dalam menentang radikal bebas seterusnya menentang proses penuaan dari peringkat sel lagi. Kajian makmal turut menyarankan bahawa polyphenol yang dihasilkan dari campuran anggur muscadine, polygonum cuspidatum, lobak ungu dan elderberry Eropah mampu:
      • membantu sel kita untuk melindungi serta memperbaiki DNA dan menentang radikal bebas
      • memperlahankan pembentukan protin perosak AGE yang mendorong kepada penuaan sel.
      • Membantu merangsang kesihatan telomere yang melindungi kromosom
    • Penuaan sememangnya tidak dapat dielakkan, namun pilihan harian kita dalam menjaga kesihatan mampu untuk memperlahankan proses penuaan dan meningkatkan kemungkinan untuk kita menikmati kehidupan yang lebih panjang, gembira serta lebih sihat.

Jika anda ingin TAMPAK MUDA, RASA MUDA dengan lebih lama, amalkan Vivix yang kaya dengan Resveratrol dan Polifenol.Vivix_anti_aging

Vivix adalah perkembangan revolusi dari Shaklee yang kaya dengan polifenol yang terdiri dari kumpulan phytochemical berasaskan tumbuhan membantu dalam menjaga kesihatan kita.

Ramuan dalam Vivix adalah sepenuhnya semulajadi dan telah dikaji secara klinikal. Ia diperkaya dengan Kuasa Alam dan diperhebat dengan Sains.

Jom tengok kakak yang sebaya dengan ibu kita, tapi masih kekal cantik macam seusia kita pula =)

rahsia_awet_muda1

Dan yang bestnya, bulan ini ada PROMOSI VIVIX Shaklee ni. Harga sebotol Vivix adalah RM 475. Namun, pada bulan ini, anda akan dapat penjimatan berganda dengan pembelian Vivix ini. Dapat PERCUMA Keahlian, PERCUMA Postage ke Seluruh Malaysia, dapat Harga Vivix yang lebih murah, lepas tu siap dapat cash back bonus lagi bulan depan.

Nak tahu caranya? Cepat hubungi Zarith Sofia sekarang juga sebelum PROMOSI tamat =)

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Zarith Sofia

914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. puan pv says

    January 20, 2017 at 09:19

    Thanks 4 sharing 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 20, 2017 at 23:11

      Semoga bermanfaat =)

      Reply
  2. nohas says

    January 20, 2017 at 13:39

    best kalau takde penyakit…awet muda is a bonus..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 20, 2017 at 23:11

      Kan.. Semoga kita semua sihat walafiat =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design