Assalamualaikum wbt
Setiap tahun, bukan ibu dan ayah je tak sabar tunggu pesta buku Big Bad Wolf ni, Zuyyin dan Zayra pun memang sangat teruja.
Buku yang ibu dan ayah belikan tahun lepas, semuanya dah habis dibaca. Memang Zarith aim sebelum pesta buku seterusnya, semua buku yang telah dibeli tahun lepas habis dibaca dan digunakan.
Harini Mr.Hubby ambil annual leave, sambung public holiday semalam. Jadi pagi tadi kami keluar rumah seawal jam 10.30 pagi. Pada mulanya kami pergi ke Pusat Sains Negara sehingga jam 2 petang, kemudian baru kami ke The Mines untuk menyertai acara pesta buku ni.
Zuyyin dan Zayra yang keletihan selepas penat beraktiviti dalam Pusat Sains Negara, tidur dalam car seat sepanjang perjalanan ke situ. Disebabkan jarak perjalanan yang dekat, sekejap je dah sampai, maka Zuyyin dan Zayra kami biarkan sambung tidur dalam stroller masing-masing.
Alhamdulillah kali ni puas hati Zarith dapat pilih banyak buku bacaan Zuyyin dan Zayra. Kurang sikit buku aktiviti macam selalu sebab nak fokus pada bacaan Zuyyin.
Tapi kami tetap belikan buku sticker, mewarna dan tampal menampal untuk Zayra cuma tak banyak macam selalu.
Dan kebetulan, pukul 5 petang tu maskit ejen Ali dan kucingnya si comot datang pulak. Seronok la Zuyyin dan Zayra menuju ke stage untuk beratur bergambar.
Jadi kali ni Zarith nak kongsikan hasil tangkapan kami petang tadi.
Ini lah dia timbunan buku yang diharapkan cukup untuk setahun. Kalau tak cukup kita ulang lagi sampai hafal hihi
Ni antara buku english yang Zarith rasa ok untuk Zuyyin. Almaklumlah, Zuyyin perlu banyak membaca agar semakin lancar. Tahun depan dah nak sekolah. 6 tahun dah anak ibu, sobss.
Di bawah ni adalah isi dalam buku yang mana saiz tulisan yang Zuyyin suka. Kalau tak nanti asyik gonyoh mata sambil cakap “bu, kecik sangat la tulisan dia, sakit mata Zuyyin”
Jenuh juga dan mencari buku berkulit nipis, content bagus dan tulisan sempurna macam ni. Bila dah jumpa terus ambil 10 buah buku. Setiap satu berharga RM 6, tapi ada 2 buku yang berharga RM 5, tak pasti kenapa.
Haa yang ni pula Zarith beli satu set. Memang dia dah packing siap-siap. 2 set bawah tu RM 16 untuk 10 buah buku, Rusa dengan Siput tu RM 20 untuk 12 buah buku, Rabbits have a short tail RM 30 untuk 12 buah buku.
Buku pakaian baru maharaja ni adalah salah satu buku yang ada dalam set swan-swan sumpahan tu.
Tulisannya ok, mudah juga untuk dibaca.
Ok jom tengok pula set rabbit ni, macam mana tulisannya.
Seterusnya jom tengok yang lain pula. Set yang ada Rusa dengan Siput.
Tulisannya pula begini.
Jom kita tengok buku lain. Yang ni Zarith pilih buku yang hardcover. Harga RM 3 satu buku, manakala yang Miko tu RM 5 satu buku.
Buku yang ni adalah yang terawal zarith pilih. Tulisan dan gaya bahasa mudah difahami. Zuyyin suka, ibu lagi suka hehe.
Selain buku-buku cerita di atas, buku di bawah ni juga menarik perhatian kami. Zuyyin pun suka betul. Satu buku RM 15. Tebal dan simple je. Mudah faham.
Ni antara buku yang Zuyyin sendiri pilih setelah ibu pun minat dari jauh pada mulanya. Good joh Zuyyin 😍
Haa dan di bawah ni pula antara buku yang best juga, tapi bila Zarith cari siri lain daripada penerbit yang sama tak jumpa pula. Frances dances tu RM 3, yang lagi siri i love reading phonics tu RM 5 setiap buku
Selain dari tulisan yang menepati piawaian Zuyyin, buku ni best sebab ada panduan juga bagi ibubapa yang nak ajar anak gunakan kaedah fonik pada muka hadapan buku.
Sama juga dengan buku di bawah ni. Menyediakan panduan membaca menggunakan kaedah fonik.
Tapi macam biasa, kalau yang best tu mesti tak jumpa banyak, hehe. RM 6 untuk sebuah buku.
Yang ni pula buku ala-ala kerakyatan sikit. Jalan cerita simple, tulisan pun sedap mata memandang. RM 5 untuk sebuah buku.
Yang terakhir sekali, adalah himpunan buku-buku latihan yang bernilai RM 2. Ada juga buku mewarna ni.
Ada 2 lagi buku aktiviti untuk Zayra yang Zarith tak sempat nak ambil gambar, dah kena serbu, hehe. Takpe la anak, asal dikau bahagia 😂
Eh okay jika anda nak dapatkan buku macam yang zarith beli ni, boleh segera ke Big Bad Wolf di The Mines yang berlangsung selama 24jam dari 8hb December- 18 December 2017.
Berbaloi-baloi 😊
With Love
Ibu Zarith
Wah, bestnya!!
Sampai bila pesta buku ni zarith?
18 december kak zam. banyak masa lagi hehe
Ok Zarith, tq.
InsyaAllah nak pergi kalau bapak budak free 😊
ok kak
Bestnya dapat memborong buku di big bad wolf book.. dah lama kami tak ke sini.. huhuhu..
Seronok betul dapat memborong sakan..
Alhamdulillah sejak anak-anak dah pandai memilih buku (atas pengawasan ibu ayah) memang Zuyyin dan Zayra jela yang request nak pergi hehe