Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

May 5, 2017 by Ibu Zarith

Teknik Pernafasan Sebelum Kelahiran Membantu Ibu Lebih Tenang Semasa Contraction Bersalin

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah Zarith dah selamat melahirkan cahayamata ke-3 pada 29 April 2017 yang lalu, jam 12.47 malam. Eh, harini Jumaat, dah seminggu rupanya berlalu. Sekejap sangat rasanya.

Memandangkan due date Zarith bersalin sepatutnya 14 May 2017 (sehari sebelum Birthday Zarith), tapi baby dah tak sabar nak melihat dunia tatkala usia kandungan tepat 38 minggu. Siang Jumaat, 28 April tu dah mula ada contraction dan dah boleh agak, malam tu akan bersalin. Jadi dah mula kemas sikit-sikit baju untuk dibawa pulang ke kampung.

Pada mulanya rancang nak berpantang di rumah sendiri, tapi di sebabkan memikirkan Zuyyin dan Zayra yang tiada siapa nak tengokkan waktu Zarith ke Hopital nanti, jadi kami buat keputusan untuk pulang ke kampung yang terdekat, iaitu rumah mertua di Seremban.

Balik dari ofis, Mr. Hubby terus masukkan barang ke dalam kereta. Selepas solat maghrib hari Jumaat tu kami terus gerak pulang. Perjalanan sejam dari USJ ke Seremban tu terasa berejam-rejam. Almaklumlah dengan menahan contraction nak bersalin yang semakin kerap (setiap 10 minit), dengan jem lagi orang nak balik kampung sebab cuti panjang kan, hari pekerja Isnin tu. Maka bertabahlah Zarith dalam kereta pada waktu tu.

Sampai di Seremban dalam pukul 8.45 malam. Terus Mr. Hubby suapkan Zuyyin dan Zayra makan sementara Zarith melayan diri sendiri makan sambil melayan sakit. Lepas makan, Mr. Hubby bergegas bancuhkan satu cawan ESP agar Zarith kekal bertenaga dalam labour room nanti.

Pukul 10.30malam  Zarith tidurkan Zuyyin dan Zayra, masih sempat lagi tu sambil melayan sakit. Risau juga kalau tak tidurkan dulu nanti macam mana atok dan tokma nak tidurkan Zuyyin dan Zayra, mesti menangis-nangis cari ibu. Alhamdulillah tak sampai 15 minit Zuyyin dan Zayra dan tidur.

Zarith gosok gigi dulu dan siapkan diri sambil melayan sakit. Oh ye, Zarith ada download application untuk kira jarak antara contraction dan kekerapannya. Contraction counter. So kita boleh tau sama ada itu contraction sebenar ataupun palsu. Mr. Hubby juga sentiasa ada di sisi memberi sokongan dan bantuan. Pukul 11.20 malam terus ajak Mr Hubby ke Hospital. Pukul 11.40 sampai di PAC Hospital Tunku Jaafar, Seremban.

Sepanjang melayan contraction tu, dari mula rasa sakit petang tu, Zarith lakukan teknik pernafasan yang dapat membantu kita untuk lebih tenang dan melayan sakit dengan lebih berhemah..hihi.. Zarith rujuk 3 Video di bawah ni untuk tahu lebih lanjut bagaimana nak melakukan teknik pernafasan Hypnobirthing. Kalau anda berpeluang untuk hadiri kelas hypnobirthing ni lebih best, dapat tengok depan-depan macam mana cara lakukannya =)

Secara jujurnya, berbanding masa kelahiran Zuyyin dan Zayra, kali ni Zarith dapat melayan surge dengan lebih sabar, tenang dan rileks. Sebelum ni sabar tapi tak berapa tenang dan rileks sebab setiap kali surge datang, Zarith akan tahan nafas sekuatnya, konon bagi hilang sakit. Tapi cara tu sebenarnya menjadikan serviks lebih tegang dan ketat serta melambatkan proses kelahiran. Kurang oksigen yang sampai pada badan kita dan juga baby, yang mana ia bahaya untuk baby juga.

Jom tengok Video ni dan berlatih, insha Allah ia membantu anda sepanjang melayan surge nak bersalin tu nanti =)

#Video 1 (J-Breathing)

#Video 2 (J-Breathing)

#Video 3 ( 2 Hypnobirthing Breathing Technique)

Dan sempena hari ke-7 ni kami dah pergi daftarkan nama baby yang ke-3 ini. Mengikut trend kakak-kakak yang mengambil nama ibu sebagai huruf depan ZS (idea Mr. Hubby ni, thanks sayang =)), Zuyyin Safiyya, Zayra Sakeena, jadi yang ke-3 ni kami namakan sebagai Zerryn Sameeha.

Semoga Zerryn Sameeha menjadi anak solehah yang dapat menjadi bekalan ibu ayah di alam sana nanti =)

With Love

Ibu Zarith

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design