Assalamualaikum wbt
[KENAPA IBU YANG BARU MELAHIRKAN ANAK AKAN ALAMI MASALAH SEMBELIT?]
Masalah sembelit selalunya akan dihadapi oleh ibu-ibu semasa berpantang. Kadang tu sampai menangis dalam tandas.
Ada juga ibu yang kerap sembelit yang akhirnya akan mengakibatkan ibu mengalami masalah buasir pula.
Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini sebenarnya.
Tapi kalini Zarith akan berkongsi apakah perkara yang menyebabkan sembelit dan pada part seterusnya, Zarith akan berkongsi pula bagaimanakah cara untuk atasinya.
APAKAH ANTARA PENYEBAB IBU SEMBELIT
✅banyak air yang telah terbuang dari badan semasa proses kelahiran terjadi
✅Episiotomi (tisu dibahagian rektum yang terkoyak dan dijahit) biasanya menyebabkan kesakitan semasa buang air besar. Jadi ibu-ibu lebih gemar menahan untuk membuang air besar, dan akhirnya akan menyebabkan sembelit
✅Ibu yang stress.
✅Perubahan diet ibu
✅Pengambilan ubat-ubatan
Jadi buat ibu yang mengalami masalah ini jangan risau, nanti Zarith kongsikan cara untuk atasinya ye ❤️
SHARE sekiranya bermanfaat. Dilarang COPY & PASTE.
http://bit.ly/2DoN68e
Terima kasih atas info ye
semoga bermanfaat =)