Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

May 6, 2017 by Ibu Zarith

Bersalin Anak Ke-3 Lebih Sihat Dan Bertenaga Dengan Set Berpantang Premium Dan Vivix

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah memang sangat ketara perbezaan yang Zarith rasakan bila berpantang anak ke-3 ni dengan pengambilan Set Berpantang Premium dan Vivix. Sama la macam yang dialami oleh Pn. Nor Shahizan Rahimi ni. Jom kita baca perkongsian beliau

Pengalaman Terindah Berpantang Dengan Set Berpantang Premium Dan Vivix Shaklee

Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nor Shahizan Rahimi Bt. Mohd Saad lebih senang dengan panggilan Yan. Sedikit perkongsian yang bakal di terjemahkan dalam sebuah penulisan ini bukanlah satu omongan kosong tapi satu perkongsian yang memberi manfaat extra pada diri saya. Syukur Alhamdulillah saya diberi kesihatan yang baik. Sejak lahir saya jarang sakit. Mungkin itu salah satu sebab mengapa saya kurang kesedaran untuk mengambil sebarang vitamin secara rutin. Suka-suka ambil. Terlupa, maka jadilah vitamin itu bagai tukun tiruan. Lebih menyedihkan apabila “tukun tiruan” luput tarikh begitu sahaja.

Shaklee bukanlah satu jenama asing bagi saya kerana saya sering terbaca tentang kebaikan-kebaikan setiap vitaminnya. Dek kerana tabiat yang tidak disiplin untuk mengamalkan vitamin maka segala kebaikan itu bagai angin lalu. Namun, masa berganjak dan usia juga meningkat seiring masa. Mengandung anak pertama bagaikan satu rahmat buat saya dan bermulalah episod merasai sakit dalam hidup saya.

Jika dulu saya tidak mengenal jarum suntikan, vitamin sudahlah tentu tidak menjadi rakan tapi semasa mengandung anak pertama segalanya berubah. Saya mengalami morning sickness yang teruk, HB rendah dan disahkan diabetik. Teringat tentang Shaklee, saya pun mendapatkan Set Hamil. Sungguh bagai dikata tabiat manusia memang sukar di ubah. Sedar tanpa insaf tidak akan membawa kita kemana-mana. Set hamil menjadi “tukun”. Perkara yang sama berulang semasa hamil anak kedua. Saya hanya membeli dan mengambil vitamin Shaklee berdasarkan pembacaan semata-mata. Sifat acuh tak acuh terhadap pengambilan vitamin masih menebal.

Sehinggalah hamil anak ketiga, sifat sambil lewa berkaitan pengambilan vitamin masih ada. Hamil kali ketiga tidak terlalu mengganggu rutin harian namun pada trimester ketiga saya mudah merasa mengah. Apabila berada di akhir kehamilan saya melihat entry seorang SID yang juga teman lama seuniversiti berkaitan Shaklee. Saya mula menghubunginya. Perbualan kami lebih mudah kerana kami saling mengenali. Setelah diterangkan pelbagai manfaat saya mendaftar sebagai ahli dan membeli vitamin untuk keperluan ibu saya yang mengidap diabetis dan Set Berpantang Shaklee yang akan saya gunakan semasa tempoh berpantang.

Teman Shaklee saya ada menyatakan bahawa saya sebenarnya saya sudah boleh mula mengambil sebahagian daripada vitamin dalam set berpantang yang saya beli itu semasa mengandung. Saya di beri panduan dan cara yang betul untuk mengambil setiap vitamin dan memang tidak dinafikan di akhir-akhir kehamilan saya masih bertenaga untuk menaiki bangunan 3 tingkat untuk ke kelas kerana kerjaya sebagai seorang guru.

Vitamin yang sepatutnya saya makan semasa berpantang sudah mulai surut kerana saya mula mengambilnya sebelum tempoh berpantang. Maka saya putuskan untuk mengambil set berpantang premium dan berkenalan dengan VIVIX. Teman Shaklee saya berpesan agar VIVIX hanya boleh diambil selepas bersalin.

Hari yang ditunggu pun tiba. 7 September 2016 saya telah melahirkan bayi lelaki. Syukur, letih melahirkan kali ini kurang terasa. Syukur dengan izin-Nya pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten sebelum proses melahirkan memberikan impak positif kepada diri saya. Selesai melahirkan saya tidak merasa lesu malah merasa bosan untuk berbaring semata-mata. Saya mula bergerak ke tandas sendiri untuk membersihkan diri tanpa rasa pening.

Selesai membersihkan diri, saya sudah mampu tunduk untuk mengenakan stokin pada kaki. Pergerakan terasa tidak terbatas dan bertenaga. Cukup berbeza pengalaman kali ini berbanding pengalaman bersalin anak pertama dan kedua. Dulu, usai bersalin saya perlu di papah untuk ke bilik air kerana bimbang saya akan pitam kerana tekanan darah sangat rendah.

Setelah dibenarkan pulang ke rumah, saya melalui saat berpantang yang sangat “heaven”. Badan terasa cergas dengan penambahan VIVIX dalam rutin pemakanan sihat setiap hari. Dengan VIVIX sememangnya luka dan bengkak cepat sembuh. Pada kebiasaannya pada minggu pertama berpantang saya akan merasa seperti ada ketulan yang akan bergerak-gerak di dalam perut. Kata orang-orang tua “batu meroyan belum kecut”. Tapi kali ini, rasa itu tiada dengan pengambilan VIVIX.

Anak kampung seperti saya masih lagi mengamalkan urutan selepas bersalin. Dek kerana saya melahirkan pada saat orang lain hendak menyambut Aidiladha maka proses berurut agak lambat. Minggu kedua saya didatangi bidan kampung yang sering mengurut orang-orang bersalin. Melihat pergerakan saya yang agak lincah beliau bertanya “hang ni dah berapa hari sebenaqnya, mak hang kata baru masuk dua minggu tapi aku tengok macam orang dah sebulan”.

Hakikatnya memang baru masuk minggu kedua. Saya hanya tersenyum dan mengucap syukur dalam hati kerana diberi kesihatan yang baik dengan ikhtiar ber’Shaklee’. Sekali lagi saya mendapat soalan cepu emas “hang bertungku sehari berapa kali ni….ka memang pesen badan hang tak masuk angin”. Biasa la mak-mak bidan orang Kedah memang kuat berbual. Sekali lagi saya hanya tersenyum.

Di akhir proses berurut mak bidan teringin sangat nak tau jenis ubat yang saya ambil semasa berpantang kali ini. Saya pun menunjukkan barisan vitamin Shaklee dan tidak terkecuali VIVIX. Mak bidan pun berpesan…. “hang jangan tukaq-tukaq dah ‘ubat’ kalau beranak lagi sebab aku tengok hang kemaih beranak kali ni” (kemaih dalam loqhat kedah merujuk kepada orang yang sedang berpantang bermaksud sangat bertenaga).

Selain manfaat kesihatan tubuh badan sendiri, Alhamdulillah bayi saya juga mendapat tempias kebaikannya. Susu badan sangat meriah. Bayi lelaki memang kuat menyusu. Alhamdulillah susu badan cukup untuk menampung keperluan anak kecil itu. Saat saya menulis kisah ini saya sebenarnya mulai runsing dalam kesyukuran kerana bahagian peti sejuk beku sudah hampir penuh dan sedang memikirkan kaedah terbaik untuk membawa stok susu tersebut pulang ke tempat mencari rezeki selepas tamat tempoh berpantang nanti.

VIVIX dan barisan vitamin lain dalam Shaklee telah mengubah persepsi saya dalam rutin pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang betul dengan cara yang betul akan memberi kesan terbaik kepada diri seseorang individu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mendorong hati ini mencari yang terbaik.

Terima kasih sahabat Shaklee yang sudi berkongsi ilmu dan manfaat Shaklee. Semoga dengan kebaikan yang ada pada produk terbaik ini membuka mata semua orang tentang kepentingan hidup secara sihat. Saya masih lagi baru belajar dan ingin terus menggali ilmu dalam gaya hidup sihat bersama SHAKLEE.

Jika anda juga teringin berpantang dalam keadaan badan sihat dan cergas, segeralah dapatkan Set Berpantang Premium dan juga Vivix. Memang terasa sangat perbezaannya. Sebab Zarith pun sekarang tengah alaminya, baru seminggu berpantang tapi badan rasa sihat dan cergas. Badan pun tiada rasa seram sejuk seperti sebelum kenal Shaklee.

Hubungi Zarith 013-7510028 untuk dapatkan Set Berpantang Premium Dan Vivix. Daftarlah sebagai ahli untuk dapatkan penjimatan yang berganda! Konsultasi ekslusif akan Zarith berikan kepada pelanggan yang membeli dengan Zarith sahaja,

🍃Shaklee Health Consulatant & Business Mentor🍃

Zarith Sofia 

ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Wan norasiah says

    May 6, 2017 at 23:47

    Set pantang shaklee memang terbaik

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 17, 2017 at 22:54

      Alhamdulillah memang best =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design