Assalamualaikum wbt
❤️Ibuzarith❤️
Satu nama yang dulu hanya menjadi panggilan anak-anak saudara.
“Ibu Zarith, Rayyan nak belajar sama-sama Zuyyin boleh tak?”
“Qaleef tak nak main kat luar la ibu Zarith”
“Raif nak Vitamin ni sikit boleh tak ibu Zarith?”
Tapi kini Zarith cuba kongsikan kepada orang ramai tentang tips-tips kesihatan, tips ibu hamil, berpantang, menyusu dan sebagainya di bawah satu platform yang Zarith namakan sebagai www.ibuzarith.com
Pada mulanya Zarith menulis sekadar untuk rujukan sendiri, yang mana Zarith kurang gemar tulis diari, sebab asyik terlupa je letak kat mana 😂
Tapi bila Zarith menulis atas talian, bukan sahaja mudah bila diri sendiri nak buat rujukan, juga memudahkan orang lain yang alami masalah yang pernah kita alami berkongsi rasa dan menjadikan tempat rujukan.
Semoga suatu hari nanti, ibuzarith akan jadi blogger terkenal seperti haniszalikha dan juga fatin liyana. Hihi.
Acah mak enon😝
Tak pernah terniat pun nak jadi hebat begitu 😅
Cuma berharap bila Zarith dah tiada nanti, platform ibuzarith tetap menjadi rujukan dan tempat ibu-ibu berkongsi rasa.
Semoga ianya sentiasa memberi manfaat kepada orang lain 😊
Leave a Reply