Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

January 4, 2018 by Ibu Zarith

Resepi Karipap Enak, Cuma Guna Breadmaker Je

Assalamualaikum wbt

Selalunya untuk minum petang Zarith buat sesuatu yang simple je. Sebab nak cepat kan. Jemput-jemput, apam beras, popia, roti telur, dan sebagainya.

Tapi semalam Zarith cuba buat karipap untuk juadah minum petang. Rasanya sejak ada anak ni memang tak pernah lagi buat sendiri. Masa kat German je dulu bila teringin nak makan, hehe. Gigih menguli dan kelim tepi karipap tu.

Jadi semalam, Zarith beranikan diri buat kulit karipap dengan menggunakan bantuan breadmaker tesco untuk menguli. Yang pertama sebabnya dah memang pasang niat nak bekalkan Zuyyin karipap untuk snacking di sekolah nanti, satu lagi memang dah lama nak buat karipap sendiri. Rindu!

Dan Alhamdulillah memang jadi dan sangat puas hati. Rangup dan enak sangat! Bayangkan Zarith goreng 18 ketul karipap, licin semuanya.

Zarith nak kongsikan resepi yang digunakan untuk buat kulit karipap menggunakan breadmaker ni. Masukkan ikut turutan, jangan derhaka, hehe.

  • 250ml Air ais (Zarith masukkan sekejap air masak ke dalam freezer, bagi sejuk. Sebab rumah Zarith memang takde ais mahupun air sejuk)
  • 1 sudu kecil garam
  • 500g tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan minyak panas+butter (Zarith panaskan dalam kuali, dah betul-betul panas dan menggelegak, curahkan ke atas tepung dalam breadmaker)
  • Tekan mode 9 (Doh). Agak-agak dah sebati dalam 5-10 minit tu boleh la off breadmaker dan teruskan buat karipap.

Sambil tunggu doh tadi siap, boleh sediakan untuk inti. Disebabkan Zarith nak bagi Zuyyin dan zayra nikmati karipap sedap tanpa risau pedas, Zarith tak gunakan rempah kari. Zarith cuma gantikan dengan rempah soto yang sedap. Nak tau cara buat inti juga ke? Ok yang ni ikut citarasa sendiri ye. Tapi ini yang Zarith buat:

  • hiris bawang merah (Zarith pakai sebiji bawang sebesar penumbuk)
  • isi ayam organik dihiris kecil
  • kentang dipotong dadu
  • Rempah soto
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak untuk menumis

Tumis bawang sampai wangi, masukkan kentang dan ayam, bila dah masak tu masukkan rempah soto, masukkan air sikit nak bagi rempah sebati. Kacau sentiasa nak bagi tak hangus. Tada~ siap!

Saat siap buat inti, doh pon siap! Jadi boleh la terus kita membuat karipap! Goreng dengan api perlahan ye.

Selamat mencuba 😍

With Love

Ibu Zarith

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Anuar says

    January 5, 2018 at 14:47

    Sedapnya karipap ni… Baca pula di waktu hujan… Susasana petang… Memang rasa lapar pulak..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 22:19

      Sedapp hehe

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design