Assalamualaikum wbt
Sebenarnya rindu sangat dengan rumah sendiri di Pasir Gudang, kami beli tahun 2013 dulu, namun hidup perlu diteruskan. Kini kami menyewa pula di USJ nan permai itu. Move on, Zarith.. Move on! Hehe
Oh ye iklan kejap, siapa yang tengah mencari rumah sewa sekitar Pasir Gudang, boleh la hubungi kami ye, fully furnished gitu. Bulan 3 ni penyewa dah nak pindah ke rumah baru mereka
Sebenarnya memang lebih berbaloi jika kita ada rumah sendiri ni berbanding menyewa. Tapi kalau tak dapat nak elak, atau ada sebab tertentu kenapa kita masih menyewa, apa boleh buat kan.
Macam kami sendiri pun, walaupun dah ada rumah sendiri tapi terpaksa juga menyewa sementara ni. Insha Allah kalau dah rasa yakin nak menetap situ sampai beberapa tahun akan datang, kami akan fikirkan untuk beli di kawasan tersebut jika ada rezeki =)
Rumah sekarang pun saban hari bukan main lagi harganya. Semakin mahal kan. Memang kena bijak menabung dari sekarang =)
Love
Ibu Zarith
Leave a Reply