Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah harini 17 Januari 2017 Mr. Hubby sambut hari lahir ke-32. One year older and one old wiser =)
Tiada celebration pada hari jadi kerana beliau menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja berwibawa di Sabah sekarang ni hihi..Tahun lepas pun sama, sambut hari jadi di sana je. Tapi tahun lepas sempat juga buatkan carrot cake, tahun ni tunggu weekend ni, baru la Zarith nak buat sikit makan-makan, masak sikit-sikit la yang special =)
Tadi Zuyyin Zayra nak facetime, tapi ayahnya berada di kawasan pedalaman pula, maka Zuyyin dan Zayra dengan gembira merekodkan nyanyian lagu ‘Happy Birthday’ dan ‘Allah selamatkan kamu’ buat ayah yang mereka kasihi. Comel pula tengok gelagat anak sendiri dalam Video hehe..
Tapi malam ni harap dapat Facetime dengan ayah mereka yang satu ni, buat penghilang rindu. Bukan anak-anak je rindu, ibu anak pun rindu jua hehe..
Bleib wie du bist, wir lieben dich =)
Happy belated birthday!
Hehe thanks kak farah =)