Assalamualaikum wbt
Masa dapat tiket untuk terbang ke Rosenheim, sebuah pekan kecil di selatan Bavaria, Germany, tak pernah terbayang macam mana kehidupan yang akan ditempuhi tanpa keluarga. First time dapat naik kapal terbang, nervous bukan main 😅
Nasib baik la duduk sebelah sahabat yang baik hati, Firdaus Said yang tolong ajar macam mana nak tengok tv dalam flight MAS waktu tu. Hihi. 12 jam direct flight. Kematu punggung.
Hari pertama bulan puasa, kami niat dalam flight lepas dengar pengumuman berpuasa oleh kapten kot waktu tu.
Bila dah hidup di german, kena buat serba serbi sendiri. Masak dah memang la kena gugel sendiri. Dari tak reti masak sampai pandai buat kuih muih, kek, rendang dan sebagainya 😂
Untuk beli groceries pula, waktu beli ayam 10kg angkat berdua dengan osmate Ezatul Hamsiah Makrof naik bus lepas balik kelas ke kedai turki. Beli ayam terus byk sebab murah sikit berbanding sekilo-sekilo. Kena jimat kan, student.
Kadang tu lupa bawak beg plastik sendiri, sebab nak jimat taknak bayar duit plastik 25sen (euro) kami sanggup menapak dari Supermarket sambil peluk barang belian..beli bawang berkilo, telur, tepung dan sebagainya.
Waktu tu memang malu tolak tepi, tapi malu jugak sebenarnya 😂 nasib la orang german ni cool, takde la pandang kami pelik ke ape. Memang kami dapat rasa perasaan pendatang asing yang ada kat Malaysia ni, pada waktu tu 😅
Duit scholar kami, selain hantar balik ke Malaysia, kami simpan untuk pergi holiday lepas tensi setiap kali cuti pendek 4-5 hari gitu.
Nampak macam seronok je duduk di obesi tapi pahit maungnya memang mematangkan kita. Jauh dari yang dapat kita bayangkan. Nampak dalam gambar indah-indah semua kan 😊
Macam tu la kehidupan kita, ada suatu masa kita sedih, susah, sukar, berduka, tapi masa tu tak panjang. Just keep on going, keep on praying, stay strong, insha Allah semuanya akan berjalan lancar 😊
Dan bila dah lepas fasa susah tu, kita akan jadi lebih baik dan lebih kuat dari sebelumnya 😍
With Love
Ibu Zarith
wow. so inspiring.
saya tak penah sekali pun naik kapal terbang
dapat tawaran belajar kat Ireland pun tolak sebab takde duit. huhu
tapi betul, bila kita dah merasa susah, kita akan jadi lebih kuat
Betul. bila kita susah, dah dapat kesenangan rasa manis sgt