Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah bila dengar je pengumuman puasa di TV tadi rasa terharu sangat. Allah bagi kita peluang untuk sekali lagi sambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Peluang untuk memperbaiki dan melatih diri untuk menjadi insan yang lebih sempurna. Syukur ya Allah.
Semoga dapat kita lalui Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya. Jika tahun lepas tak sempat nak khatam Al-Quran, tahun ni boleh cuba lagi. Jika tahun lepas tak penuh terawih, tahun ni boleh perbaiki.
With Love
Ibu Zarith
Selamat menyambut bulan Ramadhan.. mohon maaf sekiranya ada melakukan kesalahan..
Semoga amalan kita selama sebulan diterima Allah S.W.T..
sama-samalah kita =)