Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah malam semalam tepat jam 12.47 malam waktu Malaysia, Zarith selamat melahirkan seorang lagi serikandi, sebagai kawan masak-masak Zuyyin dan Zayra hehe.
Sebenarnya baby girl yang sorang ni dijangka melihat dunia hampir dengan birthday ibu dia ni, 14 May 2017 tapi genap 38 minggu semalam, 29 April 2017 dia pun tak sabar-sabar nak melihat dunia.
Alhamdulillah baby girl yang sihat ni lahir dengan berat 3.22kg secara normal di Hospital Seremban. Sempat juga kami menempuh jem malam tadi akibat cuti panjang 1 May nanti.
Sampai seremban hampir 9 malam, pergi hospital selepas tidurkan Zuyyin dan Zayra. Sampai hospital pukul 11.40 malam, 12.47am tu dah lahir dah. Was such an easy delivery Alhamdulillah 🙂
Keluar dari labour room, terus ambil ESP lagi sekali (sebelum keluar rumah nak pergi hospital dah minum segelas ESP) dan juga Vitalea, B-complex dan Vitamin C. Alhamdulillah segar je badan rasa. Energetic gitu
Pagi tadi doktor cek ibu dan baby sihat, jadi lepas lunch dah boleh balik. Sampai je rumah dalam kol 2.45 petang tu Zuyyin dan Zayra punya eksaited sampai taknak berenggang dengan baby.
Semoga jadi anak solehah dan menjadi saham untuk ibu dan ayah di sana nanti ye sayang.
Ibu, Ayah, Kakak Zuyyin dan Kakak Zayra love u so much 🙂
With Love
Ibu
Masliani Hj Abdul says
Tahniah zarith. Semoga dirahmati dan dilindungi olehNya. 😍
Ibu Zarith says
Terima kasih Mas =) Amin atas doanya
Ros says
Tahniah zarith sekeluarga.
Ibu Zarith says
Terima kasih kak ros =)