Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

August 23, 2017 by Ibu Zarith

Cara Buat Kinetik Sand Yang Murah dan Mudah

Assalamualaikum wbt

Dulu kami pernah belikan Zuyyin hadiah hari lahir yang ke-2 tahun, Set Kinetic Sand Bubber yang bernilai hampir RM 300. Memang best sangat, bebas bahan kimia merbahaya, berwarna warni dan sangat bagus untuk melatih kemahiran motor anak kita. Kiranya memang selamat la kecuali kalau tertelan, tu dah lain cerita 🙂

Tapi sekarang ni dah 3 tahun berlalu. Kinetic sand yang dulunya ada 4 warna (merah, hijau, putih dan biru) kini telah bergabung menjadi satu. Walaupun disimpan dalam bekas bertutup, ia dah agak keras dan tidak seperti dulu. Sayu hati ibu melihatnya.

Namun, Zuyyin dan Zayra tetap suka bermain dengannya. Berselang-seli dengan playdoh homemade yang selalu Zarith buatkan untuk mereka.

Jadi harini Zarith cuba buat kinetic sand menggunakan 2 bahan yang sangat mudah dijumpai di dapur kita, iaitu tepung gandum dan minyak masak. Caranya pun simple sangat.

Cuma Zarith belum cuba letak pewarna makanan lagi. Mungkin lain kali la ye 🙂

Cara Mudah Untuk Hasilkan Kinetic Sand

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Setengah bungkus tepung Gandum (Zarith pakai cap 1 Malaysia untuk buat bahan bantu mengajar Zuyyin dan Zayra)
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara-caranya:

  • Masukkan setengah paket tepung gandum ke dalam satu periuk besar (Zarith ayak dulu nak bagi tekstur tepung tu smooth je)
  • Masukkan 1/2 cawan minyak masak. Zarith gunakan penyukat untuk buat kek tu.

  • Kemudian kacau sehingga sebati dengan menggunakan tangan. Picit-picit, lenyek-lenyek sikit.
  • Siap!

Haaa kan dah kata tadi senang sangat nak buat, hehe. Yang bestnya tekstur dia sama dengan kinteic sand yang kami pernah beli dulu. Tak berminyak pun

Bukan main gembira Zuyyin dan Zayra tengok Zarith buat ni untuk mereka.

“Yeay yeay ibu buat Bubber.”

“Tapi bu, kenapa bubber ni takde warna?”

*krikk krikk*

Okay lain kali kita cuba buat yang ada pewarna pulak ye anak-anak. Sekarang ni main je dulu kinetik sand ni untuk beberapa minggu yang mendatang =p

Ohya nak kongsi lagi satu perkara. Kinetic sand ni selalunya Zuyyin dan Zayra bermain dalam swimming pool yang bersaiz sederhana, yang selalunya kita perlu tiup dan isi air tu, jadi senang nak kemas dan bersihkan. Rumah pun tak berkecah. Eh tapi jangan pula diisi air dalam swimming pool tu =p

Cuma tadi tak sempat Zarith nak masukkan dalam swimming pool tu, tengah melayan Zerryn, dah selamat Zuyyin dan Zayra bermain atas lantai.

Maka gigihlah ibu nak vacuum dan mop rumah sekali lagi malam tadi, huhu.

Takpe lah yang penting Zuyyin dan Zayra happy 🙂

(Zuyyin Safiyya 5 tahun, Zayra Sakeena 3 Tahun, Zerryn Sameeha 4 bulan)

Semoga Bermanfaat!

Love 

Ibu Zarith

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. sabree hussin says

    August 23, 2017 at 12:59

    Dulu harga kinetic sand ni dekat2 RM300 ke? Mahal ye. Sebab sekarang ni boleh dapat dengan harga tak sampai RM20, dan tengok berat jugak la.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 15, 2018 at 11:08

      Kinetic sand made in china memang jual RM 20. Yang made in France harga boleh tahan juga huhu

      Reply
  2. Zaleha Awaluddin says

    August 23, 2017 at 15:15

    Jap. Jap zarith.. Kinetic sand tu kan mcm magnetic sket kan.. Yg zarith buat ni ada effect yg sama kah?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:23

      takde effect mcm tu zaleha.. tapi almost the same texture =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design