Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

January 24, 2017 by Ibu Zarith

Bahayakah Makan Buah Nanas Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum wbt

Bila kita hamil, perkara yang perlu kita jaga adalah pemakanan kita, kerana apa yang kita makan, bayi kita akan dapat juga tempiasnya. Buah-buahan dan sayur-sayuran sangat elok dibanyakkan apabila kita hamil, namun, ada satu jenis buah ni yang memang menjadi kontroversi, iaitu nanas.

Ramai yang kata kita tak boleh nak makan nanas sepanjang tempoh kehamilan, kerana ianya tajam dan boleh menyebabkan keguguran atau mendorong kepada kelahiran awal bayi. Benarkah nanas ini bahaya? Adakah bukti saintifik mengenainya?

Macam mana pula kalau ada ibu yang benar-benar mengidam dan teringin nak makan nanas? Atau morning sickness yang tak boleh makan makanan lain kecuali nanas?bahayakah_nanas_semasa_hamil

Khasiat yang ada pada buah nanas

Secawan nanas membekalkan 100% kandungan Vitamin C yang diperlukan oleh badan kita seharian. Selain itu ia juga mengandungi:

  • Folate
  • Iron
  • Magnesium
  • Copper
  • Vitamin B6

Nutrisi ini sangat penting untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan dan juga kesihatan kita sendiri.

Risiko mengambil nanas semasa hamil

Pengambilan nanas mungkin tidak akan menyebabkan keguguran atau menyebabkan kelahiran bayi awal, namun pengambilan yang banyak akan menyebabkan ketidakselesaan kepada si ibu.

Asid yang ada pada nanas boleh menyebabkan kepedihan ulu hati atau reflux. Jadi, ibu yang mempunyai masalah perut sensitif perlu lebih berhati-hati. Ambillah secara bersederhana. Jangan sampai memudaratkan diri pula.

Jika anda mengalami masalah elegik seperti ini selepas mengambil nanas, segera berjumpa dengan doktor ye:

  • gatal atau bengkak pada mulut
  • kesan pada kulit (gatal dan sebagainya)
  • asma
  • selesema

Reaksi elegik ini selalunya akan berlaku dalam beberapa minit selepas anda mengambil nanas. Selalunya orang yang elegik dengan buah nanas ini juga mengalami elegik kepada pollen dan latex.

Bagaimanakah yang dikatakan nanas boleh menyebabkan keguguran atau melahirkan bayi awal daripada tempoh sebenar?

Nanas mengandungi bromelain. Tablet bromelain tidak digalakkan diambil semasa hamil kerana ia boleh menyebabkan pemecahan protein dalam badan dan menyebabkan pendarahan.

Tetapi kandungan bromelain yang ada dalam nanas tidak seperti itu. Malah, untuk mendapat kesan yang sama seperti tablet bromelain dengan hanya mengambil nanas, anda perlukan sehingga 7 ke 10 biji nanas pada satu-satu masa. Banyak tu! Nak makan sebiji pun kadang terkulat lidas =p

Kesimpulannya

Pengambilan nanas pada kadar biasa tidak akan membahayakan kandungan. Bersederhanalah dalam setiap perkara, termasuklah dalam pemilihan makanan.

Sekiranya anda masih ragu-ragu nak mengambil nanas tapi masih nak makan nanas, berjumpalah dengan doktor dan dapatkan nasihat mereka.

Semoga bermanfaat!

Oh ya, jika ingin dapatkan Set Berpantang Premium agar badan tidak seram sejuk dan sembelit selepas melahirkan bayi, hubungi Zarith 013-7510028 ya =)

With Love

Ibu Zarith

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. ChikTie says

    January 24, 2017 at 10:03

    Biasa dengar orang orang tua tak bagi makan nenas. Macam yati sebab memang jarang makan nenas, sebab lepas makan nanti tak selesa perut.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 25, 2017 at 16:21

      Oh kalau tak selesa perut baik elakkan, kan =)

      Reply
  2. mis diarios says

    January 24, 2017 at 16:26

    nenas madu sedap..tapi bila makan banyak2 berlidas lidah 😀

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 25, 2017 at 16:20

      Nenas yenki pun sedap, empulur dia lembut dan tak lidas =)

      Reply
  3. ajumohit says

    January 25, 2017 at 08:42

    alhamdulillah sepanjang mengandung ke 5 anak saya ni memang boleh lagi makan nenas ni, tapi beragak2 jugalah dan nenas puka yang betul2 masak

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 25, 2017 at 16:19

      Betul, kena bersederhana kan. Tahniah ye hamil =)

      Reply
  4. Yana Yani says

    January 31, 2017 at 16:01

    saya masa mengandung anak nombor dua, gila dengan nanas.
    suami saya tak bagi makan. tapi saya curi2 makan
    rasa sedap sangat! haha
    time tu tak piker, tajam ke apa. tau sedap aje

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 31, 2017 at 21:19

      ahahhaa…tau sedap je kan. puas hati bila dapat makan ek =p

      Reply
  5. Ayu says

    February 16, 2017 at 17:46

    Saya auka nenas.. Apa2 jenis nenas pon, semua sental jewww hihi

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2017 at 02:08

      Amboi hehe

      Reply
  6. Farah says

    July 16, 2018 at 13:23

    Selepas mengalami keguguran ni sebab makan nenas . Boleh ke seyaa mengandung lagi ?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 17, 2018 at 01:04

      Sorry for that. Insha Allah puan, semuanya dengan izin Allah. Puan elakkan mengambil nanas pada awal kehamilan ye.

      Reply
  7. Norhaslin says

    June 22, 2019 at 15:34

    Pada kehamilan ke 37 minggu boleh ke saya memakan nenas puan?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 23, 2019 at 22:59

      Boleh tapi berpadalah ya =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design